" Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) was created in the course of privatisation of the Malaysian football league system."
itulah petikan ayat manis di laman rasmi rakan penswastaan bola sepak FAM itu.
Tujuan penswastaan tentulah mahu buat duit. Mencari untung besar dengan kos yang kecil.
Hari ini [06|03|16], terbukti FMLLP berjaya mengubah sistem dan kehendak penswastaan bola sepak Malaysia, apabila dengan bodohnya melepaskan peluang untuk " BUAT DUIT " di Pentas Final Piala FA 2016.
Kebodohan itu bukan sahaja terserlah hari ini, tetapi telah berlaku di pusingan ke 3 lalu apabila KEDAH dan KELANTAN. dua pasukan yang memang mempunyai tarikan tersendiri dan juga lubuk duit bola Malaysia itu, ditemukan lebih awal.
Kalaulah FMLLP dan semua sekutunya tidak sebodoh ini, pastinya mereka mahukan KEDAH, KELANTAN, JDT dan SELANGOR berada di pentas Separuh Akhir dan Akhir.
Malangnya, FMLLP bertindak sebagai badan tidak berasaskan keuntungan dengan membiarkan sahaja undian Piala FA berlangsung tanpa sistem dan "seeded team".
Dan, hari ini, kebodohan FMLLP diteruskan lagi dengan prospek final, KEDAH dan JDT diletakkan dalam satu grup / line. Lihat carta di bawah;
Jika diadakan sistem "seeded" pastinya empat pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Premier tidak akan bertemu sesama sendiri. Di sinilah peluang untuk membuat duit kepada semua pasukan.
Tetapi, FMLLP melepaskan peluang untuk buat duit dengan membiarkan undian secara terbuka tanpa kawalan. Sekali pandang, bagus juga cara itu.
Malangnya di Malaysia, tiada pasukan kelab selain JDT yang mempunyai penyokong yang ramai. Berapa banyakkah duit yang bakal dikaut oleh FMLLP semasa dua pertemuan Sime Darby FC dan PKNS FC di Suku Akhir nanti?
Begitu juga di pentas final nanti. Yang manakah bakal lumayan dan meriah? Kedah lawan JDT, atau JDT lawan PKNS FC?
CUIT SIKIT:
Benarlah kata TMJ. FMLLP hanya boneka FAM.
Sepatutnya penswastaan ini turut mendatangkan sikap yang lebih cerdik dan matang berbanding sebelumnya.
Malangnya penswataan bola Malaysia semakin menyerlahkan kebodohan.
FULLSTOP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan