Jumlah Paparan Halaman

22.7.15

SARKAS BERNILAI SUKU JUTA RINGGIT DI BUKIT JALIL.....

Mohd. Rizal Hashim seorang rakan fb aku. Seorang blogger sukan tersohor. Seorang wartawan sukan dipelbagai media cetak dan elektronik.

Paling penting, bekas PEGAWAI MEDIA FAM itu menulis di blognya;

FAM dibayar RM250,000 sebagai harga meluluskan perlawanan sebegini dan rasanya peruntukan itu diagih bersama untuk pegawai perlawanan, pegawai pertandingan dan semua kakitangan bergaji FAM merasa habuannya. Bagi pemegang jawatan FAM yang dianggap sukarelawan tetapi berhak kepada elaun, yang mereka terima adalah kritikan.

Selanjutnya di;

TQ Rizal kerana tidak ramai orang awam yang tahu fakta SUKU JUTA RINGGIT itu. Selama ini tiada siapa yang tahu siapa untung dan siapa rugi apabila gajah dan singa sarkas luar negara datang berkunjung ke sini.

Suka aku tambah, kakitangan bergaji FAM itu termasuklah SETIAUSAHA AGUNG selaku KETUA SEKRETARIAT di Kelana Jaya. Gaji beliau dikhabarkan menjangkau dua ratus ribu setahun.

PATUTLAH begitu bersungguh - sungguh mahu menghukum pemain yang tidak mahu bermain di SARKAS Bukit Jalil nanti. Besar juga kepentingan "dia" dalam hal ini.

CUIT SIKIT:
Foto ihsan fb Team Malaysia
MELIHAT kepada jersi yang diperagakan petang tadi, langsung tiada asas buat TUK MIDIN dan FAM mahu menghukum mana - mana persatuan atau pemain yang tidak mahu menyertai sarkas berkenaan.

Tiada JALUR GEMILANG. Tak nampak pulak logo FAM. Yang jelas tertera adalah jenama penaja selaku SYARIKAT PENGANJUR yang cuba MENGAUT UNTUNG MAKSIMUM daripada sarkas ini.

Para hipokrit di Kelana Jaya, berhentilah berlakon. Kembalilah kepada usaha untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia bukannya mencari duit poket sebagai penganjur sarkas di Shah Alam atau di Bukit Jalil.

20.7.15

NS MATRIX SELEPAS RAYA.....

Semua perlawanan selepas Aidilfitri bakal menjadi penentu nasib dan haluan semua pasukan di Liga Malaysia 2015.

Samada menamatkan musim dengan pencapaian cukup makan, meloyakan atau cemerlang, baki perlawanan dengan jadual teramat padat, akan menentukannya.

NS Matrix yang berbaki 7 perlawanan sebenarnya berada di tahap paling sukar untuk kembali ke Liga Super 2016 sebagaimana KPI PBNS musim ini.

MENGAPA SUKAR?
Di tangga ke 7, secara matematik, NS Matrix masih boleh menjuarai Liga dengan syarat;

MENANG SEMUA PERLAWANAN dan SEMUA LAWAN LEBIH ATAS KALAH SEMUA PERLAWANAN.

Ini memang mustahil.

SEBABNYA;

Lawan selepas Aidilfitri adalah;
LIMA PERLAWANAN adalah bertaraf heavyweight buat NS Matrix kerana lawan berada lebih atas di Carta Liga. Agak mustahil untuk memenangi semua perlawanan.

NS Matrix memang merisaukan para PSNS kerana rekodnya di arena sendiri tidak bersih apabila berhadapan pasukan di tangga 1 hingga 6 itu.

Lihat ini;
Di pusingan pertama, NS Matrix hanya mampu memungut 8 mata daripada tujuh perlawanan dengan bakal lawan selepas Aidilfitri nanti.

Sekiranya trend itu berulang, maknanya, NS Matrix bakal kekal di Liga Premier 2016. Kita kena terima hakikat ini.

CUIT SIKIT:

Seandainya NS Matrix mahu berubah, bukan di musim ini. Tetapi perubahan itu mesti dilakukan secara drastik dan besar - besaran sebaik sahaja Liga Premier berakhir pada 21 Ogos nanti.

Para pemain bertaraf bintang dan planet segara dicari untuk memulihkan maruah negeri.

SOALANNYA;

Pemain boleh dibeli tetapi ongkosnya datang dari mana ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ; MAAF ZAHIR DAN BATIN.

8.7.15

APA KHABAR AZRAAI KHOR?.....

Jika dianalisa kerjaya kejurulatihan AK-47 ini, beliau belum pernah dua kali mengendalikan satu pasukan.

Maksudnya, apabila telah meninggalkan pasukan berkenaan, Azraai tidak kembali lagi.

Selepas meninggalkan Kedah pada 2010, beliau lebih gemar berkelana ke serata pelusuk bumi Semenanjung ini.

Teams managed
1991Kedah President's Cup
1992-1993Kedah FA (Assistant Coach)
1994Kedah President's Cup
1998Kedah President's Cup
2002Kedah President's Cup
2002TNB Kelantan FC
2004-2009Kedah FA
2010Harimau Muda A
2011–2012Negeri Sembilan FA
2012–2013Perak FA
2014T–Team
2015-Kelantan FA
https://en.wikipedia.org/wiki/Mohd_Azraai_Khor_Abdullah

CUIT SIKIT:

Tidak menjadi satu kesalahan apabila Azraai mahu kembali ke NS. Tidak juga menjadi kes jenayah sekiranya Anak Watan NS bernamo Devan tu dilucutkan tugas sebab tak bagus.

Tidak juga menjadi kes jenayah syarie sekiranya NS Matrix muncul pasukan tunggal gagal menang kedua - dua perlawanan dengan pasukan KL SPA Putrajaya FC tu.

Tetapi amat malang buat para PSNS yang nak sembang bola semasa cuti ghayo ni. Apo nak diceghito'an dek kenkawan PSNS den ni pasal bola NS.

Devan boleh bantu tak bagi idea sembang bola NS maso ghayo nanti?

2.7.15

BULAN WAJIB MENANG.....

Mulai esok [ 3 Julai ], NS Matrix bakal menghadapi tiga lagi perlawanan Liga Premier. Satu di arena lawan. Dua lagi di Paroi. Itu secara teknikalnya.

Namun, rahmat bulan puasa membolehkan Paroi menjadi arena lawan buat NS Matrix.

Jadual penuh perlawanan Julai;
UiTM FC bukan pasukan biasa. Bebudak U ini boleh menyusahkan pasukan lawan. Namun, kemenangan tetap boleh diperolehi sebab Paroi itu arena kito.

Dua lagi lawan adalah pasukan yang menanti masa sahaja untuk turun ke Liga FAM 2016.

Suka atau tidak, JULAI ini adalah BULAN WAJIB MENANG buat NS Matrix.

CUIT SIKIT:

Jika bungko juo, kita bolehlah memulakan kempen;


MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH