Jumlah Paparan Halaman

25.5.14

JAWATANKUASA BARU FAM TIADA WAKIL NS.....

CUIT SIKIT:

Seperti biasa, tiada wakil NS berada di senarai di atas. Bukan kalah bertanding tetapi, tidak masuk bertanding pun. Kenapo Jang? Tiadakah tokoh - tokoh bola NS yang boleh ditampilkan?

Sebagai rujukan, Perlis yang berada di tahap nazak Liga Premier itu pun berjaya menghantar Presidennya sebagai Naib Presiden baru FAM.

24.5.14

MEI YANG KOSONG.....

MEI yang menghampakan.

Ternyata setelah April menjadi bulan paling lumayan, Mei muncul sebagai bulan yang langsung tidak produktif buat NS.

Jelas ada keraguan besar apabila dua home game berakhir dengan KEKALAHAN.

Tak berlatih? Tak mungkin. Tak ada nafsu nak menang? Mungkin jugak. Gaji lambat? Eden tak buleh jawab bab ni.

CUIT SIKIT:

Apa juga alasan, apa juga masalahnya, yang pasti, NS bolehlah membuat pemilihan baru menjelang perlawanan seterusnya pada 9 Jun nanti.

Boleh juga dicongak siapa yang perlu berehat. Boleh juga dipilih siapa yang perlu dibuang. Elok jugak dicari sapo nak kono tondang.

Aduhai PBNS, tak kosian ko kek kenkawan sey yang datang dari Palong, Gomeh, Jompo, Tengkek, Rombau dll. tu.

Dahlah keluar duit sondiri, balik dongan keputusan kalah yo bulan ni.

Kito tunggulah sapo nak kono tondang ni.....

18.5.14

SEBELUM LAWAN KEDAH.....

Jumaat ini, NS sekali lagi turun di Paroi.

Warna - warna NS sebelum turun gelanggang;
Terbukti NS tidak cukup hebat untuk kembali ke Liga Super 2015. Jika tidak berubah, aku percaya tahun 2016 juga menyaksikan NS masih di Liga Premier.

Lima kemenangan berturut - turut diakhiri dengan dua kekalahan berturut - turut. Sekaligus menyempitkan peluang naik ke Liga Super 2015.

Biarpun secara matematiknya, peluang masih terbuka, bola sepak tidak pernah dikira secara begitu.

Bola sepak adalah berkait keputusan menang, seri dan kalah sahaja. 45 mata adalah mata maksimum yang bakal diperolehi jika NS menang kesemua baki enam perlawanan.

Bukan mudah rupanya. Dua perlawanan besar menanti. Bertemu Pulau Pinang di arena lawan dan PDRM di Paroi, belum tentu menjanjikan mata penuh.

Stadium Bandaraya ternyata menjadi arena bertuah Pulau Pinang, sedangkan Paroi bukan lagi arena keramat buat NS. Dua daripada lima kekalahan setakat ini, dicatat di Paroi.

CUIT SIKIT:

Bermula Jumaat ini, NS tidak boleh kalah lagi.

HOBEN JANG HOBEN!

12.5.14

NS vs SABAH.....

Jumaat ini, bakal berlangsung perlawanan ke 16 Liga Premier Malaysia 2014. Menariknya, perlawanan ke 16 berlangsung pada 16 Mei.

Kedudukan semasa;
Prestasi April & Mei Sabah;
Manakala untuk NS bagi tempoh yang sama adalah;
Di atas kertas, NS lebih baik berbanding Sabah. Namun, keputusan pada 9 Mei itu menampakkan Sabah adalah pasukan yang mampu mencipta kejutan.

Peledak berbisa kedua - dua pasukan, Kim Jin-Ryong [NS] dan Marwan Seyedeh [SABAH] berkongsi enam jaringan setakat ini.

CUIT SIKIT:

Moh Poei Paroi Jumaat ini;
HOBEN JANG HOBEN!

7.5.14

MENCARI MENANG PERCUMA.....

JDT tidak mampu menang di arena sendiri ketika Separuh Akhir 1, Piala FA Isnin lalu.

Kelantan juga tidak mampu meraih kemenangan sehari selepas itu. Malah, Kelantan hampir sahaja kecundang di laman sendiri.

Namun, tidak pula kedengaran para penyokong Kelantan menuntut kemenangan percuma cam kawan kito dari selatan ni;
Ketika perlawanan pusingan ke 2 Separuh Akhir masih jauh, ada pulak penyokong JDT yang kononnya pakar tu menuntut KEMENANGAN PERCUMA kerana isu yang bukan isu.

Di saat Liga Malaysia sudah hampir ke garisan penamat, rupa - rupanya ada MAMAT MAMAI dari Selatan yang bertahap KOSONG.

Di era maklumat di hujung jari ini, sepatutnya tiada pihak yang ketinggalan.

CUIT SIKIT:

Buat kenkawan PSNS, aku nak ulang peraturan pemain impot FAM tu.

Setiap pasukan dibenarkan mendapatkan khidmat empat pemain impot. Wajib salah seorangnya adalah warga Asia.

Cuma tiga daripada mereka dibenarkan untuk membarisi kesebelasan di padang di sepanjang perlawanan.

Lebih daripada itu, setiap pasukan boleh juga menggunakan hanya satu atau dua pemain impot di setiap perlawanan.

Kenkawan PSNS, aku harap kita terus kekal dengan sikap sekarang. Kita menang di padang bukannya di meja mesyuarat.

Kalau pun ada sedikit bangang, simpanlah di dalam poket. Jangan tunjukkan. Malu kito.

Moh kito ke Selayang sebagai penyokong yang cerdik dan matang;
HOBEN JANG HOBEN!

3.5.14

SEPARUH AKHIR PIALA FA.....

CUIT SIKIT:

Hampir tiga bulan tumpuan terarah kepada liga, akhirnya empat perlawanan besar bakal berlangsung Mei ini.

Daripada empat yang masih bertarung, hanya satu bakal ke Piala AFC 2015. Sang Juara.

Jika mahu bersaing di Asia, menangilah Piala FA.

Dan, tampillah dengan watak garang di peringkat itu. Layak ke Separuh Akhir perlu dijadikan KPI setiap pasukan yang menjadi wakil negara.

Bukan tampil sebagai pasukan lembik dengan seribu satu alasan apabila menjadi belasahan lawan.

Muncullah sebagai pasukan yang ber'telur'.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH