Jumlah Paparan Halaman

26.10.10

Penoreh getah ditahan di Grik kerana edar dadah

myMetro Mutakhir 25 Oktober 2010

IPOH: Polis menahan seorang penoreh getah berusia 31 tahun dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di kawasan Gerik berikutan penemuan seketul ganja mampat di dalam raga motosikalnya di Km 25 Jalan Kupang-Gerik Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah berkata, lelaki itu ditahan pada jam 9 malam di kawasan Rawat & Rehat Bintang Hijau, Grik dalam satu sekatan jalan raya selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

"Lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu didapati memiliki dadah seberat 950 gram di dalam beg galas yang diletakan di raga motosikal yang ditunggangnya", katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahad berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu sedang menunggu di kawasan rehat itu dan dipercayai hendak menyerahkan dadah kepada pelanggannya.
"Polis turut menemui wang tunai RM2,170 dipercayai hasil daripada penjualan dadah selain turut merampas sebuah telefon bimbit daripada lelaki berkenaan," katanya.

Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan membeli dadah itu daripada satu sindiket dengan harga RM2,500. Beliau berkata, lelaki berkenaan di reman seminggu dan akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.-Bernama
CUIT SIKIT:
Pasti dia menyesal. Kena tangkap semasa harga getah sedang mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH