Usai Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016, lapan pasukan masih berada di landasan ke Shah Alam.
Bagaikan berpakat, dua kemenangan tipis dan dua keputusan seri dicatatkan oleh lapan pasukan yang terlibat.
Selesa?
Bagi aku, belum ada pasukan yang boleh dikatakan cukup selesa. Peraturan jaringan gol di tempat lawan menjadi pertaruhan di pusingan kedua nanti.
PDRM menang tipis bersama dua kad merah untuk pemainnya. Pusingan kedua belum menjanjikan syurga buat mereka. Sedikit kelebihan untuk timbal balas di Paya Rumput nanti.
Selangor dan PKNS FC bakal bertempur lagi. Sekali lagi, aku jangkakan pertempuran sengit bakal berlangsung. Dua gol diperlukan oleh PKNS untuk menyingkirkan Selangor.
FELDA UNITED mungkin sedikit selesa kerana ada jaringan di tempat lawan. Sesuatu yang pastinya menjadi idaman semua pasukan yang bersaing di peringkat kalah mati ini.
Aku tahu ramai PSNS dan SYS yang tidak gemar dengan laporan media yang mengaitkan betapa KEDAH bakal menang mudah apabila menghadapi NS.
Seri tanpa jaringan merupakan jalan sukar yang dipilih KEDAH. Biarpun bakal turun di Alor Setar 17 September nanti, KEDAH tidak mungkin berasa selesa. Malah, mereka mungkin lebih tertekan selaku Naib Juara Piala Malaysia 2015.
Sebarang keputusan SERI DENGAN JARINGAN, sudah cukup untuk NS melangkah ke Separuh Akhir.
CUIT SIKIT:
Kepada anda yang mengharapkan impian mustahil menjadi nyata, tunggulah 17 September nanti.
Jang Mudo mungkin lebih selesa bermain di arena lawan. Tanpa tekanan, Jang boleh membuat kejutan.
Menang mungkin sukar. Seri cukuplah. Kalah jangan sekali. HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan