Jumlah Paparan Halaman

18.5.14

SEBELUM LAWAN KEDAH.....

Jumaat ini, NS sekali lagi turun di Paroi.

Warna - warna NS sebelum turun gelanggang;
Terbukti NS tidak cukup hebat untuk kembali ke Liga Super 2015. Jika tidak berubah, aku percaya tahun 2016 juga menyaksikan NS masih di Liga Premier.

Lima kemenangan berturut - turut diakhiri dengan dua kekalahan berturut - turut. Sekaligus menyempitkan peluang naik ke Liga Super 2015.

Biarpun secara matematiknya, peluang masih terbuka, bola sepak tidak pernah dikira secara begitu.

Bola sepak adalah berkait keputusan menang, seri dan kalah sahaja. 45 mata adalah mata maksimum yang bakal diperolehi jika NS menang kesemua baki enam perlawanan.

Bukan mudah rupanya. Dua perlawanan besar menanti. Bertemu Pulau Pinang di arena lawan dan PDRM di Paroi, belum tentu menjanjikan mata penuh.

Stadium Bandaraya ternyata menjadi arena bertuah Pulau Pinang, sedangkan Paroi bukan lagi arena keramat buat NS. Dua daripada lima kekalahan setakat ini, dicatat di Paroi.

CUIT SIKIT:

Bermula Jumaat ini, NS tidak boleh kalah lagi.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH