Jumlah Paparan Halaman

22.12.16

PIALA FA UNTUK APA?.....

Bagi yang kurang faham, Piala FA Malaysia diwujudkan sebagai pertandingan berformat KALAH MATI.

Penyertaannya terbuka kepada semua pasukan yang bermain di Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia dan juga Liga FAM.

Sebagai imbalan kepada pasukan yang menjuarai pertandingan ini, FAM akan mencalonkan mereka ke PIALA AFC di tahun berikutnya.

Contohnya, JDT menjuarai Piala FA 2017 dan bakal bermain di Piala AFC 2017. Namun demikian, oleh kerana JDT adalah pasukan daripada suku dan kelas berbeza, mereka layak bermain di Liga Juara - Juara Asia 2017 asalkan melepasi pusingan kelayakan.

Gantian wakil Malaysia di Piala AFC 2017 sekiranya JDT layak bermain di Liga Juara - Juara Asia 2017 adalah Kedah. Kelayakan Kedah bermain di Piala AFC bukan sebagai Juara Piala Malaysia 2016. Tetapi, sebagai pasukan nombor tiga Liga Super Malaysia 2016.

Standard pasukan dari Malaysia [ kecuali JDT ] adalah menyertai Piala AFC sahaja. Standard JUARA PIALA MALAYSIA pula adalah JAGUH KAMPUNG yang tidak membawa pasukan berkenaan ke mana - mana pertandingan di peringkat lebih tinggi.

Mungkin anda tertanya - tanya mengapa KEDAH, bukan PKNS FC sebagai gantian kepada JDT?

Jawapannya mudah. Di mata AFC, Juara Piala FA adalah lebih tinggi berbanding Juara Liga. Sebab itu penyertaan JDT sebagai Juara Piala FA tidak boleh diganti oleh PKNS FC sebagai Naib Juara atau Naib Johan Piala FA Malaysia 2016.

APA MASALAHNYA?

Masalahnya adalah undian Piala FA 2017 yang diadakan hari ini menyaksikan sikap cuai, alpa dan juga tidak peka pihak penganjur.

Atas format undian terbuka kononnya, FAM & FMLLP langsung tidak mengambilkira kesudahan pertandingan ini apabila keputusan undian seperti ini;

APA YANG TIDAK KENA?

Di Malaysia, undian secara terbuka dan bersifat MEMBUNUH GERGASI ini amat tidak sesuai atas apa sebab sekalipun.

Di Malaysia, standard antara pasukan tidak sama. Malah hampir 80 peratus pasukan berada di tahap sederhana. Buktinya, sembilan daripada 12 pasukan di Liga Super 2016, gagal mendapat 30 mata daripada 22 perlawanan. Malah, pasukan tercorot Liga Super gagal meraih 20 mata pun.

Sebagai rekod, JDT menjurai Liga Super 2016 dengan pungutan 58 mata. Felda United dengan 43 mata di tangga kedua, manakala Kedah hanya mampu memungut 37 mata.

Itu belum dibandingkan dengan pasukan di Liga Premier dan Liga FAM. Lagi jauhlah standardnya.

PANDANGAN LIMO SEN DEN:

Selagi FAM dan FMLLP tidak cermat dengan format undian, selagi itulah kualiti pertandingan bola sepak di Malaysia ini tetap di takuk lama.

Bukankah lebih baik dan lebih masyuk sekiranya ditetapkan pasukan Liga Super bertemu dengan pasukan Liga Premier dan Liga FAM di pusingan kedua ini.

JDT lawan Felda United bakal mendatangkan hasil lumayan. Tetapi pertarungan A31 vs A32 tu berapa pulak hasilnya? Silap - silap elaun pengadil pun tak lepas.

Kalau dah GERGASI berbunuhan sesama sendiri di peringkat awal, Final nanti bagaimana meriahnya?

CUIT SIKIT:

Transformasi konon. PEGI DAH.
Peluang untuk pasukan buat duit kau tak ambilkira.

17.11.16

TQ RTM.....

Akhirnya, muncullah jawapan kepada siaran langsung Piala AFF Suzuki 2016.

Jika tiada pindaan, saksikanlah anak rimau berbaju hitam bermain di petang yang panas, Ahad ini;


CUIT SIKIT:

Setakat ini, info ini benar berdasarkan carian aku di laman web astro.

Jika anda mencari di laman web RTM, anda pasti tak jumpa.

Baru aku ingat, kakitangan kerajaan ni, bab update info lambat. Ala - ala lembab gitu.

Anyway, TQ RTM kerana di laman web astro itu turut menyatakan TV2 akan menyiarkan semua perlawanan di sebelah petang bermula Sabtu ini.

16.11.16

SIARAN LANGSUNG PIALA AFF SUZUKI 2016.....


Sabtu ini, bakal bermula perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki Edisi 2016 di Manila dan Yangon.

Malaysia menuju Myanmar dengan hajat mahu ke Separuh Akhir sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang.Namun, yang menanti di Kumpulan B bukanlah sembarangan pasukan.

Cambodia mungkin boleh diatasi. Vietnam dan Myanmar mungkin boleh menghantar pulang pasukan yang bakal berjersi hitam dan bermain di tengah panas itu lebih awal.

Siaran langsung? Setakat ini, carian aku mendapati cuma Astro 812 sahaja yang bakal menyiarkan semua perlawanan AFF Suzuki 2016 itu.

Stesen milik kerajaan dan swasta percuma di Malaysia ini bagaikan terlepas pandang kepentingan pertandingan ini buat tontonan rakyat negara ini.

CUIT SIKIT:

FAM seharusnya sedar dan membuka mata luas - luas. Apabila stesen tv negara tidak mahu menyiarkan secara langsung perlawanan rasmi pasukan negara, maknanya mereka tidak yakin dengan pasukan yang disediakan.

Benarkah pasukan bola sepak negara sekarang tidak mampu untuk menarik tontonan rakyat? Tidak mampu menaikkan rating penonton?

Atau dana stesen tv di Malaysia sudah kering kontang kerana tiada penaja mahu memberikan kerjasama?

RTM, apa jawapanmu?

5.11.16

NS2016-SEMUANYA HABIS BINASA.....

Slogan MUSUHNYA HABIS BINASA yang biasa digunakan oleh PSNS, SYS dan PBNS memang menjadi untuk musim ini.

Memang menjadi. Sehingga ianya boleh bertukar sebagai SEMUANYA HABIS BINASA. Itu pandangan akulah. Personal only. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang masih mati [ belum dihidupkan semula ].

Sebelas perlawanan pertama [ Pusingan Pertama ] amat menyakinkan. Ketika itu, memang terbukti MUSUHNYA HABIS BINASA.


Malangnya, mungkin akibat sambutan Aidilfitri berlebihan, NS ternyata longlai di Pusingan Kedua.

Boleh jadi juga jendela perpindahan kedua telah disalahgunakan kerana;


team yang sedang mantap ketika itu, dibubarkan. Top scorer dibiarkan berpindah. Pemain baru yang dibawa masuk, ngabih'an boreh.

Buat para penjilat dan penutup cerita sebenar, lihatlah fakta di bawah dengan kepala otak, bukan kepala but....


Rekod cantik Pusingan Pertama, hilang dan binasa di Pusingan Kedua. Semuanya habis binasa.

Mungkin ada komplot tak mahu NS berjaya kerana bakal melibatkan peningkatan kos di musim hadapan.

Khabarnya, ada tangan kanan Presiden yang berkata this is my team and this is my money. So, because of my money is not enough, please, don't show your best performance eh.

Politik dalam sukan ni sudah lama berlaku. Sudah lama juga PSNS dan SYS tertipu sebenarnya.

Akhirnya, dari Medan Rahang sehinggalah ke Palong, dari Medan Rahang sampai ke Batang Benar, SEMUANYA HABIS BINASA KOCEK dan MASA menyokong pasukan yang mempunyai banyak drama dan sandiwara.

CUIT SIKIT:

Sepatutnya, pasukan PENGURUSAN dan KEJURULATIHAN 2016 yang GAGAL dan BUNGKOR itu dibuang dan digantikan dengan yang baru.

Tetapi, PBNS membuat sesuatu yang pelik. Buang Ketua Jurulatih tetapi menaikkan pangkat Sang Penolong Jurulatih.

Kita tengoklah nanti mantan Ketua Jurulatih Soccerkids ini mengendalikan pasukan di musim hadapan. Kalau bagus, bersyukurlah. Tetapi, sekiranya sama macam tahun ni, eloklah beliau berhenti daripada bola sepak. Teruskan kerjaya sebagai Pengurus Maybank itu.

Buat PSNS dan SYS, janganlah bermimpi melihat pasukan NS naik ke Liga Super 2018, sekiranya ada tangan ghaib yang sememangnya tidak mahu ke liga berkenaan kerana kos dan duit.

Selagi presiden tidak menukar tangan kanannya, mungkin selama itulah NS kekal di Liga Premier. Mungkin juga bakal mencari kejuaraan di Liga FAM pulak.

BUNGKOR JANG BUNGKOR!

25.9.16

KENALI BAKAL KENKAWAN 2017.....

Usai perlawanan ke 21 Liga Super semalam, semakin jelas penamatnya mudah di atas tetapi rumit di bahagian bawah.

Dua pasukan yang bakal menemani NS di Liga Premier 2017, bakal dimuktamadkan di minit ke 90 [ tidak termasuk masa yang dilanjutkan ], pada saingan terakhir nanti.


CUIT SIKIT:

Lima pasukan bermula nombor lapan itu amat berpotensi untuk menjadi kawan dan juga lawan buat NS musim hadapan.

Melihat kepada bakal lawan, aku fikir Pahang dan Terengganu adalah calon paling sesuai.

HOBEN JANG HOBEN!

18.9.16

TERIMA KASIH KEDAH.....

Kedah 5 NS 0. Itulah keputusan pusingan kedua Suku Akhir Piala Malaysia 2016. Kalah teruk nampaknya. Berikutan kekalahan tersebut, laluan ke Shah Alam sudah pun berakhir buat NS.

Usai Suku Akhir, hanya tinggal empat perlawanan secara timbal balik di Separuh Akhir sebelum calon juara melangkah ke Shah Alam. Jadual asal pada 29 Oktober pasti dipinda berikutan pertembungan dengan sambutan Depavali.

Tahniah kepada dua pasukan bukan pilihan yang masih bernyawa di Piala Malaysia 2016;
PDRM FA dan T - TEAM FC pastinya boleh mencongak laluan ke pentas akhir menerusi status bukan pilihan mereka. Setakat ini, Kedah dan Selangor pasti menjadi pilihan ramai untuk bertemu di Final sekali lagi.

CUIT SIKIT:

Apabila pasukan anda dibelasah maknanya, pasukan anda memang ada masalah. Tiada faktor nasib dan tuah boleh dijadikan alasan.

Membawa balik lima gol tanpa balas, bermaksud pasukan anda langsung tidak bersedia untuk menghadapi lawan di arena mereka.

Akhirnya, terima kasih Kedah kerana menamatkan saingan NS di Piala Malaysia. Sekaligus memberikan isyarat nyata, NS sekali lagi menamatkan saingan tanpa sebarang kebanggaan.

Nyata, apa yang dilakukan oleh PBNS samada di awal atau di pertengahan musim, hanyalah bungko semata - mata.

HOBEN JANG HOBEN! Bilo nak bubar AJK PBNS tu?

3.9.16

JADUAL SEPTEMBER.....

Setelah puas bertarung dengan lawan dan jadual ketat selepas Aidilfitri, bulan ini menyaksikan betapa santainya jadual perlawanan.


Tiga perlawanan sahaja. Yang kedua itu, pasti menjadi ikutan para PSNS dan SYS. Jika menang di Alor Setar, langkah ke Shah Alam semakin dekat.

CUIT SIKIT:

Menurut cerita Arwah Atuk den maghin, koro biaso eh tak jatuh bilo ghibut. Makin laju angin, makin tahan dio kek ateh nun.

Malang eh, koro buleh jatuh dari pokok bilo kono tiup angin sepoi - sepoi bahaso pilah.

Tu bahayo eh jadual santai ni. Mudah lelan.

HOBEN JANG HOBEN!

29.8.16

NS MASIH DI LANDASAN.....

Usai Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016, lapan pasukan masih berada di landasan ke Shah Alam.

Bagaikan berpakat, dua kemenangan tipis dan dua keputusan seri dicatatkan oleh lapan pasukan yang terlibat.

Selesa?

Bagi aku, belum ada pasukan yang boleh dikatakan cukup selesa. Peraturan jaringan gol di tempat lawan menjadi pertaruhan di pusingan kedua nanti.

PDRM menang tipis bersama dua kad merah untuk pemainnya. Pusingan kedua belum menjanjikan syurga buat mereka. Sedikit kelebihan untuk timbal balas di Paya Rumput nanti.

Selangor dan PKNS FC bakal bertempur lagi. Sekali lagi, aku jangkakan pertempuran sengit bakal berlangsung. Dua gol diperlukan oleh PKNS untuk menyingkirkan Selangor.

FELDA UNITED mungkin sedikit selesa kerana ada jaringan di tempat lawan. Sesuatu yang pastinya menjadi idaman semua pasukan yang bersaing di peringkat kalah mati ini.

Aku tahu ramai PSNS dan SYS yang tidak gemar dengan laporan media yang mengaitkan betapa KEDAH bakal menang mudah apabila menghadapi NS.

Seri tanpa jaringan merupakan jalan sukar yang dipilih KEDAH. Biarpun bakal turun di Alor Setar 17 September nanti, KEDAH tidak mungkin berasa selesa. Malah, mereka mungkin lebih tertekan selaku Naib Juara Piala Malaysia 2015.

Sebarang keputusan SERI DENGAN JARINGAN, sudah cukup untuk NS melangkah ke Separuh Akhir.

CUIT SIKIT:

Kepada anda yang mengharapkan impian mustahil menjadi nyata, tunggulah 17 September nanti.

Jang Mudo mungkin lebih selesa bermain di arena lawan. Tanpa tekanan, Jang boleh membuat kejutan.

Menang mungkin sukar. Seri cukuplah. Kalah jangan sekali. HOBEN JANG HOBEN!

24.8.16

MELAKA KE LIGA SUPER, NS KE SHAH ALAM.....

Selesai perlawanan ke 19 Liga Premier 2016, hanya Melaka United dan Johor DT II masih dalam persaingan untuk muncul juara. PKNS FC pula bergantung kepada keputusan MD 20 nanti.


Peluang NS di Liga Premier musim ini hanyalah setakat menduduki tangga ke 4. Tidak lebih dan tidak kurang. Silap - silap, boleh jatuh ke tangga lebih bawah lagi.

Kita ucapkan TAHNIAH dan SYABAS buat Pengurusan, Pemain dan Penyokong Melaka United sebab bersungguh - sungguh menyediakan pasukan untuk naik ke Liga Super.

Sekian lama di Liga FAM, Melaka United nampak gayanya hanya perlu semusim sahaja di Liga Premier.

Di sempadan sebelah utaranya, ada satu pasukan yang bersungguh - sungguh tak mahu naik pangkat [ Liga Super ]. Sebab itu ada pasukan yang tengah sedap, tiba - tiba dibubarkan separuh jalan. Ada penyerang bertahap top scorer dibuang di pertengahan musim.

Agak - agaknya mereka mahu turun ke Liga FAM la pulak. Boleh jadi juga. Sebab pasukan itu belum merasa bermain di Liga FAM.

CUIT SIKIT:

Tak mengapalah. Tak mahu naik pangkat tak apa. Tapi yang ni, jangan pulak dilepaskan.


Kena maki kau nanti.
HOBEN JANG HOBEN!

21.8.16

SENGSARA MELAKA UNITED BERMULA DI PAROI.....

Setakat ini, MELAKA UNITED gah di persada Liga Premier 2016 biarpun tersadai di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.


Mereka cuma perlukan EMPAT mata daripada empat perlawanan untuk bergelar Juara Liga Premier dan layak ke Liga Super 2017. Secara mudahnya, mereka hanya perlu empat seri sahaja. Tak menang tak mengapa. Asalkan jangan kalah.

Bab asalkan jangan kalah ni, MELAKA UNITED ada masalah besar. Sebabnya? Perhatikan bakal lawan mereka;


Tiga lawan mereka bertaraf heavyweight. Johor DT II dan PKNS FC adalah dua pasukan yang masih berpeluang menjuarai liga. NS pula sedang mengintai tempat kedua. Sime Darby FC pula semakin liat untuk ditewaskan selepas Aidilfitri.

Berbaki empat perlawanan, laluan juara untuk Melaka United memang berliku. Silap - silap kena potong tang selekoh terakhir la pulak.

Dan, sengsara itu bermula Selasa ini;


CUIT SIKIT:

Selamat ke Paroi buat penyokong Melaka United.

Memang peluang juara sudah tertutup buat NS. Tetapi bukanlah satu dosa menjadi pengacau dan mengintai tempat kedua. Biarpun tipis, tidak salah untuk mencuba.

HOBEN JANG HOBEN!

TM PIALA MALAYSIA 2016, LALUAN NS KE SHAH ALAM.....

21 Ogos 2016 di Malaysia menjadi noktah buat enam belas pasukan yang bersaing di Piala Malaysia 2016. Lapan terkandas, lapan lagi ke peringkat kalah mati.

Kedudukan terkini enam belas pasukan mengikut kumpulan masing - masing;

PERAK pastinya menjadi pasukan paling kecewa kerana dipintas di selekoh terakhir oleh PDRM dan PKNS FC.

Lapan pasukan yang bakal menuju ke pentas final;

Berbanggalah kito kerana NS ada di sinun. Daripada lima wakil Liga Premier, dua pasukan berjaya ke Suku Akhir, Negeri Sembilan dan PKNS FC.

Ketiadaan wakil pasukan bangsawan di peringkat ini, janganlah diungkit - ungkit. Biarkanlah mereka dengan citarasa mereka.

Laluan ke SHAH ALAM;


Tarikh muktamad semua perlawanan tertakluk kepada FMLLP.


CUIT SIKIT:

Akibat kekalahan kepada ATM di Temerloh 15 Ogos lalu, peluang NS untuk menjuarai Liga Premier sudah TERTUTUP RAPAT. Peluang untuk bergelar Naib Juara pun, agak samar - samar.

Jadi, inilah masanya untuk PBNS membuktikan betapa rombakan ke atas pasukan semasa jendela perpindahan kedua baru - baru ini, adalah berbaloi.

Caranya? Pastikan pasukan sampai ke Shah Alam pada 29 Oktober nanti.

HOBEN JANG HOBEN!

15.8.16

TUAN PRESIDEN, BANGUNLAH.....

Apabila pasukan di bawah kawalan anda berprestasi begini;
Apabila pasukan di bawah kawalan anda gagal menewaskan dua pasukan corot berturut - turut maknanya, anda macam cencorot.

Apabila pasukan anda tewas kepada ATM dan tak boleh menang lawan Sime Darby, ianya bermaksud, pasukan anda ada masalah besar.

Makno eh, pasukan anda sedang bergolak secara dalaman. Mungkin tanpa anda sedari. Mungkin juga anda dilekakan dengan nyanyian lagu rebana yang sumbang rentaknya.

CUIT SIKIT:

Tuan Presiden, bangunlah untuk memperbaiki kerosakan oleh tangan - tangan hitam dan putih yang berada di sekeliling PBNS tu.

Erti lain di sebalik kekalahan kepada ATM di Temerloh sebentar tadi adalah, PBNS bungkor.

Bangunlah Tuan Presiden. Buanglah segala pijat, hama dan langau di Medan Rahang tu.
Sampah sarap yang banyak tu, mintaklah pihak MPS lupuskan.

11.8.16

TM PIALA MALAYSIA 2016 UNTUK NS?.....

Aku percaya para PSNS dan SYS masih riang dan gembira kerana NS menang kelmarin.

Keputusan yang disambut bercampur baur sebenarnya. Ramai penyokong mahukan kejayaan di Liga Premier dan kembali ke Liga Super 2017. Kemenangan di Piala Malaysia hanyalah satu bonus dan dividen sahaja.

Namun,dengan keupayaan pasukan NS sendiri yang amat sukar mengekalkan momentum kejayaan, aku fikir, eloklah PBNS memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Piala Malaysia 2016.

Lima perlawanan tanpa menang selepas aidilfitri di Liga Premier tetapi mencatat tiga kemenangan [ dua di arena lawan ] dan satu kalah di Piala Malaysia memberikan gambaran betapa pasukan NS tahun ini mungkin amat sesuai untuk bermain di liga singkat seperti Piala Malaysia ini.

Liga beronti - beronti dan panjang seperti Liga Premier dan Liga Super ini, tak sesuai buat NS agaknya. Cam naik bas beronti - ronti la. Boring dibuek eh.

Setakat ini, hanya KEDAH dan KELANTAN yang telah mengesahkan tempat ke Suku Akhir tetapi bagi semua pasukan di nombor tiga dan empat setiap kumpulan, mungkin peluang mereka bakal berakhir hujung minggu ini. Bergantung kepada minat dan kesungguhan mereka terhadap saingan Piala Malaysia ini.

CUIT SIKIT:

Jika kedudukan pasukan kekal sehingga tamat saingan kumpulan, maka laluan seterusnya adalah seperti berikut;
NS bakal berentap dengan KEDAH / PDRM / KELANTAN dalam laluan ke Final. Lawan sapo? Anda kajilah sendiri.

Boleh ke masuk final? Boleh jer. Tetapi tunggulah keputusan perlawanan dengan Melaka di Paya Rumput, Jumaat ini.

HOBEN JANG HOBEN!

4.8.16

NS JUARA LIGA PREMIER 2016?.....

Milik pasukan mano? Utara? Selatan? Timur? Barat? Tengah? Tepi?

NS masih ado peluang. Tak cayo? Poi tanyo kenkawan yang melepak di Medan Rahang tu.

Poi tanyo segala macam penasihat dan punahsihat pasukan NS, apo peluang eh?

Memang ada peluang sebab masih ada enam perlawanan sebelum juara menjulang piala dan melangkah ke Liga Super 2017.

Tetapi, peluang NS bagaimana ketika ini;
CUIT SIKIT:

Menamatkan saingan pusingan pertama selaku nombor tiga, setakat ini, NS hanya menang sekali daripada lima perlawanan di pusingan kedua. Boleh muncul juara lagi ke?

Buat masa ini, NS hanyalah calon kelima untuk menjuarai Liga Premier 2016 dan kembali ke Liga Super 2017.

Mengharapkan tiga pasukan teratas tewas kesemua baki perlawanan mereka samalah seperti mengharapkan Malaysia menang Piala Asia dan Piala Dunia.

Buat para PSNS dan SYS, setialah kita bersama untuk terus menikmati musim indah dan meriah di Liga Premier 2017.

HOBEN JANG HOBEN!

2.8.16

KEPUTUSAN UNDIAN AFF SUZUKI 2016.....

Kejohanan bola sepak dwi-tahunan ASEAN atau AFF Suzuki Cup akan berlangsung hujung tahun ini.

Filipina dan Myanmat bakal mengambil giliran sebagai tuan rumah untuk peringkat kumpulan.

Bagi peringkat Separuh Akhir dan Akhir, ianya akan diadakan secara timbal balas atau timbal balik di arena pasukan yang terlibat.

Undian kumpulan telah dilangsungkan di Yangon, Myanmar sebentar tadi;
CUIT SIKIT:

Nampak macam mudah untuk Separuh Akhir. Tetapi Myanmar selaku tuan rumah peringkat kumpulan boleh menjadi pengacau dan penyingkir. Pilihan utama pastinya Vietnam.

Bagi PSNS, NS tidak kalah di Kota Kinabalu tetapi semakin jauh daripada Liga Super 2017.

29.7.16

BEKALAN KE TERENGGANU.....

Sebelum ke Terengganu, elok semak statistik ni,
YO YO. Itulah NS sekarang ini.

Mana pilihan sebenar PBNS? Menang Piala Malaysia 2016 tetapi kekal di Liga Premier 2017 atau kembali ke Liga Super 2017 dan say bye-bye to Piala Malaysia 2016.

Nak angkat dua - dua, aku fikir, NS musim ni tak cukup bagus untuk membuat pencapaian begitu.

CUIT SIKIT:
NS masih boleh ke Liga Super 2017 dengan syarat menang semua baki perlawanan ini.
Hanya dua pasukan yang di ateh kito. Lain eh, di bawah kito. Buleh monang tu.

Cuma, jangan tamak. Orang tamak selalu rugi.

27.5.16

GRED A UNTUK PUSINGAN PERTAMA.....

Setelah ghaib selama dua musim [ 2014 dan 2015 ] daripada saingan Piala Malaysia, NS akhirnya kembali bersaing untuk musim 2016.

Bukan bersaing selepas pusingan play-off tetapi sebagai pasukan yang menduduki tempat kedua pusingan pertama Liga Premier 2016. Kira hebatlah tu.

Lebih hebat, kerana musim ini permainan NS agak baik dan boleh dipuji.

Keputusan yang dicapai juga bolehlah membuatkan para PSNS dan SYS tersenyum lebar.

Secara lengkap, lihat dan kajilah carta ini;
Sepuluh daripada sebelas perlawanan menyaksikan NS berjaya menjaringkan gol. Tanpa mengambilkira keputusan perlawanan, kejayaan menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan adalah gambaran betapa bernafsunya jentera serangan NS merobek kubu lawan.

Kita juga patut berasa bertuah kerana tiga perlawanan berturut - turut dihadiahkan gol sendiri oleh pihak lawan.

CUIT SIKIT:

Apa  yang dikatakan Gred A tu?

Lihat ni;
Dengan lebih 90 peratus perlawanan berjaya memberikan mata kepada pasukan, itulah Gred A yang dimaksudkan. Itu untuk pusingan pertama.

Pusingan kedua nanti, pastinya NS perlu merancang dan menyusun giliran pemain dengan tepat.

Pusingan kedua Liga Premier bakal bersulam dengan perlawanan Piala Malaysia. Jadi, fokus dan keutamaan pasukan haruslah betul.

Pada kedudukan sekarang, NS berpeluang bukan sahaja menjadi saingan hebat di Piala Malaysia, malah juga mampu kembali ke Liga Super 2017.

Jangan sampai yang dikendong berciciran, sudahlah yo. HOBEN JANG HOBEN!

5.5.16

INILAH PEMUSNAH NS,.....

Ummareng Bacok - foto ihsan sabahfa.com
Jaringan Ummareng Bacok di minit ke 81, semalam, memusnahkan dua hajat NS.

Pertama, mengesahkan tempat ke Piala Malaysia 2016. Dan, yang paling utama, tentunya mahu berada di takhta liga sebelum tamat pusingan pertama ini.

Sebenarnya, bermula minit ke 70, selepas jaringan Joel Chianese itu, NS sudah pun mencapai kedua-dua hajat itu. Malangnya, Budak Sandakan ini memusnahkan situasi itu.

Kesan keputusan seri itu, NS terpaksa menanti sehingga ke perlawanan terakhir pusingan pertama ini, di Shah Alam.

Jadual perlawanan;
Bermain di sebelah petang bukanlah satu jaminan bahawa NS akan kalah. Tetapi, bukanlah mudah untuk menghadapi lawan yang liat seperti UiTM ini, di sebelah petang dan juga di arena mereka.

Jika kalah adakah NS bakal tersingkir daripada Piala Malaysia? Dengan 19 mata itu, NS masih boleh layak sebagai pasukan di tangga kelima Liga Premier.

CUIT SIKIT:

Anda kajilah sendiri mengapa NS masih layak seandainya kalah di Shah Alam nanti.
Jika menang dan dua pasukan di atas tu kalah, NS mungkin boleh menjuarai liga untuk pusingan pertama ini.

Tetapi, seandainya KL dan Melaka tewas kepada lawan nombor 11 & 12 itu, aku fikir, eloklah SPRM menyertai liga Malaysia selepas ini.

HOEBN JANG HOBEN!

25.4.16

TIGA MEI YANG DINANTI.....

Jika anda benar - benar mengikuti dan mengkaji keadaan semasa, Selasa 3 Mei ini, merupakan hari penting buat PBNS, PSNS dan SYS.

Mengapa? Jawapannya kerana pertemuan ini;
bakal menentukan langkah NS di Piala Malaysia 2016.

Setakat ini, PERLIS, SABAH, SIME DARBY FC dan ATM FA telah mengesahkan keGAGALan mereka ke Piala Malaysia 2016.

Dan, NS sebelah kaki, sudah berada di laluan sebenar untuk bersaing di Piala Malaysia 2016.

Namun, jika NS tewas dalam dua perlawanan terakhir itu, NS mungkin layak dan mungkin juga tidak layak. Bergantung rapat dengan keputusan pasukan lain.

Perkiraannya begini;
Tujuh pasukan masih mempunyai peluang untuk mengiringi Melaka United. Pilihan tentunya kepada empat pasukan di bawahnya.

Kuantan FA, DRB-Hicom FC dan UiTM FC juga boleh layak. Tetapi mereka perlu bekerja dua kali ganda kerana lawan ketiga - tiganya adalah PKNS FC dan JDT II FC serta NS. Apa sahaja boleh berlaku. Boleh jadi mereka menang, boleh jadi juga mereka merana.

Bagi NS, pertemuan dengan Sabah nanti WAJIB dimenangi bagi menentusahkan tempat di Piala Malaysia 2016. Mata ke-21 itu sangat penting sebagai menjamin sekurang - kurangnya tempat kelima.

CUIT SIKIT:

Kalau boleh layak sebagai tempat pertama buat apa nak cari nombor limo?

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH