Jumlah Paparan Halaman

25.10.10

25 Oktober 2010:TPM kesal tohmahan ke atas FELDA

Petikan berita laman rasmi FELDA: http://www.feld.net.my/
Muhyiddin berkata, kenyataan bahawa FELDA bankrap adalah tohmahan kerana jika dakwaan itu benar tidak mungkin Felda mampu membayar cukai, memberi bonus, dividen dan mengeluarkan zakat mencecah RM510.14 juta sepanjang tahun lalu saja.

“Sepanjang tahun lalu, Felda membayar cukai pendapatan RM77.96 juta, bonus duit raya berjumlah RM37.17 juta kepada 112,635 peneroka, dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM369.19 juta dan zakat perniagaan sebanyak RM25.82 juta,” katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus menyokong usaha Felda untuk menaikkan taraf hidup peneroka yang secara langsung meningkatkan ekonomi selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi.
Katanya, Felda adalah satu-satunya program pembangunan tanah paling berjaya di dunia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan bukan saja terkenal di dalam negara, malah ke peringkat global.
Cuit Sikit :
Yang saya tahu:
Akaun Felda dan Akaun Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) adalah berbeza.
Samada Felda bangkrap atau tidak, itu bukan isu tetapi, mana mungkin perbelanjaan Felda termasuk pembayaran dividen KPF ?
Apa pendapat anda ?

1 ulasan:

  1. Ada benarnya kenyataan itu dan saya boleh katakan setuju,kerana ia adalah akaun yang berbeza...tapi apa yang nyata kenapa pihak felda sendiri tidak mengeluarkan segala penyata perbelanjaan sebenar di dalam akhbar atau pun majalah sisipan felda untuk menjawab segala persoalan,adakah felda bankrap atau pun tidak dan tidak perlu melenting apabila ada pihak menyatakan felda bankrap...kerana felda satu badan yang besar,profesional dan satu di dunia.....

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH