Jumlah Paparan Halaman

20.7.15

NS MATRIX SELEPAS RAYA.....

Semua perlawanan selepas Aidilfitri bakal menjadi penentu nasib dan haluan semua pasukan di Liga Malaysia 2015.

Samada menamatkan musim dengan pencapaian cukup makan, meloyakan atau cemerlang, baki perlawanan dengan jadual teramat padat, akan menentukannya.

NS Matrix yang berbaki 7 perlawanan sebenarnya berada di tahap paling sukar untuk kembali ke Liga Super 2016 sebagaimana KPI PBNS musim ini.

MENGAPA SUKAR?
Di tangga ke 7, secara matematik, NS Matrix masih boleh menjuarai Liga dengan syarat;

MENANG SEMUA PERLAWANAN dan SEMUA LAWAN LEBIH ATAS KALAH SEMUA PERLAWANAN.

Ini memang mustahil.

SEBABNYA;

Lawan selepas Aidilfitri adalah;
LIMA PERLAWANAN adalah bertaraf heavyweight buat NS Matrix kerana lawan berada lebih atas di Carta Liga. Agak mustahil untuk memenangi semua perlawanan.

NS Matrix memang merisaukan para PSNS kerana rekodnya di arena sendiri tidak bersih apabila berhadapan pasukan di tangga 1 hingga 6 itu.

Lihat ini;
Di pusingan pertama, NS Matrix hanya mampu memungut 8 mata daripada tujuh perlawanan dengan bakal lawan selepas Aidilfitri nanti.

Sekiranya trend itu berulang, maknanya, NS Matrix bakal kekal di Liga Premier 2016. Kita kena terima hakikat ini.

CUIT SIKIT:

Seandainya NS Matrix mahu berubah, bukan di musim ini. Tetapi perubahan itu mesti dilakukan secara drastik dan besar - besaran sebaik sahaja Liga Premier berakhir pada 21 Ogos nanti.

Para pemain bertaraf bintang dan planet segara dicari untuk memulihkan maruah negeri.

SOALANNYA;

Pemain boleh dibeli tetapi ongkosnya datang dari mana ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ; MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH