Kegagalan
kontinjen negara mencapai sasaran lapan pingat emas di Sukan Asia Ke-17 di sini
bukan merupakan kegagalan mutlak, kata ketua kontinjen negara, Datuk Danyal
Balagopal Abdullah.
Beliau
berkata semua atlet telah menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memburu
sasaran negara, namun mereka hanya kurang bernasib baik.
"Orang
tidak nampak kesungguhan yang dipamerkan atlet negara bagi mengharumkan nama negara
di pentas sukan dunia, sebaliknya hanya mereka yang berada di venue kejohanan
yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya
tidak menyalahkan atlet dalam perkara ini, sebaliknya berbangga dengan semangat
tinggi yang ditunjukan mereka selama mengikuti kampen Sukan Asia," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Majlis
Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran lapan pingat emas, namun kontinjen
negara hanya membawa pulang lima emas,
14 perak dan 14 gangsa.
Pujian Ketua Kontijen Yang Bertaraf CAP AYAM;
"Corak
pemainan luar biasa oleh skuad bola sepak negara, malah boleh dianggap sebagai
persembahan terbaik mereka ketika menentang Arab Saudi pada aksi penutup
peringkat kumpulan. Ia amat membanggakan saya, malah seluruh peminat bola sepak
tempatan turut mengakui perkara yang sama apabila skuad Bawah 23 Tahun berjaya
memberi saingan hebat biarpun tewas 0-3.
"Pasukan
hoki kita pula menunjukan corak permainan berbeza daripada sebelum ini apabila
mereka berjaya memberi tentangan hebat kepada Korea Selatan dalam aksi
penentuan pingat gangsa biarpun tewas 2-3. Malah ramai pasukan negara lain yang
saya temui memuji corak permainan skuad hoki kita," katanya.
CUIT SIKIT:
Sejak bila agaknya dua jenis sukan ini [ bola sepak dan hoki ] dinilai dan disahkan menang menerusi corak permainan?
Setahu aku, yang dinilai menang untuk kedua - dua sukan berkenaan adalah jumlah jaringan gol kita mesti melebihi jaringan gol lawan. FULLSTOP.
Apabila kita tidak mampu menjaringkan gol biarpun bermain cantik ala - ala gimnastik dan terjun berirama, maka kita akan seri sahaja. Jika lawan berjaya menjaringkan gol, kita kalah. Itu sahaja.
Lebih elok sekiranya, semua pihak mengaku kita gagal mencapai sasaran LAPAN PINGAT EMAS itu. Akui kegagalan dan berubahlah untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Apabila kita mempertahankan sebuah kegagalan dengan alasan yang dangkal, tunggulah kehancuran di masa hadapan.
Dan, sepak takraw memang gagal. Bukan sahaja di gelanggang, malah gagal juga di luar gelanggang.
Yang ini, aku setuju. Sebabnya, PSM telah ditawarkan untuk berubah semasa Mesyuarat Agung 2014 lalu.
Danyal
melahirkan rasa kecewa terhadap prestasi skuad sepak takraw negara yang dilihat
semakin 'hilang taring' setelah gagal menamatkan badi kekalahan kepada Thailand
menerusi acara berpasukan lelaki dan regu lelaki.
"Kita
sepatutnya mendominasi sukan tradisi masyarakat Melayu ini kerana Malaysia satu
ketika dulu amat digeruni malah kitalah yang memperkenalkan sukan sepak takraw
kepada dunia," katanya.
Dalam
perkembangan sama, beliau kecewa terhadap sikap pengurus sepak takraw yang
tidak bersama-sama pasukan atas faktor peribadi.
"Tanpa
perlu saya sebutkan nama, sikap tidak bertanggungjawab pengurus pasukan sepak
takraw menukar jadual penerbangan beberapa kali menyebabkan kad akreditasi
dibatalkan penganjur sehingga menyusahkan pasukan," katanya.
Danyal
berkata beliau merasa kasihan melihat jurulatih sepak takraw kebangsaan
Jamaluddin Hasan terpaksa mengurus sendiri pasukannya.
"Saya
harap selepas ini pihak persatuan dapat mengambil tindakan terhadap individu
terbabit dan akan lebih berhati-hati dalam melantik pengurus pasukan,"
katanya.
Beliau
berkata sekiranya mereka yang dilantik sebagai pengurus pasukan merasakan
bahawa mereka tidak layak melakukan tugas tersebut, lebih baik diberikan kepada
orang lain.
Cuma, ahli - ahli PSM yang tidak mahu berubah. Jadi, kekallah mereka sebagai CAP AYAM.