Jumlah Paparan Halaman

31.10.10

PIALA MALAYSIA 2010 DAH BERAKHIR....

Hebatnya aura Piala Malaysia..otai dan muda sokong bersama, bujang dan dara turun ke stadium,anak kecil turut sama, lupa seketika politik Galas dan Batu Sapi.

Tahniah Klate kerana mampu mengelak daripada di Hobin Jang. Separuh masa pertama seperti sejarah tahun lalu bakal berulang..tetapi separuh masa kedua Klate akhirnya dapat mengGOMO Jang.

Rahman Zabul, pemain bek kanan NS adalah anak Felda Lui Muda, Jempol yang mempunyai catatan duka di final Piala Malaysia. 2006 ketika bertemu Perlis, beliau diketepikan kerana penggantungan. Tahun 2009, tempatnya diambil Aliff Shamsudin kerana kouta had umur. Tahun ini, beliau hilang lagi di final kerana kecederaan. Nampaknya final Piala Malaysia bukan pentas buat anak Felda itu, bak kata orang nogori, TUAH ADA TAPI MALANG SAMPAI DULU...

Namun, Shahurain Abu Samah muncul sebagai pemain NS pertama yang menjaringkan gol di dua final Piala Malaysia.

Hai-O pula muncul sebagai pemain pertama menerima pingat juara Piala Malaysia dengan tiga pasukan berbeza. 2001 bersama Terengganu, 2009 bersama Ns dan 2010 bersama Klate deh.



CUIT SIKIT
Khabarnya kawalan keselamatan begitu ketat di Stadium Nasional, tetapi mercun dan bunga api berbunyi juga.

Pelikkan...

30.10.10

FINAL PIALA MALAYSIA 2010

Kata seorang teman yang bapanya berasal dari Kelantan, beliau akan berkecuali dan tidak akan menyokong samada Kelantan atau Negeri Sembilan kali ini.

Katanya, beliau tidak sanggup tidur di luar selepas menonton final berkenaan, maklum sahajalah Isteri KESAYANGANNYA orang NS.

CUIT SIKIT:

Semoga final kali ini tiada lagi bom asap, mercun, botol air dll turut turun ke padang. Kerusi juga jangan diusik dan dibakar, almaklum ada yang sedang berebut kerusi di Galas dan Batu Sapi.


Bolasepak itu sukan dan hiburan, bukannya MEDAN PERANG.

29.10.10

TELUR GORENG MATA KERBAU SETENGAH........

28 Oktober 2010 jam 10.30 pagi aku bersarapan di Warung Borak - Borak, Desa Pandan,KL. Sengaja ku pasang telinga lintahku untuk mencari bahan baru buat blog ini.

Akhirnya timbul perbualan pengusaha warung dan pembantunya berkenaan dengan kisah seorang pemuda melayu berkunjung ke warung berkenaan dan ingin membeli suratkhabar hari berkenaan pada harga 50 sen ( lima posen ) yang menimbulkan tandatanya  kepada tuan punya warung berkenaan samada pemuda berkenaan sihat mental atau pun tidak. Khabarnya semenjak hari berkenaan, pemuda berkenaan tidak muncul lagi di warung berkenaan.

Pembantu warung berkenaan turut berkongsi cerita tentang seorang pemuda ( juga melayu ), telah berkunjung ke warung tempat kerja lamanya, minta nasi lemak dan telur goreng mata kerbau setengah je...bukan setengah masak atau pun setengah harga, tetapi SETENGAH JE...


CUIT SIKIT:

Aku terfikir, peningkatan kos sara hidup di KL dan seluruh negara, mungkin membuatkan 2 pemuda tu menjadi begitu..
Mereka tu kreatif tetapi mungkin salah tempat...agaknya.

Fikirkanlah

28.10.10

ILMU BOLASEPAK

TAWARAN MENARIK UNTUK ANAK FELDA MENDALAMI BOLASEPAK SEBAGAI KERJAYA MENERUSI PROGRAM DIPLOMA IN FOOTBALL STUDIES

KETERANGAN LANJUT TENTUNYA DI
http://www.felda.net.my/

CUIT SIKIT:

Selepas program ini berjaya, Felda bakal menyumbang kepada Pengurus Pasukan Bolasepak yang berilmu bolasepak, bukan sekadar pembekal Pengurus Rumahtangga je. Hebat la Felda ni

27.10.10

final piala malaysia 2010

jika tahun lalu negeri sembilan menang dengan 3 - 1, tahun ini pastinya kelate yang menang dengan 3 - 0.
sebabnya jadi begitu, negeri sembilan di final nanti akan turun bermain tanpa penyerang tulen.
di final tak boleh menang kalau hanya harap bola nasib yang di skor oleh pertahanan. kelantan ada 6 pemain yang boleh skor gol.
apa komen anda ?

26.10.10

Penoreh getah ditahan di Grik kerana edar dadah

myMetro Mutakhir 25 Oktober 2010

IPOH: Polis menahan seorang penoreh getah berusia 31 tahun dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di kawasan Gerik berikutan penemuan seketul ganja mampat di dalam raga motosikalnya di Km 25 Jalan Kupang-Gerik Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah berkata, lelaki itu ditahan pada jam 9 malam di kawasan Rawat & Rehat Bintang Hijau, Grik dalam satu sekatan jalan raya selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

"Lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu didapati memiliki dadah seberat 950 gram di dalam beg galas yang diletakan di raga motosikal yang ditunggangnya", katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahad berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu sedang menunggu di kawasan rehat itu dan dipercayai hendak menyerahkan dadah kepada pelanggannya.
"Polis turut menemui wang tunai RM2,170 dipercayai hasil daripada penjualan dadah selain turut merampas sebuah telefon bimbit daripada lelaki berkenaan," katanya.

Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan membeli dadah itu daripada satu sindiket dengan harga RM2,500. Beliau berkata, lelaki berkenaan di reman seminggu dan akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.-Bernama
CUIT SIKIT:
Pasti dia menyesal. Kena tangkap semasa harga getah sedang mahal.

25.10.10

25 Oktober 2010:TPM kesal tohmahan ke atas FELDA

Petikan berita laman rasmi FELDA: http://www.feld.net.my/
Muhyiddin berkata, kenyataan bahawa FELDA bankrap adalah tohmahan kerana jika dakwaan itu benar tidak mungkin Felda mampu membayar cukai, memberi bonus, dividen dan mengeluarkan zakat mencecah RM510.14 juta sepanjang tahun lalu saja.

“Sepanjang tahun lalu, Felda membayar cukai pendapatan RM77.96 juta, bonus duit raya berjumlah RM37.17 juta kepada 112,635 peneroka, dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM369.19 juta dan zakat perniagaan sebanyak RM25.82 juta,” katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus menyokong usaha Felda untuk menaikkan taraf hidup peneroka yang secara langsung meningkatkan ekonomi selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi.
Katanya, Felda adalah satu-satunya program pembangunan tanah paling berjaya di dunia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan bukan saja terkenal di dalam negara, malah ke peringkat global.
Cuit Sikit :
Yang saya tahu:
Akaun Felda dan Akaun Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) adalah berbeza.
Samada Felda bangkrap atau tidak, itu bukan isu tetapi, mana mungkin perbelanjaan Felda termasuk pembayaran dividen KPF ?
Apa pendapat anda ?

24.10.10

PESARA

Saya bersara awal setelah 28 tahun berkhidmat bersama Felda. Memulakan tugas di Felda Lepar Utara 6, Jerantut, Pahang Darul Makmur mulai 1 Januari 1982 sebagai Pembantu Luar ( sekarang disebut Penyelia Ladang ) dan menamatkan perkhidmatan pada 30 September 2010 sebagai Penolong Pengurus.

Bersara awal kerana memulakan usaha sendiri di bidang latihan dan penyiaran adalah target utama saya disamping menjadi bloggers sepenuh masa dengan membawa anda kepada isu - isu yang sering terlepas pandang.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH