Jumlah Paparan Halaman

24.10.13

KUASA 8776.....

Esok dan lusa akan berlangsung dua perlawanan Separuh Akhir Pusingan 2, Piala Malaysia 2013.

Di sebalik kemelut tiket di dua perlawanan Pusingan 1, tidak banyak cerita menarik di Separuh Akhir ini.

Keputusannya seperti bakal menemukan dua pasukan Pantai Timur di final nanti. Namun, 90 minit pada Jumaat dan Sabtu ini bakal mengesahkan dua finalis di Shah Alam, 3 November nanti.

Dengan segala macam kemungkinan, tidak hairan sekiranya kedua - dua perlawanan SF Leg 2 nanti bakal berlarutan ke penentuan sepakan penalti.

Empat watak ini, mungkin boleh mengubah nasib pasukan masing - masing;
CUIT SIKIT:

Minggu lalu, hanya Mathias Conti yang berjaya menjaringkan gol. Hanya satu yang berjaya membuka ruang buat rakan menjaringkan gol manakala dua lagi gagal. Hanya dua yang terbaik bakal ke final. Dan, yang cemerlang bakal bergelar juara.

Agak malang, tiada satu pun yang namanya ada BIN.

19.10.13

FINAL PANTAI TIMUR?.....

Usai kedua - dua perlawanan pusingan 1 Separuh Akhir Watson Piala Malaysia 2013, dominasi Pantai Timur semakin jelas.


90 minit di Kota Bharu dan Kuching pada 25 dan 26 Oktober ini bakal menjadi penentu dua finalis di Shah Alam, 3 November nanti.

CUIT SIKIT:

Ketajaman penyerang Kelantan dan Pahang menjadi pemisah buat mereka dan pasukan lawan.

Namun, ATM dan Sarawak masih mempunyai peluang untuk menterbalikkan keputusan di pusingan kedua nanti.

FINAL Pantai Timur atau FINAL dua underdog? Sama - sama kita tunggu minggu hadapan.

16.10.13

NOVEMBER YANG HANGAT.....

Kira - kira sebulan daripada sekarang, pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2015 akan berlangsung.

Yang dicari adalah 11 pasukan daripada lima kumpulan untuk bertarung di Pusingan Akhir nanti.
15 dan 19 November bakal menjadi saksi samada Harimau Malaya layak atau tidak ke Australia pada 9 hingga 31 Januari 2015 nanti.

15 November, Bahrain akan bertemu Malaysia di Riffa. Manakala pada 19 November, Malaysia bakal bertemu Qatar di Shah Alam.

Dua perlawanan yang bakal menentukan halatuju sebenar Harimau Malaya di bawah kendalian King Gobal. Malah, jika gagal meraih enam mata menerusi dua perlawanan berkenaan, King Gobal seharusnya mengotakan janji mahu meletak jawatan tanpa perlu menanti kontraknya tamat di penghujung tahun.

CUIT SIKIT:

Sebarang kegagalan menerusi dua perlawanan bertemu Bahrain dan Qatar bakal menjejaskan peluang untuk menjadi pasukan ke 16 layak ke Australia.
Mungkinkah kedudukan ini kekal sehingga tamat saingan peringkat kumpulan?
Sama - sama kita nantikan penamatnya pada 5 mac 2014.

15.10.13

AUSTRALIA SEMAKIN JAUH.....

Perlawanan ke 3 Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 berakhir dengan keputusan seri.
Keputusan yang terus meletakkan Bahrain di atas dan Malaysia di tangga ke 3 kumpulan. Sekali gus menjelaskan betapa peritnya laluan Malaysia seterusnya.

CUIT SIKIT:

Dengan hanya satu perlawanan di arena sendiri di pusingan kedua nanti, kegagalan menang di Shah Alam sebentar tadi terus membuatkan laluan negara ke Australia terus berliku.

Kegoyahan barisan midfield jelas menjadi penyumbang kegagalan meraih tiga mata sebentar tadi. Langsung tidak nampak sebarang gerakan teratur dan menarik yang disusun oleh barisan midfield yang diketuai oleh Copot itu.

Yang nyata, tiada apa yang berubah dengan keputusan seri itu. Australia masih terlalu jauh buat King Gobal dan bala tenteranya.

8.10.13

HIDUP MATI DI AIDILADHA.....

Mengikut kalendar, 15 Oktober ini adalah Hari Raya Aidiladha. Sambutannya agak sederhana di Malaysia. Al-maklum, cuti rasminya di peringkat nasional hanya sehari.

Namun, sesuatu yang baiknya berkaitan Aidiladha ini adalah Ibadah Qurban yang hanya boleh dilakukan semasa Aidiladha ini dan dua hari berikutnya.

Agak menarik, sempena Aidiladha tahun ini, Harimau Malaya di bawah pimpinan King Gobal bakal turun di perlawanan ketiga Kelayakan Piala Asia 2015.
Menentang Bahrain biarpun di arena sendiri bukanlah mudah buat King Gobal dan bala tenteranya.

Bahrain buat masa ini berada di kedudukan teratas Kumpulan D. Rekodnya amat cemerlang. Dua kemenangan daripada dua perlawanan. Enam mata, tiga jaringan tanpa bolos. Di pihak Malaysia, satu menang dan satu kalah serta dua jaringan dan bolos tiga, bukanlah rekod yang membanggakan.

Sekiranya gagal menang, Malaysia atau lebih tepatnya King Gobal bolehlah mengucapkan selamat tinggal Australia 2015.

Biarpun masih boleh layak menerusi perkiraan tempat ketiga terbaik di kalangan lima kumpulan, aku tidak fikir Malaysia boleh mengatasi Iraq yang sedang menguasai carta berkenaan.


Suka atau tidak, King Gobal terpaksa mengakui, 15 Oktober ini adalah hari terakhir dan penentuan samada impian beliau untuk ke Australia 2015 nanti bakal terlaksana atau hanya mimpi siang semata - mata.

CUIT SIKIT:

Sekarang ini khabar angin sedang bertiup kencang betapa King Gobal bakal melatih pasukan Melaka United di Liga FAM 2014.

Jika benar begitu, aku tidak tahu samada mahu menangis atau mahu ketawa.

Amat tidak patut orang hebat di tahun 2009 dan 2010 ini hanya melatih pasukan Liga FAM pada tahun 2014.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH