Jumlah Paparan Halaman

27.2.13

JANG LAWAN TOKEY SAWIT.....

Mac, adalah bulan terakhir buat beberapa orang pemain impot di Liga Malaysia musim ini.

Dengan hanya tiga perlawanan sahaja di sepanjang Mac, aku fikir masa sudah tidak lagi memberikan kesempatan buat mereka yang tidak mencapai tahap. Tak jojak dan tak mendalamkan air.

Lapan perlawanan yang berlalu pasti menyesakkan dada buat "stake-holder" beberapa pasukan. Pasti ramai penonton sudah mula berkira dan mengambil sikap tunggu dan lihat samada mahu ke stadium atau lepak di rumah kerana prestasi pasukan sokongan mereka berada di dasar liga.

Mac ini, baki tiga lagi perlawanan bakal dilalui untuk menamatkan pusingan pertama Liga Premier dan Liga Perdana.

Apa khabar Jang?

Lapan perlawanan tanpa MENANG di Liga Super. Namun, Jang MENANG dua perlawanan kalah mati di Piala FA. Sejak 2010, inilah kali pertama Jang berada di SUKU AKHIR Piala FA. Kedua - duanya dicapai di arena lawan dan lawannya dari Liga Perdana.
Dengan hanya satu perlawanan di arena sendiri, aku tidak fikir Jang bakal mendapat sembilan mata menerusi tiga perlawanan di sepanjang Mac. Hanya keajaiban yang membolehkan Jang menang di Johor Bahru dan Singapura.

Pertemuan di Paroi bertemu FELDA UNITED adalah seimbang. Prestasi setakat ini menyaksikan Jang dan Tokey Sawit itu seperti isi dan kuku. Hanya dua mata memisahkan kedua - duanya. Jang seri 5 kali. Tokey Sawit seri 4 kali.

Jang skor 4 gol, Tokey Sawit juga skor 4 gol. Tokey Sawit bolos 8 gol, Jang baik sikit. Jang hanya bolos 7 gol. Jang kalah 3 kali. Tokey Sawit pun sama. Tokey Sawit menang satu. Jang bolum monang laie.

Jangkaan aku keputusan perlawanan Jang lawan Tokey Sawit adalah SERI. Jika itu yang berlaku, maka ada kemungkinan Jang bakal menyamai rekod Kuala Lumpur musim lalu. Musim lalu, KL tidak menang satu perlawanan pun di pusingan pertama Liga Super.

CUIT SIKIT:

Seandainya Jang gagal menang sebarang perlawanan di pusingan pertama ini, eloklah dibawa keseluruhan anggota skuad ini untuk mandi bunga di mana - mana jeram.

Mungkin ada baiknya barisan utama bergaji mahal ini perlu direhatkan kesemuanya dan barisan simpanan serta pemain skuad Piala Presiden diberikan peluang untuk bermain. Mungkin ada kesungguhan untuk menang boleh ditunjukkan oleh mereka.

Kepada yang terlibat secara langsung membentuk pasukan NS musim ini, fikir - fikirkanlah di mana kesilapan anda. Bawaklah berubah selepas ini jika anda sebenarnya tidak berkebolehan di aspek taktikal dan teknikal, janganlah campur urusan pembentukan pasukan.

Mungkin kita hebat sebagai pemain. Tetapi belum tentu kita hebat apabila diberikan peluang untuk mentadbir persatuan. Kalau kita hebat mentadbir pun, belum tentu kita hebat untuk membentuk pasukan.

Baki 14 perlawanan bermula Mac hingga Julai ini bakal menentukan samada NS masih layak di Liga Super 2014 atau bakal kembali ke Liga Premier yang telah lama ditinggalkan itu.

23.2.13

ANALISA NS JAN-FEB.....

Usai perlawanan di Paroi, bermakna lengkaplah lapan perlawanan buat NS bagi musim Liga Super 2013 ini.

24 pasukan menyertai Liga Premier dan Liga Super, hanya NS satu - satunya pasukan yang belum MENANG. UiTM dan NS Betaria yang berada di dua tempat corot Liga Premier itu pun sudah merasa menang.

Rekod lapan perlawanan NS bagi musim ini,
Ringkasan pencapaian setakat ini,
Peratusan PENCAPAIAN 2013,
Perbandingan 2013 dan 2012 bagi tempoh yang sama [ lapan perlawanan ],

PANDANGAN DARI LUAR GARISAN:

Dikendalikan oleh seorang Jurulatih asing tetapi boleh berbahasa Melayu loghat Indonesia, NS mempunyai corak permainan yang agak mudah. Bertahan dan serang balas.

Seperkara lagi, NS aku lihat cukup gemar membuat percubaan mengejut dari luar kotak penalti. Agak positif.

MALANGNYA, percubaan - percubaan begitu amat mudah buat penjaga gol kerana ianya dilakukan secara terus. Adalah lebih baik jika percubaan deras itu dilakukan dengan sedikit teknikal seperti cara 'outside kick' atau 'inside kick'. Lebih mengelirukan penjaga gol.

Sepakan deras yang tepat ke penjaga gol sebenarnya bukanlah pemberi peluang jaringan melainkan tatkala sepakan itu dibuat, sipenjaga gol menutup matanya.

Setakat ini, Modibo dan kenkawan di barisan pertahanan layak dipuji. Rashid Mahmud dan tenteranya di midfield cukup rajin. Namun, kerajinan mereka hanyalah sebagai pihak yang bertahan bukannya sebagai pihak yang menyerang. Bahagian midfield NS langung tidak mempunyai pemain yang boleh mengawal bola dan juga mengawal permainan sejak ditinggalkan oleh Rezal Zambery Yahya.

CADANGAN:

Jika aku diberikan peluang untuk mengatur pemain, aku akan letakkan Porras sebagai 'attacking midfilder'. Dia ada sedikti skill untuk mengawal bola dan mengatur permainan. Di hadapan, siKocik Shahurain Abu Samah adalah pilihan aku sebagai striker tunggal. Sayap kanan biarlah dimainkan oleh Eddy Helmi atau Nizam Ruslan.

Mengikut maklumat yang aku lihat, Porras bukanlah seorang penjaring gol yang konsisten. Biarlah dia bermain di belakang striker utama. Mungkin nasib NS boleh berubah kepada pasukan yang tidak seri dan kalah lagi.

CUIT SIKIT:

Jika tidak berubah kedudukan di Liga Premier dan Liga Super, musim 2014 nanti bakal menyaksikan UiTM dan NS Betaria bermain di Liga FAM. Tempat keduanya - duanya bakal diisi oleh dua pasukan dari Liga Super. Salah satunya adalah NS.

Pasti semua orang tak mahu melihat senario itu. Bangkitlah jentera serangan NS. Jaringkan gol dan menang semua 14 perlawanan yang menanti.

3.2.13

STATISTIK LIGA MALAYSIA JANUARI.....

PDRM & KEDAH menduduki dua tangga teratas Liga Premier
PAHANG & ATM menduduki dua tangga teratas Liga Super. Kedua - duanya datang dari Liga Premier 2012.
PEMAIN TEMPATAN & IMPORT mengungguli senarai penjaring  terbanyak.

CUIT SIKIT:

Sampai bila pendahulu liga akan kekal, sama - sama kita tunggu.

Kita juga perlu menunggu sampai bila pasukan - pasukan di tangga bawah [ zon penyingkiran ] akan kekal di situ.

Seterusnya adalah jadual hari pertama Liga Malaysia bagi bulan Februari. Aku fikir ada  pasukan bakal terkial - kial mencari rentak selepas berehat panjang.


Mampukah dua P, PDRM dan PAHANG mengekalkan kedudukan, amat menarik untuk kita saksikan.

Kedua - duanya bakal memulakan saingan di bulan Februari sebagai pelawat. Jika mereka menang, ada kemungkinan mereka akan kekal di atas setidak - tidaknya bagi tempoh sepanjang Februari ini.

Jika kalah, senarai teratas liga bakal berubah. Pasti berubah kerana perbezaan mata yang amat tipis diantara lima pasukan teratas itu.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH