Jumlah Paparan Halaman

7.5.14

MENCARI MENANG PERCUMA.....

JDT tidak mampu menang di arena sendiri ketika Separuh Akhir 1, Piala FA Isnin lalu.

Kelantan juga tidak mampu meraih kemenangan sehari selepas itu. Malah, Kelantan hampir sahaja kecundang di laman sendiri.

Namun, tidak pula kedengaran para penyokong Kelantan menuntut kemenangan percuma cam kawan kito dari selatan ni;
Ketika perlawanan pusingan ke 2 Separuh Akhir masih jauh, ada pulak penyokong JDT yang kononnya pakar tu menuntut KEMENANGAN PERCUMA kerana isu yang bukan isu.

Di saat Liga Malaysia sudah hampir ke garisan penamat, rupa - rupanya ada MAMAT MAMAI dari Selatan yang bertahap KOSONG.

Di era maklumat di hujung jari ini, sepatutnya tiada pihak yang ketinggalan.

CUIT SIKIT:

Buat kenkawan PSNS, aku nak ulang peraturan pemain impot FAM tu.

Setiap pasukan dibenarkan mendapatkan khidmat empat pemain impot. Wajib salah seorangnya adalah warga Asia.

Cuma tiga daripada mereka dibenarkan untuk membarisi kesebelasan di padang di sepanjang perlawanan.

Lebih daripada itu, setiap pasukan boleh juga menggunakan hanya satu atau dua pemain impot di setiap perlawanan.

Kenkawan PSNS, aku harap kita terus kekal dengan sikap sekarang. Kita menang di padang bukannya di meja mesyuarat.

Kalau pun ada sedikit bangang, simpanlah di dalam poket. Jangan tunjukkan. Malu kito.

Moh kito ke Selayang sebagai penyokong yang cerdik dan matang;
HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH