Setelah ghaib selama dua musim [ 2014 dan 2015 ] daripada saingan Piala Malaysia, NS akhirnya kembali bersaing untuk musim 2016.
Bukan bersaing selepas pusingan play-off tetapi sebagai pasukan yang menduduki tempat kedua pusingan pertama Liga Premier 2016. Kira hebatlah tu.
Lebih hebat, kerana musim ini permainan NS agak baik dan boleh dipuji.
Keputusan yang dicapai juga bolehlah membuatkan para PSNS dan SYS tersenyum lebar.
Secara lengkap, lihat dan kajilah carta ini;
Sepuluh daripada sebelas perlawanan menyaksikan NS berjaya menjaringkan gol. Tanpa mengambilkira keputusan perlawanan, kejayaan menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan adalah gambaran betapa bernafsunya jentera serangan NS merobek kubu lawan.
Kita juga patut berasa bertuah kerana tiga perlawanan berturut - turut dihadiahkan gol sendiri oleh pihak lawan.
CUIT SIKIT:
Apa yang dikatakan Gred A tu?
Lihat ni;
Dengan lebih 90 peratus perlawanan berjaya memberikan mata kepada pasukan, itulah Gred A yang dimaksudkan. Itu untuk pusingan pertama.
Pusingan kedua nanti, pastinya NS perlu merancang dan menyusun giliran pemain dengan tepat.
Pusingan kedua Liga Premier bakal bersulam dengan perlawanan Piala Malaysia. Jadi, fokus dan keutamaan pasukan haruslah betul.
Pada kedudukan sekarang, NS berpeluang bukan sahaja menjadi saingan hebat di Piala Malaysia, malah juga mampu kembali ke Liga Super 2017.
Jangan sampai yang dikendong berciciran, sudahlah yo. HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan