Jumlah Paparan Halaman

22.3.15

APRIL BULAN KEBANGKITAN.....


Setelah melalui episod duka di dua perlawanan terakhir, April ini sepatutnya menjadi bulan kebangkitan buat NS Matrix.

Namun bukan mudah kerana lawan yang bakal dihadapi, bagi aku sama saiz dan sama taraf. Tiada lagi pasukan mahasiswa dan kakitangan kerajaan yang menghadirkan cabaran sepanjang April ini.

Malah, Pulau Pinang pastinya masih menjadi mimpi negeri buat semua yang berkaitan dengan NS Matrix.

Jika NS Matrix mampu bangun semula, bolehlah kita katakan pasukan ini mempunyai DNA dan aura sebagai Sang Juara.

CUIT SIKIT:

Namun, kebangkitan itu pasti terencat sekiranya aksi ini;
video ihsan http://www.pbn9.com, tapi aku edit supaya lebih slow.
masih menjadi sebahagian daripada punca kegagalan.

HOBEN JANG HOBEN!

18.3.15

MAU KASI BERAPA YA?.....

TUJUH perlawanan telah ditempuhi, NS Matrix yang bermula garang, akhirnya longlai di dua perlawanan terakhir.
Amat malang apabila dua kekalahan itu dicatat di arena sendiri. Bagi aku, NS Matrix seperti lesu di dua perlawanan terakhir itu.

Agak bagus kerana kekalahan itu berlaku di suku pertama liga. Bukan di akhir - akhir saingan. Kita berikanlah peluang buat Coach Devan untuk membetulkan kembali pasukan selama tempoh rehat ini.

Di pamerkan rumusan pencapaian NS Matrix setakat tujuh perlawanan;
Hijau itu MENANG. Seri berwarna KUNING. MERAH untuk yang kalah.


CUIT SIKIT:

Dengan sekadar 57 % kemenangan, aku berikan Gred C buat Coach Devan dan NS Matrix. Bukan suka - suka. Gred itu aku ikut Sistem Gred SPM terkini.

Jika C, peluang untuk layak ke Universiti Awam mungkin sukar. Tiada pilihan, teruslah menuntut di Kolej Swasta seperti sekarang.

HOBEN JANG HOBEN!

11.3.15

UJIAN SEBENAR NS MATRIX.....

Usai empat perlawanan Liga Premier, NS Matrix berada di tangga atas carta. Berkongsi mata dengan Pulau Pinang, tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan gol.


T - Team FC berada di tangga ke 8 liga mungkin boleh memberikan cabaran mungkin tidak.

Namun, ujian sebenar pastinya muncul Selasa nanti. Dua pasukan teratas Liga Premier bakal berhadapan sesama sendiri di Paroi.

Dua pertempuran besar dalam tempoh lima hari, pastinya sukar buat mana - mana pasukan.

Di sinilah kebijaksanaan dan percaturan pasukan amat dituntut. Di sini jugalah, kredibiliti semua pemain boleh membantu.

Pastinya K. Devan dan pasukan kejurulatihannya sedang menyusun strategi untuk terus kekal di atas liga dan juga layak ke Suku Akhir Piala FA.

CUIT SIKIT:

Jika berjaya melepasi halangan yang tiba berturut - turut itu, para PSNS bolehlah mengharapkan sesuatu yang lebih positif selepas ini.

Sehingga tibanya detik itu, HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH