Jumlah Paparan Halaman

5.8.18

NS BAKAL JUARA.....

Setelah bertungkus lumus berjuang dan berjaya menduduki tangga 12/12 dalam Liga Super 2018, NS bakal meneruskan perjuangan di Piala Malaysia [ PIALA CABARAN MALAYSIA ] pula.

Sebab ini piala baru, NS sebagai wakil tunggal pasukan Liga Super bersama tujuh pasukan Liga Premier dan satu pasukan jemputan iaitu ATM, aku fikir NS tanpa syak lagi akan menjuarai kejohanan ini.

Lihat bagaimana NS melangkah ke pertandingan itu;

PERTAMA;
Pasukan anda WAJIB secara konsisten untuk berada di tangga bawahan Liga Super.

Ingat tu. WAJIB secara konsisten. Tak boleh seperti Kelantan yang tiba - tiba menang ke atas calon Naib Juara Liga Super di perlawanan terakhir.

KEDUA;
Pasukan anda mestilah diwakili oleh BUNGKO - BUNGKO upahan. Kalau ada pemain yang bagus bermain, juallah ketika jendela perpindahan pertengahan musim.

Hasil jualan, gunakan untuk membeli pemain yang lebih bungko. Ingat tu.

CUIT SIKIT:

Setakat hari ini, FMLLP belum pun memuat naik jadual perlawanan di laman mereka.

Ini mungkin sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya penjualan tiket tiruan dan juga suasan kelam kabut di kaunter jualan tiket.

Mungkin juga FMLLP akan menganjurkan perlawanan ini secara tertutup.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana JUARANYA adalah NS. Yang direbutkan oleh lain pasukan, hanyalah status NAIB JUARA.

Namun begitu, jadual tidak rasmi yang aku dapat kongsikan adalah;
Kok Pialo ni pun ko tak buleh MONANG, elok beghonti yo daripada main bola macam Perlis.

HOBEN JANG HOBEN!

4.7.18

LEMOS: Lemas Atau Selamat.....

Aku pernah menulis, NS akan kalah tiga perlawanan berturut - turut selepas mencatat keputusan seri.

Ianya benar - benar berlaku. KEBETULAN yang tiada kaitan dengan aku. Sebab aku tiada kaitan pun dengan PBNS atau pun Skuad Liga Super NS.
TIGA kekalahan berturut - turut itu tidak menjejaskan kedudukan kedua liga [ jika dikira dari bawah ] buat NS.

Lebih daripada itu, NS masih boleh selamat dan terus bermain di Liga Super 2019.
Berbaki lima perlawanan, NS bakal berhadapan ketiga - tiga pasukan di tangga ke 8 hingga 10 itu. Dua daripadanya bermain di Paroi.

Dua lagi pasukan yang menjadi lawan NS adalah PKNS [ Shah Alam ], dan Selangor [ Paroi ].
CUIT SIKIT:

Lima perlawanan dalam tempoh lapan belas hari, bakal menjadi penentu halatuju dan hidup mati buat Lemos dan pasukannya.

Dan, aku fikir, selamat atau tidak pasukan ini di Liga Super 2019, PBNS tetap akan membubarkannya.

Sebabnya? Kalau tidak membubarkan pasukan, bukan PBNS namanya.

Kepada PBNS yang bakal berwajah baharu, buktikan aku salah tentang pembubaran pasukan itu.

HOBEN JANG HOBEN!

13.6.18

SELAMAT HARI RAYA BUAT LEMOS.....

Bermula Jorg Steinebrunner kemudian Azraai Khor, Mario Lemos nama Ketua Jurulatih NS yang ketiga di musim ini.

Setakat ini, rekod Lemos nampak macam bagus. Sebabnya, NS sudah mula meninggalkan tempat ke 12/12, yang selesa didiami sebelum ini.


NS seperti suka dan selesa bermain di bulan puasa. Buktinya dua kemenangan berturut - turut, dicapai di bulan puasa.

Apakah perlu ditambah tempoh berpuasa untuk NS? Supaya lebih banyak kemenangan boleh diraih?

Namun, ada sesuatu yang mengerikan berdasarkan catatan musim ini. NS akan kalah tiga perlawanan berturut - turut selepas mencapai keputusan seri.

Rujuk perlawanan 8 hingga 11 itu.

Maknanya,
selepas kalah di Ipoh 9 Jun lalu, NS akan kalah dua lagi perlawanan selepas Aidilfitri dan bakal menang kembali pada 10 Julai nanti.

Adakah PKNS FC mahu menjadi pasukan yang tewas dua kali dalam satu musim kepada NS?

CUIT SIKIT:

Selamat Hari Raya Lemos. Semoga NS tidak lemas selepas tamat puasa.

Semoga catatan ngeri itu tidak menjadi kenyataan. Semoga NS terus berada di Liga Super 2019 dengan MERIT dan kehebatan sendiri.

Bukan kerana teknikal seperti penurunan PKNS FC ke Liga Premier 2019 kerana menjadi feeder-club kepada SELANGOR. Bukan juga, NS terselamat kerana PKNP FC juga terpaksa turun liga kerana menjadi feeder-club kepada PERAK.

SELAMAT HARI AIDILFITRI BUAT PARA PSNS DAN SYS.
Hoben Jang Hoben!

27.5.18

MENANG TAPI PERLU CUCIAN.....

MENANG.

Sepatah perkataan yang terlalu tidak disebut oleh PSNS dan SYS selaku penyokong tegar NS.

TIGA Ketua Jurulatih.

Itulah rekod yang terbaik dicatat oleh NS setakat ini.

Yang pertama menghasilkan SATU MENANG. Yang nombor duo, DUO SORI yo. Padam abih segalo rekod lamo yang baik tu.

Yang KETIGO, setakat ini boleh berkokok di luar yo. Bilo game, tak buleh jojak padang. Tapi ado SATU MONANG.

Kito tunggulah apo hasil eh di baki 10 laie ni. Onam di Paroi.
CUIT SIKIT:

Lambaian liga sebolah sudah semakin kuat. Hampir pasti kecuali magis Lemos benar - benar wujud.

Cucian segera perlu dilakukan. Sey sokong usoho tu. Tetapi jangan pulak ado latar belakang politik di situ.

Bola totap bola. Monang itu wajib kalau nak terus di Liga Super 2019.
HOBEN JANG HOBEN!

12.3.18

MENANTI MAGIS AZRAAI KHOR.....

Usai dua perlawanan di bawah tangan AK-47, NS belum mampu keluar stadium dengan nota kemenangan.

Bagi aku, NS sangat tidak bernasib baik apabila terpaksa keluar ke dua arena sukar untuk dua perlawanan berturut - turut.

Setelah memberikan cabaran sengit di Alor Star, NS longlai di Kuantan. Apakah sentuhan magis AK-47 sudah hilang?

Jawapannya mungkin begini;


Pada 2011, NS sekadar cukup makan di Liga Super dan tersingkir awal di Pial FA.

Apa yang mengejutkan adalah kebangkitan NS di Piala Malaysia. 
Waktu itu, semua pihak mengaku akan magis Azraai Khor.

Dan, itulah kali terakhir NS membawa pulang piala yang mengundang senyuman dan keghairahan seluruh negeri.


Piala terakhir yang dibawa balik ke Seremban adalah Piala Sultan Haji Ahmad 2012. Namun, kemeriahannya tidaklah sehebat mana.


CUIT SIKIT:

Masihkah MAGIS 2011 itu bakal bersama AK-47 dan NS sekali lagi?
Hanya masa yang dapat menjawabnya.

Setakat ini, aku tidak fikir Azraai Khor mampu mengembalikan kejayaan silam itu kerana beberapa faktor.

Pertamanya, material yang dimiliki oleh NS sudah tidak berkualiti seperti Skuad 2011 itu. Tiada kapten sehebat Shukor Adan. Tiada midfielder sebaik Idris Karim. Dan, tiada lagi kepala sehebat SiBOTAK Hai - O itu.

Keduanya, NS sudah lama tidak mempunyai pemain muda sehebat kembar Radzak, Kunalan, Shahurain, Tengku Qayyum dll.

Produk SUKMA 2004 itu ternyata yang terbaik pernah lahir di NS dan amat malang, ianya tidak berulang lagi. Tiada lagi anak watan NS yang boleh digelar bintang muda yang konsisten.

Faktor ketiga, jika 2011 Piala Malaysia dilangsungkan selepas usai Liga dan Piala FA, kini ianya akan berlangsung semasa Liga masih berjalan.

Maknanya, tumpuan pasukan pasti akan berbahagi. Mahu melaksanakan sistem giliran pemain, pemain yang ada rasanya tidak memenuhi kehendak sistem itu.

Akhirnya, biarlah Azraai Khor menguruskan pasukan. Jangan diganggu dengan kehendak tekak dan perut pihak yang tiada kepentingan.

Jika Azraai gagal musim ini, bukanlah salah beliau semata - mata. Memang sukar untuk sesiapa pun menyambung dan menyiapkan projek yang terbengkalai.

HOBEN JANG HOBEN!

26.2.18

FEBRUARI YANG GAGAL.....

Biarlah data dan fakta berbicara.....

Perlukah terus berdiam jika hasilnya begini.....


CUIT SIKIT:

Semoga PBNS menyedari fakta dan data berkenaan. Ambil tindakan segera. Bersihkan rumah, dan buang segala sampah sarap yang ada.

HOBEN JANG HOBEN!

31.1.18

SEMOGA MUSUHNYA HABIS BINASA.....

KONTRAK, sudah ditandatangani. JERSI sudah diperkenalkan. Tengahari tadi aku sudah terjumpa seorang PSNS menggayakan jersi baru berwarna merah sambil tersenyum sendirian. Maknanya, dia sudah tidak sabar mahu turun menyokong pasukan nogori.

LESEN PASUKAN?

Jangan takut. NS bukan sahaja layak bermain di Liga Super Malaysia, malah berkelayakan [ menurut aspek lesen ] bermain di Peringkat AFC.

Namun, kito tak monang apo - apo tahun lopeh. So, melepaslah nak main kat AFC tahun ni.

Di bawah adalah status kesemua 12 pasukan Liga Super Malaysia 2018 daripada sudut perlesenan.

Aku terkejut apabila pasukan Timbalan Presiden FAM, gagal melepasi kelayakan lesen AFC, sedangkan pasukan itu bersungguh - sungguh mahu memperkuatkan pasukannya bermula musim lalu. Adakah anda tahu di mana silapnya fokus dan tumpuan pasukan berkenaan?

TAHNIAH buat NAIB PRESIDEN FAM [ Tok Ghani ] dan seluruh kepimpinan PBNS esp. TOK MAT kerana dalam diam - diam, pasukan NS memilik lesen AFC, sekurang - kurangnya untuk tahun ini.

Bab lesen kelab atau lesen paasukan ni, tak boleh main - main sebab ia perlu diperbaharui setiap tahun. DAN, tak boleh juga dibuat secara lump-sum kehadapan seumpama lesen memandu yang boleh dihidupkan melebihi satu tahun.

BILO NAK MAIN?

Lihat jadual tak rasmi ini;

Aku koba'an tak rasmi sebab FMLLP ni sudah berbulan tidak update laman web http://footballmalaysia.com/portal . Memanglah pantas dan cepat melalui facebook dan lain - lain media sosial, tetapi website adalah page paling rasmi untuk sesebuah organisasi atau institusi.

Kata nak Transforming Malaysian Football, malangnya website sendiri bersawang. Alahai FMLLP.

CUIT SIKIT:

Buat PSNS, Rabu dopan adalah MALAM PERTAMA di Paroi. Jangan lepaskan peluang demi NS.

Buat PBNS dan MPS, sudahkah anda memikirkan tempat meletak kenderaan yang cukup dan selesa buat para penyokong pasukan?

Mereka datang nak menyokong NS, bukannya nak menyesakkan kawasan perumahan Paroi Jaya.

JADI, Tolong sediakan ruang parking di bekas Pusat Tinju dan bekas Pusat Bowling SUKMA 2004 yang dah usang tu.

Tolong juga selesakan ruang jalan di sekitar Paroi Jaya tu. Kalau berlaku kecemasan kepada penduduk di situ semasa hari perlawanan, pasti boleh menimbulkan pelbagai masalah dan saman - menyaman di kemudian hari. MALANG TIDAK BERBAU. Ingat tu.

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH