Jumlah Paparan Halaman

25.6.14

MENGAPA NS DI TANGGA KE 6, BUKAN DI TANGGA PERTAMA.....

Akhirnya, NS menamatkan saingan Liga Premier 2014 di tangga ke 6. Bukan tangga pertama atau ke 2, seperti yang dicanangkan oleh PBNS di awal musim.
Dengan perbelanjaan sekitar RM 9 Juta seperti yang diakui sendiri oleh Presiden PBNS, aku fikir NS jauh daripada cemerlang.

Tidak seharusnya NS memperolehi keputusan begini;
Bagaimana boleh berada di dua tangga teratas sekiranya kita cuma mampu menang setakat bulan April sahaja.
Para PSNS, lihatlah data di ataas yang menceritakan betapa sederhananya NS biarpun mendapat sentuhan VSM yang pernah menjulang kejuaraan Liga Super 2013 bersama Lions XII.

Sentuhan penyudah yang hambar, pertahanan yang lembab dan midfield yang kaku. Mungkin itulah jawapan kepada kejayaan NS setakat menghuni tangga ke 6 itu.
Ternyata ketumpulan penyudah dan kegagalan jentera midfield dan pertahanan untuk mendapatkan jaringan menjadi punca segala - galanya.

CUIT SIKIT:

Sebab yang lebih utama sebenarnya adalah ini;
Hanya dua menang dan dua seri daripada 10 perlawanan bertemu 'top five' menjelaskan betapa jauhnya NS daripada lima pasukan teratas itu.

Jika masih kekal begini, NS bakal tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Jika tiada pindaan, NS dijangka bertemu T - Team di Play-off Piala Malaysia 2014. Tarikh, Masa dan Tempat akan diumumkan kemudian.

HOBEN JANG HOBEN!

19.6.14

MENJELANG PERLAWANAN terAKHIR.....

Satu masa dahulu, PDRM dan NS berkongsi Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang utama mereka.

Namun, di sepanjang perkongsian itu, NS dan PDRM tidak pernah bertemu dalam mana - mana perlawanan liga. Maklumlah, kedua - duanya bersaing di liga berlainan.

Esok, ceritanya sudah berubah. NS dan PDRM bakal berhadapan di Paroi dengan halatuju berbeza di saingan liga yang sama.

Jika dilihat daripada nama, esok, NS seharusnya bakal turun untuk mengesahkan kejuaraan. Malangnya, pelaburan berjumlah RM 9 JUTA oleh PBNS hanya membolehkan NS turun menentang BAKAL JUARA LIGA PREMIER 2014, PDRM.
Samada menang, seri atau kalah, NS sudah mengesahkan tempat ke Liga Premier 2015. PDRM pula telah mengesahkan tempat ke Liga Super 2015. Memang NAMA dan kemegahan perbelanjaan tidak pernah menjanjikan apa - apa.

Apa kemegahan dan kemeriahan yang mahu luahkan oleh para PSNS dan Ultras esok?

CUIT SIKIT:

Esok juga bakal berlangsung dua lagi perlawanan yang saling berhubungkait dengan pertembungan di Paroi itu.
Pasukan yang secara tiba - tiba disayangi dan disukai oleh Warga FELDA, bakal turun dengan misi WAJIB MENANG di Selayang. Jika Felda dan NS menang, ada kemungkinan kes potong konar di hari terakhir bakal berlaku.

Di Alor Setar esok, ada kemungkinan berlaku PAKATAN UTARA demi pemburuan Pulau Pinang ke Liga Super.

Dengan KEDAH sudah tidak boleh melangkah ke tangga lebih atas, boleh jadi, atas semangat dua negeri berjiran ini, Pulau Pinang diberikan laluan oleh Kedah.

24 Jun bakal menamatkan saingan Liga Premier dengan pertemuan Perlis dan Felda. PDRM pula berhadapan Kedah. Manakala Pulau Pinang berdepan KL SPA Putrajaya.

Sekiranya PDRM gagal meraih mata malam esok, aku fikir FELDA United bukannya PDRM yang menjuarai Liga Premier musim ini.

Buat Jang dan Milah, adakah anda turun ke Paroi malam esok demi sokongan tegar kepada NS atau untuk meluahkan rasa geram kepada PBNS?

HOBEN JANG HOBEN!

18.6.14

SIAPA JUARA LIGA SUPER 2014....

Sehingga semalam, tiada pasukan yang telah mengesahkan kejuaraan liga. Baik di Liga Premier mahu pun Liga Super.

Semuanya kerana kejutan JDT dan Selangor. Aku katakan kejutan kerana kedua - duanya gagal menang semalam.

Kini, ada tiga pasukan masih berpeluang untuk menjuarai Liga Super musim ini.
Tiga pasukan teratas masih berpeluang cerah dengan kebergantungan nasib sendiri dan juga nasib lawan. Terengganu di tangga ke 4 juga masih ada harapan tetapi agak tipis.

Jika JDT gagal menang di Larkin hujung minggu ini, Liga Super bakal hangat di perlawanan terakhir. Kelantan kemudiannya Sarawak bakal menjadi penentu nasib JDT. Duit boleh membeli pemain tetapi muncul juara belum pasti.

SELANGOR bakal berhadapan Sarawak dan PKNS. Kedua - duanya di Shah Alam. Sarawak memang sudah terkeluar daripada saingan kejuaraan. Tetapi tidak salah bagi mereka untuk menang di Shah Alam untuk mencari tangga ke 3.

Selangor lawan PKNS atau PKNS lawan Selangor, tidak penting sekiranya juara sudah diketahui awal. Tetapi, sekiranya Juara Liga Super gagal diputuskan sebelum 26 Jun, maka perlawanan ini boleh menjadi PERLAWANAN PERSAHABATAN demi Selangor menjuarai Liga Super 2014.

Bergantung kepada nasib sendiri dan nasib pihak yang lebih atas, PAHANG atau TERENGGANU boleh membuat aksi potong konar di saat akhir. Namun, kedua - duanya WAJIB MENANG dua perlawanan terakhir.

Pahang bertemu PKNS dan Perak. Dua pasukan bawahan tetapi belum sah tersingkir ke Liga Premier musim hadapan. Terengganu pula bakal berdepan ATM dan Kelantan.

Di saat ini, DUA P, PDRM dan PBAPP FC sah bakal meninggalkan liga sekarang untuk naik dan turun pangkat. Namun, belum jelas pasukan pengganti mereka.

Semuanya kerana PKNS, PERAK, T - Team dan ATM tidak kalah semalam.

CUIT SIKIT:

Jangan terperanjat, jika Lions XII mengakhir saingan liga di dua tangga tercorot. Tetapi dua pasukan yang bakal ke Liga Premier 2015 tetaplah pasukan dari Malaysia.

HOBEN JANG HOBEN!

16.6.14

NS SELAMAT.....

NS mengesahkan tempat di Liga Premier 2015. Dalamasa yang sama, NS juga memastikan tempat sekurang - kurangnya di Play-off Piala Malaysia 2014.

Syabas dan tahniah kepada PBNS yang diberitakan telah berbelanja hampir RM 9 JUTA untuk musim ini. Berbaloilah usaha membersihkan banyak hutan simpan di negeri ini, demi kemajuan bola sepak NS. Sekali lagi aku ucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada Kepimpinan PBNS dan juga Warga Kerja dan Pemain PASUKAN LIGA PREMIER 2014 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Jangan marah Jang dan Milah. NS masih hebat kerana yang sah turun ke Liga FAM 2014 adalah PERLIS dan PBAPP FC dari Pulau Pinang.

Carta Terkini Liga Premier;
PDRM telah sah ke Liga Super 2015. Satu lagi tempat menjadi rebutan Pulau Pinang dan Felda United.

Kedah, JDT II dan Negeri Sembilan selain bakal kekal di Liga Premier 2015, satu daripadanya bakal layak automatis ke Piala Malaysia 2014. Dua pasukan lagi akan berentap di Play-off dengan dua pasukan terbawah Liga Super musim ini.

CUIT:

Dengan tertangguhnya hasrat PDRM untuk menjuarai Liga Premier 2014 petang tadi, aku fikir Paroi bakal menjadi medan buat mereka mengesahkan kejuaraan.
Alangkah baiknya jika perlawanan itu menjadi medan buat NS menentukan kejuaraan. 9 JUTA rupa - rupanya hanya sesuai untuk melihat pasukan lain menjulang piala.

HOBEN JANG HOBEN!

13.6.14

ISNIN HARI PENENTUAN JUARA LIGA PREMIER 2014.....

Isnin 16 Jun bakal menjadi hari penentuan Sang Juara baru Liga Premier 2014. Satu mata sahaja buat PDRM menjuarainya.

Berbaki 3 perlawanan, PDRM selesa lapan mata di hadapan Felda United di tangga kedua.
Pulau Pinang sudah pun terkeluar daripada saingan akibat kekalahan kepada Felda United sebentar tadi.

Berbaki tiga perlawanan, PDRM cuma memerlukan dua mata untuk menjuarai Liga Premier musim ini.

Aku percaya, PDRM dan Felda United bakal menampilkan aksi terbaik Isnin ini.
Mungkin sekitar jam enam setengah petang berkenaan, kita akan mengetahui Juara Liga Premier musim ini.

CUIT SIKIT:

Buat NS, peluang untuk naik ke Liga Super 2015 sudah tertutup. Yang tinggal hanyalah perjuangan untuk berada secara automatis di saingan Piala Malaysia 2014.

Di saat ini, NS sudah hampir pasti layak untuk bermain 'play-off' Piala Malaysia 2014. Sama seperti yang dilalui musim lalu.

Inilah PERLAWANAN ter AKHIR Liga Premier 2014 buat NS di Paroi.
Perlawanan yang sewajarnya menjadi medan menjulang piala buat NS. Namun, hakikatnya ia boleh menjadi medan meriah untuk PDRM.

Apo nak dikato Jang.....

10.6.14

NS KEKAL DI LIGA PREMIER 2015?.....


Di atas adalah kedudukan terkini Liga Premier selepas 18 perlawanan. Tidak termasuk dua perlawanan yang dibakal berlangsung pada 10 Jun [ esok ].

Hampir pasti, NS bakal kekal di Liga Premier untuk musim 2015. Aku kata hampir pasti sebab secara matematiknya, NS masih boleh muncul Naib Juara.

Itu pun jika mampu menewaskan PDRM dan Pulau Pinang serta JDT II selepas ini. Juga mengharapkan Felda, Pulau Pinang dan Kedah tewas kepada lawan masing - masing.

Namun, agak sukar buat NS kerana perlu bergantung harap kepada nasib dan tuah pasukan lain. Harap tuah sendiri, itulah jadinya.

CUIT SIKIT:

Dengan demam Piala Dunia FIFA 2014 sudah hampir, masihkah ada yang sudi untuk menonton perlawanan ini?
Hanya PENYOKONG TEGAR sahaja yang bakal hadir di Paroi nanti.
HOBEN JANG HOBEN!

8.6.14

ESOK DI TEMERLOH.....

Isnin, 9 Jun 2014, bakal bersambung semula Liga Premier 2014.

Satu mata yang diraih PDRM esok bakal menutup peluang tipis Kedah, NS dan JDT II untuk muncul Juara Liga Premier 2014.
Dalam ertikata lainnya, hanya tinggal Pulau Pinang dan Felda United sahaja yang boleh menafikan peluang PDRM untuk menjuarai Liga Premier ini.

Jadual perlawanan esok;

CUIT SIKIT:

Dengan peluang kembali ke Liga Super 2015 hampir pasti tertutup, NS perlu memenangi perlawanan ini untuk terus kekal di tangga ke lima sekurang - kurangnya.

Jika tidak, ada kemungkinan, NS bakal terlepas untuk bersaing di Piala Malaysia 2014. Andainya itu berlaku, amat malanglah buat NS musim ini.

Untuk rekod, pasukan di tangga ke 11 dan 12 Liga Super bakal mengharungi perlawanan 'play-off' dengan pasukan di tangga ke 5 dan 6 Liga Premier.

Buat Jang dan Milah, bersedialah untuk menerima kenyataan betapa PBNS gagal memberikan kemeriahan buat PSNS sekiranya gagal ke Piala Malaysia 2014.

Perit. Tetapi kita perlu menerima hakikat betapa duit tidak boleh membeli kemenangan. Namun, tanpa mahu mengeluarkan banyak duit, kita langsung tidak berjaya.

Itulah perbezaan kita dan pasukan lain.

5.6.14

DARI PAROI KE SHAH ALAM.....

Sabtu ini, samada Pahang atau Felda United yang menjuarai Piala FA 2014, kedua - duanya mempunyai satu persamaan. 
Felda United memulakan langkah ke Shah Alam dengan kemenangan 1 - 0 ke atas NS di Paroi.

Pahang pula meraih keputusan seri 1 - 1 mentang PDRM di Suku Akhir 1. Juga di Paroi.

Dalam ertikata lain, biarpun bukan NS, kedua - dua finalis ini pernah bermain di STAR of Paroi dalam perjalanan ke Shah Alam, Sabtu ini.

Buat Jang dan Milah, aku paparkan kembali senarai Juara Piala FA dalam tempoh emnpat tahun terakhir;
Bilakah Piala FA akan kembali semula ke Paroi? Sama - samalah kita doakan.

Kepada Pahang dan Felda United, pamerkan watak sang juara di padang. Pemenang bakal mewakili negara ke Piala AFC 2015.

Bila dah layak ke Asia, jangan pula menarik diri sepertimana dilakukan oleh satu pasukan Juara Piala FA lalu.

CUIT SIKIT:

Sabtu ini, kita bakal menyaksikan aksi penyokong sebenar dan juga penyokong jadi - jadian.

Penyokong sebenar adalah penyokong yang jatuh bangun bersama pasukan. Hadir menyokong di segenap pelosok negara.

Penyokong jadi - jadian adalah penyokong yang tetiba muncul apabila pasukannya layak ke final.

Hadir bukan kerana minatkan pasukan. Hadirnya kerana terlalu banyak kemudahan PERCUMA disediakan. Tiket, bas, duit poket, mafla semuanya perlu diberikan secara PERCUMA. Jika tiada semua itu, ko mainlah sorang - sorang.

Buat Jang dan Milah, Isnin ini, perlawanan bakal berlangsung di Temerloh, bukannya di Paya Rumput;
 HOBEN JANG HOBEN!

3.6.14

FINAL BOLA SUKMA 2014.....

CUIT SIKIT:

Sejak muncul juara pada SUKMA 2004 di arena sendiri, barisan pelapis bola NS terus kemarau pingat.

Entah apa malangnya, NS terus gagal melahirkan pemain muda berbakat, selepas Era Emas Sukma itu.

Tiada lagi individu berkarisma tinggi seperti Kembar Radzak, Kocik dan lain - lain anggota Skuad Emas itu.

Adakah kerena sentuhan kejurulatihan sudah mula kecundang ? Atau, anak - anak muda NS sudah tidak gemar lagi menyepak bola? 

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH