Sehingga semalam, tiada pasukan yang telah mengesahkan kejuaraan liga. Baik di Liga Premier mahu pun Liga Super.
Semuanya kerana kejutan JDT dan Selangor. Aku katakan kejutan kerana kedua - duanya gagal menang semalam.
Kini, ada tiga pasukan masih berpeluang untuk menjuarai Liga Super musim ini.
Tiga pasukan teratas masih berpeluang cerah dengan kebergantungan nasib sendiri dan juga nasib lawan. Terengganu di tangga ke 4 juga masih ada harapan tetapi agak tipis.
Jika JDT gagal menang di Larkin hujung minggu ini, Liga Super bakal hangat di perlawanan terakhir. Kelantan kemudiannya Sarawak bakal menjadi penentu nasib JDT. Duit boleh membeli pemain tetapi muncul juara belum pasti.
SELANGOR bakal berhadapan Sarawak dan PKNS. Kedua - duanya di Shah Alam. Sarawak memang sudah terkeluar daripada saingan kejuaraan. Tetapi tidak salah bagi mereka untuk menang di Shah Alam untuk mencari tangga ke 3.
Selangor lawan PKNS atau PKNS lawan Selangor, tidak penting sekiranya juara sudah diketahui awal. Tetapi, sekiranya Juara Liga Super gagal diputuskan sebelum 26 Jun, maka perlawanan ini boleh menjadi PERLAWANAN PERSAHABATAN demi Selangor menjuarai Liga Super 2014.
Bergantung kepada nasib sendiri dan nasib pihak yang lebih atas, PAHANG atau TERENGGANU boleh membuat aksi potong konar di saat akhir. Namun, kedua - duanya WAJIB MENANG dua perlawanan terakhir.
Pahang bertemu PKNS dan Perak. Dua pasukan bawahan tetapi belum sah tersingkir ke Liga Premier musim hadapan. Terengganu pula bakal berdepan ATM dan Kelantan.
Di saat ini, DUA P, PDRM dan PBAPP FC sah bakal meninggalkan liga sekarang untuk naik dan turun pangkat. Namun, belum jelas pasukan pengganti mereka.
Semuanya kerana PKNS, PERAK, T - Team dan ATM tidak kalah semalam.
CUIT SIKIT:
Jangan terperanjat, jika Lions XII mengakhir saingan liga di dua tangga tercorot. Tetapi dua pasukan yang bakal ke Liga Premier 2015 tetaplah pasukan dari Malaysia.
HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan