Berbaki lapan hari dan empat perlawanan, Estádio do Maracanã, Rio de Janeiro bakal ceria atau muram.
Empat pasukan terbaik sudah ditentukan. Suku Akhir tamat dengan edisi santai dan memenuhi ramalan awal. Tiada kejutan kecuali keupayaan Costa Rica mengajak Belanda bermain sehingga ke titik sepakan penalti.
Dua pagi berturut - turut, rakyat Malaysia bakal bersahur sambil menonton dua perlawanan Separuh Akhir yang dijangka penuh dengan aksi dan drama.
Di Suku Akhir, tiga pemain pertahanan menjaringkan gol kemenangan dua pasukan. Ini menunjukkan betapa pemain pertahanan boleh membantu serangan sekiranya berpeluang.
Ia juga mempamerkan betapa sukarnya penyerang untuk melepasi kawalan pertahanan lawan yang padat dan ada ketikanya agak kasar. Tanyalah Neymar betapa siksanya diasak lawan setiap kali mendapat bola.
Sehingga Suku Akhir, para bintang KELAS SATU sudah kemarau jaringan;
Cuma James Rodriguez [JR] yang konsisten menjaringkan gol di setiap perlawanan. Malangnya, dia sudah pun pulang bersama pasukan Colombia. Jika corak permainan Suku Akhir berterusan di Separuh Akhir dan Akhir, aku percaya JR bakal memenangi KASUT EMAS Piala Dunia 2014. Cukup sebagai penghargaan kepada keupayaan beliau sebagai mesin gol yang konsisten dan bijak mengambil peluang.
Tahun ini, dua pasukan Eropah dan Dua Pasukan Latin bakal bertemu di Separuh Akhir. Potensi FINAL yang mungkin berlaku adalah;
1. BRAZIL lawan ARGENTINA.
2. BRAZIL lawan NETHERLANDS.
3. JERMAN lawan ARGENTINA.
4. JERMAN lawan NETHERLANDS.
CUIT SIKIT:
Berdasarkan keupayaan taktikal dan kebijaksanaan Pengurus Pasukan semasa, aku fikir JERMAN bakal bertemu NETHERLANDS di MARACANA.
Jika ianya berlaku, maka sejarah baru Piala Dunia bakal tercipta. Sebelum ini, tiada mana - mana pasukan Eropah memenangi Piala Dunia di BENUA AMERIKA LATIN.
Seandainya ramalan aku tepat, Brazil terus kempunan menjuarai Piala Dunia di laman mereka sendiri.
Kasihan Neymar JR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan