Di saat ini, hanya tinggal lapan pasukan menanti sepak mula pusingan Suku Akhir tepat jam 12 tengah malam 5 Julai nanti.
Perancis dan Jerman bakal memulakan saingan diikuti pertemuan Brazil menentang Colombia. Dua perlawanan yang menjanjikan pertemuan Separuh Akhir Latin Amerika menentang Eropah.
Di kelompok satu lagi, Belanda bertemu Costa Rica dan Argentina berhadapan Belgium. Di sebelah sini, peringkat Separuh Akhir memungkinkan pelbagai prospek.
Boleh jadi Eropah bakal bertemu Latin Amerika. Mungkin juga Eropah bertemu Eropah. Kemungkinan CONCACAF melawan Latin Amerika, atau CONCACAF menentang Eropah.
COSTA RICA yang mengejutkan ramai pihak kerana menjuarai Kumpulan D dengan mengatasi tiga Juara Silam Piala Dunia mungkin melakukan kejutan lagi di Suku Akhir.
Sebagai rekod, lima perlawanan di pusingan kedua berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Dua daripadanya berakhir dengan penentuan sepakan penalti.
Namun, kesemua lapan JUARA KUMPULAN berjaya meneruskan langkah ke Suku Akhir. Maknanya, secara realistik, tiada kejutan berlaku di pusingan kedua ini.
CUIT SIKIT:
Di bumi BRAZIL yang semakin panas, kecuali James Rodriguez dari Colombia itu, kesemua nama - nama besar yang meledak sebelum ini sudah ketandusan jaringan.
Dan, tidak hairan sekiranya Neymar terkunci, Brazil bakal tersingkir di Suku Akhir.
ALANGKAH terkejutnya DUNIA sekiranya Columbia dan Costa Rica bakal berentap di FINAL.
Hanya yang terbaik dan konsisten bakal menjuarai Piala Dunia 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan