Tiada siapa menyangka Kijang dan Singa bakal berentap Sabtu ini.
Akhirnya, jika Kelantan kalah, wakil Malaysia ke Piala ACF 2016 bukanlah Lions XII. Bukan juga KELANTAN.
Menurut SUA FAM semalam, seandainya terjadi begitu, maka Naib Juara Liga Super 2015 berkemungkinan besar bakal mewakili Malaysia ke Piala AFC 2016.
Mahu atau tidak, KELANTAN tiada pilihan lain selain menang, untuk kembali beraksi di Piala AFC 2016.
BERAT TEKANAN TU.
YA. Tekanan itu amat berat sekiranya mereka masih bercita - cita memburu cabaran di peringkat Asia.
Tetapi berat lagi tekanan ini;
CUIT SIKIT:
Susah rupanya bila masuk final ni. Semua pihak yang berkaitan perlukan layanan VIP.
Namun, FAM selaku tuan pertandingan juga ada ramai VIP yang mahu dilayannya. Sebagai TUAN, FAM pastinya mendahuklukan VIPnya. VIP - VIP lain, sabar ajelah.
Biasanya pasukan bising pasal padang, pengadil, bola dll. Kali ini bising pasal tempat VIP pulak.
Siapa punya kerja ni? Nak kata orang dalam FAM punya angkara tak boleh juga. Pengerusi JK Pertandingan tu, bukan ORANG KELANTAN ke?
Takkan Datuk Fendi terlupa bab - bab mendahulukan VIP ni.
Senang buat cam NS Matrix jer. Duduk diam - diam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan