Jumlah Paparan Halaman

29.2.16

FEBRUARI YANG SURAM.....

Tiga perlawanan pertama Liga Premier 2016 tidak langsung menggambarkan NS adalah pesaing serius untuk melonjak ke Liga Super 2017.

Setakat Februari, NS terkeluar daripada tiga kedudukan teratas. Malah juga berada di zon TIDAK LAYAK ke Piala Malaysia 2016. Peraturan Piala Malaysia 2016 mengatakan, hanya lima pasukan terbaik pusingan pertama Liga Premier 2016 akan layak bersaing bersama 11 pasukan daripada Liga Super.

HAMBAR? Setakat ini memang hambarlah. Permainannya mungkin tidaklah teruk dan hambar. Tetapi, yang menjadi ukuran adalah " end results " nya. Bola sepak tidak pernah dihakimi menerusi corak permainan.
Di atas adalah carta pencapaian NS selepas tiga perlawanan sepanjang Februari.

CUIT SIKIT:

Jika bermain di Paroi hanya mampu memberikan SATU MATA kepada NS, aku cadangkan supaya semua perlawanan NS selepas ini dilangsungkan di arena lain.

Rekod setakat ini, NS mampu menang di arena lawan tetapi tidak di arena sendiri.

Jika ini berterusan, NS bakal kehilangan 18 mata untuk baki keseluruhan musim ini. Trend ini juga membayangkan NS bakal memungut 30 mata di arena lawan.

Seandainya benar, NS bakal mengumpul 5 + 9 + 30. Dengan 43 mata, NS mungkin hanya berada di tangga ke 3 atau ke 4 Liga Premier 2016. Tidak layak ke Liga Super 2017.

Jangan marah duhai PSNS dan SYS. Itu hanya congakan secara lojik matematik. Kalau terus hambar, silap - silap, boleh turun ke Piala FAM 2017.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH