Jumlah Paparan Halaman

31.1.14

PIALA FA PUSINGAN 2.....

Esok dan Selasa ini bakal berlangsung lapan perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014.

Jadual perlawanan dan siaran tv adalah;
Tujuh pasukan kelab, satu badan gabungan FAM, lapan pasukan negeri, 10 pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier berjaya ke peringkat ini. Yang pasti, tiada pasukan daripada Liga FAM yang berjaya melepasi pusingan pertama lalu.

Di Suku Akhir nanti, dua pasukan Liga Super, JDT I FC / T - Team FC serta Lions XII FC / Pahang, bakal bertemu dua pasukan Liga Premier, Kedah / Perlis dan PBAPP FC / Polis.

Di kumpulan berlainan, satu pasukan kelab, SIME DARBY FC / FELDA UNITED FC bakal bertemu pasukan negeri, SELANGOR / SARAWAK. Satu lagi kelompok Suku Akhir memungkinkan perlawanan Derby Pantai Timur, Kelantan lawan Terengganu.

Format perlawanan masih lagi secara kalah mati satu perlawanan. Maka, tiada sebarang talian hayat atau timbal balas di peringkat ini. Suka atau tidak, setiap pasukan bakal berhadapan tekanan tinggi sehingga ke tahap tendangan penalti sekiranya gagal meraih keputusan kalah menang di masa sebenar perlawanan.

CUIT SIKIT:

Piala FA sepatutnya menjadi salah satu KPI setiap pasukan. Pemenang Piala FA ini bakal layak beraksi di Piala AFC tahun berikutnya.

Jika masih terlalu mengejar Piala Malaysia, maknanya kita hanyalah pasukan Jaguh Kampung yang terlalu naif dan kerdil untuk keluar bersaing di peringkat Asia.

Buat NS, tumpukanlah usaha untuk menang Liga Premier kerana itulah satu - satunya piala yang belum pernah dimenangi, di era PBNS dipimpin oleh Tok Mat.

HOBEN JANG HOBEN!

27.1.14

NS SERI, JDT II BELUM MENANG.....

Selesai enam perlawanan MD2 Liga Premier menyaksikan;
Seri buat NS bolehlah dianggap sesuatu yang positif kerana PBAPP FC bukanlah budak hingusan biarpun baru tiga musim di Liga Malaysia.

PDRM dan Kedah memberikan dimensi baru Liga Premier di sebalik publisiti lebih besar diraih JDT II sebelum musim bermula.

Paling menarik, pasukan IPT dari Shah Alam, belum tewas dalam dua perlawanan. Semoga terus kekal menjadi pencabar yang serius.

Rehat sekitar 10 hari ini bakal memberikan ruang untuk semua pasukan memperbaiki kelemahan.

CUIT SIKIT:

Cabaran seterusnya buat NS Februari ini, adalah Sabah dan Kedah. Kedua - duanya di arena lawan.

Namun, ianya akan dimulai dengan;
Dipertandingan manapun, apabila bertemu Felda, NS agak sukar untuk meraih mata.
Mengapa ye?

HOBEN JANG HOBEN!

26.1.14

UJIAN PERTAMA DI ARENA LAWAN.....


CUIT SIKIT:

Setelah lulus perlawanan pertama di arena sendiri, perjuangan NS berterusan esok.

Ini adalah perlawanan pertama di arena lawan. NS tidak boleh tewas kerana Februari ini bakal menyaksikan dua perlawanan di arena lawan. Salah satunya adalah bertemu Kedah di Alor Setar.

Biarpun PBAPP FC bukanlah nama besar di arena bola negara, kejayaan mereka meraih satu mata di Kelana Jaya Jumaat lalu, menggambarkan skuad asuhan Yunus Alif ini boleh menjadi Pembunuh Gergasi musim ini.

HOBEN JANG HOBEN!

25.1.14

TAHNIAH V.SM & NS.....

LULUS. Itulah perkataan yang sesuai buat V. Sundramoorthy dan Skuad jang sebentar tadi.

Pun begitu, kemenangan 2 - 1 ke atas DRB-Hicom FC itu belum cukup meletakkan NS di carta atas Liga Premier 2014.


Kejutan besar di hari pertama pastinya kekalahan JDT II kepada PDRM di Pasir Gudang. Turut melakukan kejutan ialah Naib Juara Liga FAM 2013, PBAPP FC yang meraih satu mata di Kelana Jaya.

Aku katakan kejutan adalah dua pasukan yang gagal menang di arena sendiri itu difahamkan merupakan dua pasukan teratas daripada aspek bajet besar. Maknanya, bajet besar belum pasti menjanjikan kemenangan besar.

Seterusnya, NS akan ke Pulau Pinang.

CUIT SIKIT:

Jika dua perlawanan awal ini diambilkira, di mata aku NS mungkin berada lebih lama di Liga Premier ini.

Sebabnya? Dua perlawanan awal ketika bertemu Felda United dan DRB-Hicom ini memperlihatkan betapa NS cuma hebat di bahagian benteng tetapi tidak mempunyai seorang Jeneral Padang yang boleh mengawal dan mengatur permainan.

Kita bakal kalah perang sekiranya hanya mempunyai ramai pekerja tetapi tiada mastermind. Corak permainan langsung tidak mempesonakan.

Biarpun liga masih panjang, NS tidak mungkin berjaya jika hanya mengharapkan hantaran jauh sebagai cara memecah benteng lawan.

Apa - apa pun, buat sementara, TAHNIAH VSM dan Jang. Tetapi penghibur sebenar sebentar tadi, adalah ULTRAS NS dengan lagu Gadis Jolobu itu.

HOBEN JANG HOBEN!

23.1.14

YANG NI WAJIB MENANG.....


Esok bakal bermula saingan Liga Premier 2014.

Lupakan kekalahan kepada Felda United. Lupakan kepada corak permainan tidak teratur. Lupakan. Lupakan. Lupakan semuanya yang telah berlalu.

Dan, aku percaya VSM akan mengubah 100 peratus barisan pemainnya. Mana boleh terus bergantung dengan kesebelasan yang gagal.

CUIT SIKIT:

DRB-Hicom FC yang berasaskan pasukan POS Malaysia FC ini, bukanlah pasukan yang berbelanja besar.

Mengekalkan sejumlah besar pemain musim lalu dan diperkuatkan tiga tenaga impot. Dua dari Nigeria dan satu dari Jepun. Menariknya, tiada nama - nama besar bola sepak tempatan bersama mereka.

Maka, NS wajib menang malam esok. Pastinya tiga mata diraih dengan corak permainan yang meyakinkan. Tidak perlu bermain cantik. Cukuplah jika midfield kita menguasai bola dan mampu mengawal permainan. Bukannya membiarkan pihak lawan mengawal kita.

Jika lulus ujian malam esok, barulah boleh kita mempercayai VSM.

22.1.14

SABAR JANG, MU JIRAN KITO PUN KALAH.....

SELANGOR menjadi pasukan terakhir layak ke pusingan kedua Piala FA 2014 setelah menewaskan Harimau Muda C, 2 gol kosong.

Keputusan penuh pusingan pertama;

 Jadual perlawanan pusingan kedua;

Aku tandakan Kelana Jaya sebagai arena pertemuan PKNS FC dan Terengganu kerana secara rasminya di situlah gelanggang tuan rumah [ sementara ] PKNS FC dan Selangor.

Bagaimanapun, aku fikir PKNS FC selaku tuan rumah boleh mengubah gelanggang mereka ke Lumut sepertimana mereka lakukan di pusingan pertama. Jika Lumut terlalu jauh dari Shah Alam, elok juga mereka menjadikan STAR of PAROI sebagai arena tumpangan mereka.

Dapat juga MPS menambah pungutan hasil. Bagus juga buat peniaga kerana pastinya ramai penyokong peteh akan datang bersama pasukan mereka.

CUIT SIKIT:

Buat Jang yang mungkin masih tidak dapat menerima kekalahan NS semalam, soba yo la. MU di hujung kaki kito tu pun kalah juo. Dengan segala publisiti menjurus kepada hasrat mahu menjuarai Liga FAM, MU akhirnya tewas kepada Perlis.

Perlis sebenarnya hampir - hampir gagal menyertai Liga Malaysia 2014 lantaran ketiadaan sokongan kewangan dalam bentuk geran Kerajaan Negeri. Namun, mereka berjaya membuktikan kehebatan dalam keadaan yang amat sederhana itu.

Buat VSM dan NS, selagi tiada pemain yang boleh mengawal rentak permainan menyamai kebolehan Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim, selagi itulah mereka akan bergelut.

Seperkara lagi, aku benar - benar tabik kepada Shukor Adan yang tidak mahu meraikan gol jaringannya secara besar - besar semalam. Maknanya, dia masih sayangkan NS.

Cuma NS sahaja yang tidak mahu melabur lebih kepada bakat dan kebolehan beliau. Akhirnya, ATM dan FELDA United juo yang untung.

20.1.14

JANGAN LUPO MALAM ESOK.....


Piala FA yang bermula pada tahun 1990, telah dua kali singgah di Medan Rahang. Kali pertama pada 2003 dan terakhir pada 2010.

Malam esok, bakal bermula satu lagi episod baru Piala FA yang dua tahun terakhir ini didominasi oleh Kelantan. Musim lalu, NS layak ke Suku Akhir sebelum terkandas di tangan Terengganu.

Barisan kemungkinan malam esok;
CUIT SIKIT:

Malam esok mungkin menjadi perlawanan pertama dan terakhir buat NS di Paroi bagi pertandingan Piala FA.

Sebabnya, jika menang, NS akan ke pusingan kedua dan bakal bermain di Selayang pada 4 Februari nanti. Lawannya, Sime Darby FC atau ATM.

Suka diingatkan, tiada perlawanan timbal balik untuk pertemuan pusingan pertama dan kedua Piala FA ini.

Maknanya, jika seri malam esok, penentuan sepakan penalti akan diadakan untuk mencari pemenang. Maka, ada kemungkinan, perlawanan akan tamat jam 12.00 tengahmalam.

Sesuatu yang amat tidak sesuai bagi pelajar sekolah dan juga pekerja yang bekerja mengikut office hour keesokan harinya.

Apa - apa pun, HOBEN JANG HOBEN!

16.1.14

KEPUTUSAN PENUH PRA - MUSIM NS.....

NS telah melalui 11 perlawanan Pra - Musim tanpa satu pun di luar negara.


Malah, tujuh daripadanya berlangsung di Paroi. Tak kisahlah. Berlatih di luar negara seperti musim lalu pun, belum menjamin sebarang kejayaan di pertandingan sebenar.



Rumusan mudah selepas tamat pra - musim;



CUIT SIKIT:

Aku mengambilkira empat perlawanan terakhir itu sebagai bagus buat NS. Enam gol yang dijaringkan dalam empat perlawanan itu sebagai tanda betapa berbisanya Kaplan dan Owona sebagai jentera serangan.

Keputusan bola sepak hanya ditentukan dengan jaringan bukan dengan taktikal atau teknikal.

Seandainya ia berterusan, aku fikir impian PBNS dan PSNS untuk melihat NS kembali ke Liga Super 2015 bakal tercapai.

Namun, segala - galanya bakal terjawab 21 Januari nanti.


Dan juga di dua perlawanan pertama Liga Premier 2014 itu. Sehingga tibanya detik itu, HOBEN!

15.1.14

BUAH SULUNG SUNDRAMOORTHY.....

Selasa ini bakal berlangsung perlawanan rasmi pertama NS di bawah kendalian V.SM.


Pertemuan dengan FELDA United dijangka menarik untuk ditonton. Ijai, Shukor Adan, Kocik, Thanaraj dan Rahman Zabul adalah bekas pemain NS yang bakal kembali ke STAR of PAROI. Bukan sebagai anggota skuad NS. Tetapi sebagai pemain lawan yang nyata.

Melengkapkan senarai mantan pemain NS yang bakal bertandang ke Paroi, adalah Qhairul Anwar Roslani, Asyraf Al-Japri dan Soffuan Tawil. Soffuan Tawil anak peneroka Felda Palong Satu dijangka menjadi penjaga gol simpanan kepada Ijai, anak peneroka Felda Palong Dua itu.

Di Kem NS, aku melihat kepada wibawa pemain impot sebagai penjana kemenangan terutamanya gandingan Kaplan dan Owona. Mungkin King boleh masuk sebagai Super-Sub nanti.

CUIT SIKIT:

Seteruk - teruk DA dan Del Porras musim lalu, mereka layak juga ke Suku Akhir Piala FA.

Musim ini diharapkan NS bakal melangkah lebih jauh kerana YAB DSU Presiden sudah kembali memberikan perhatian kepada pasukan.

Jika menang, NS bakal bertemu Sime Darby FC atau ATM di pusingan kedua.

Sehingga Selasa ini, HOBEN JANG HOBEN!

11.1.14

BARISAN MUKTAMAD NS.....

Dimuktamadkan. Inilah barisan yang bakal membawa kembali NS ke Liga Super 2015 nanti.


Bakal diuruskan sendiri oleh Dato' Seri Utama Presiden, dengan bantuan tiga Dato' Penolong Pengurus, empat pemain impot dan seorang Ketua Jurulatih berprofil tinggi dan sokongan ribuan PSNS, tiada sebab untuk NS gagal muncul sebagai dua pasukan teratas Liga Premier nanti.

CUIT SIKIT:

Agak menarik kerana perlawan sulung musim ini bukanlah perlawanan liga. Sebaliknya ia adalah perlawanan merebut piala;

diikuti;
Kedua - duanya berlangsung pada hari bekerja. Satu cabaran besar buat PSNS yang tinggal di luar Seremban.

HOBEN JANG HOBEN!

8.1.14

EDISI KHAS BUAT PSNS.....

Barisan kemungkinan NS bagi memulakan kempen Liga Malaysia 2014 mungkin seperti ini;
TQ n9kini.com. Foto Barisan Ujian Ketika Bertemu ATM Tempohari.
Terbaru, PBNS telah melancarkan Jersi 2014;
Pelbagai komen dilontarkan oleh para PSNS di wall fb. Bagi aku, ia adalah "a simple design " oleh KIKA. Sebuah syarikat peralatan sukan dari Korea Selatan.

NS nampaknya sudah menghala ke Korea musim ini. Selain memilih jersi buatan Korea, NS juga memilih Kim Jim-Ryong, dari Korea Selatan sebagai pemainnya. Khabarnya  Kim Jin-Ryong  boleh beraksi sebagai pertahanan dan juga penyerang.

Wajah Kim Jin-Ryong boleh anda tatap di foto team NS di atas. Jersi no. 6.

Dan, Januari ini, para PSNS bakal disajikan dengan;

CUIT SIKIT:

Buat para PSNS jangan tersasul pulak bila menyebut liga apa yang NS bermain ni.

Maklum sahajalah, sudah lama di Liga Super kita kembali ke kosong semula. NS bermain di Liga Premier tahun ni.

Sebagai rekod, sejak PBNS dipimpin Tok Mat, Piala Liga Premier merupakan satu - satunya piala yang belum di simpan di Medan Rahang.

Maknanya?

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH