Mohd. Rizal Hashim seorang rakan fb aku. Seorang blogger sukan tersohor. Seorang wartawan sukan dipelbagai media cetak dan elektronik.
Paling penting, bekas PEGAWAI MEDIA FAM itu menulis di blognya;
Paling penting, bekas PEGAWAI MEDIA FAM itu menulis di blognya;
FAM dibayar RM250,000 sebagai harga meluluskan perlawanan sebegini dan rasanya peruntukan itu diagih bersama untuk pegawai perlawanan, pegawai pertandingan dan semua kakitangan bergaji FAM merasa habuannya. Bagi pemegang jawatan FAM yang dianggap sukarelawan tetapi berhak kepada elaun, yang mereka terima adalah kritikan.
Selanjutnya di;
TQ Rizal kerana tidak ramai orang awam yang tahu fakta SUKU JUTA RINGGIT itu. Selama ini tiada siapa yang tahu siapa untung dan siapa rugi apabila gajah dan singa sarkas luar negara datang berkunjung ke sini.
Suka aku tambah, kakitangan bergaji FAM itu termasuklah SETIAUSAHA AGUNG selaku KETUA SEKRETARIAT di Kelana Jaya. Gaji beliau dikhabarkan menjangkau dua ratus ribu setahun.
PATUTLAH begitu bersungguh - sungguh mahu menghukum pemain yang tidak mahu bermain di SARKAS Bukit Jalil nanti. Besar juga kepentingan "dia" dalam hal ini.
CUIT SIKIT:
Foto ihsan fb Team Malaysia |
MELIHAT kepada jersi yang diperagakan petang tadi, langsung tiada asas buat TUK MIDIN dan FAM mahu menghukum mana - mana persatuan atau pemain yang tidak mahu menyertai sarkas berkenaan.
Tiada JALUR GEMILANG. Tak nampak pulak logo FAM. Yang jelas tertera adalah jenama penaja selaku SYARIKAT PENGANJUR yang cuba MENGAUT UNTUNG MAKSIMUM daripada sarkas ini.
Para hipokrit di Kelana Jaya, berhentilah berlakon. Kembalilah kepada usaha untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia bukannya mencari duit poket sebagai penganjur sarkas di Shah Alam atau di Bukit Jalil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan