Jumlah Paparan Halaman

20.1.17

MUJUR ADA SUZUKI.....

Bruno Junichi Suzuki Castanheira or commonly referred to as Bruno Suzuki or Bruno Castanheira (born 20 May 1990) is a Brazilian footballer, who is currently playing for FC Gifu. He also holds Japanese citizenship.
Born in Brazil, Castanheira was raised in Japan, his maternal family country.
Years
Team
Apps
(Gls)
2009–2012
0
(0)
2010
→ Machida Zelvia (loan)
3
(0)
2010–2011
48
(16)
2013
27
(6)
2014
25
(8)
2015
25
(12)
2016
11
(3[1])
2017
1
(3)

https://en.wikipedia.org/wiki/Bruno_Suzuki

CUIT SIKIT:



TQ Mr. Bruno Junichi Suzuki Castanheira. Hat-trick pertama Liga Malaysia 2017. Tigo mato pertamo. Monang yang pertamo.

Namun, biarlah berterusan monang tu. Dan, jangan pulak jual pemain di pertengahan musim cam tahun lalu yo.


Tolong koba'an kek Tok Mat, laman ni http://www.pbns.my/?p=4544 dah bersawang. Bilo bak update?

HOBEN JANG HOBEN.

14.1.17

MARABOLA.....

1. Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
2. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Mungkin kedua - dua pihak telah mengajukan permohonan tajaan program pembangunan masing - masing kepada Majlis Amanah Rakyat [ MARA ].

Mungkin MARA berminat untuk menaja KAFA yang nombor satu. Sebab itu adalah program pendidikan. Sesuai dengan matlamat penubuhan agensi berkenaan.

Bermesyuaratlah para PENGURUSAN TERTINGGI dan luluslah sejumlah nilai tajaan yang agak besar demi kemajuan sektor pendidikan.

Malangnya, apabila tiba ke peringkat penyediaan cek, pihak berkenaan telah tersalah alamat. Bukan sengaja tau. TERsalah alamat maksudnya secara tak sengaja tertulis nama dan alamat KAFA yang nombor dua. Maklum sahaja, yang KAFA yang nombor dua tu lebih popular berbanding yang nombor satu.

Tambahan pula, KAFA yang nombor dua lebih berkuasa dan lebih dekat dengan MARA.

Akhirnya, dek kerana ter [ perbuatan tidak sengaja ] untunglah yang nombor dua. Biasanya, memang disebut ramai, nombor dua ni lebih banyak untungnya berbanding nombor satu.

CUIT SIKIT:

Suatu ketika disebut MARABAHAYA. Kemudian lahir pula MARADONA. Sekarang, meriah pula Malaysia dengan munculnya MARABOLA.

Tahun hadapan ke Zurich lagi untuk Anugerah THE BEST FIFA Kategori TAJAAN ter [ tak sengaja ] LENCONG.

TAHNIAH FAIZ SUBRI kerana tendangan lencong anda menjadi sebutan dunia.

4.1.17

PBNS KEKAL PERANGAI LAMA.....

Tanpa sebarang hebahan, hari ini PBNS telah selamat melancarkan jersi dan juga semua pasukan kelolaannya untuk pertandingan Liga Malaysia 2017.

Ingat! Tahun 2017 bukan lagi tahun 2004. Mengapa 2004? Sebab, bermula tahun berkenaanlah Tok Mat menjadi Presiden PBNS secara lantikan terus kerana perlembagaan PBNS mewajibkan MENTERI BESAR NS sebagai Mr. Presidennya.

Selepas 13 tahun, Tok Mat dan PBNS masih meneruskan budaya elit dan ekslusif serta jauh daripada penyokong dan peminat pasukan NS.

Saban tahun kecuali SEKALI. 2015 [ jika tidak silap ] PBNS menjarakkan diri daripada orang ramai setiap kali melancarkan pasukan dan juga jersi musim baru.

Majlis memperkenalkan jersi dan pasukan ini untuk siapa? Untuk peminat yang ramai atau untuk 50 ketul kepala otai berfikiran lama?

Dijangka 2018, semua pasukan akan diswastakan selaras kehendak penganjur Liga M. Swasta bermakna setiap pasukan WAJIB ada sumber kewangan yang kukuh.

Mana sumber kewangan? Tentunya menerusi penajaan, jualan tiket dan juga cenderahati pasukan.

Selain penaja korporat, kumpulan sasar sumber kewangan, pastilah para penyokong dan peminat setia dan tidak setia pasukan berkenaan.

Bab korporat ni, aku fikir setakat 2017 ini, NS masih kuat sebab tanah Sendayan belum habis dimajukan. Macamana dengan 2018 dan tahun - tahun seterusnya? Apa akan berlaku sekiranya berlaku pertukaran MB? Itu belum lagi diambilkira berlaku pertukaran parti memerintah.

Akhirnya, PBNS bakal menghadapi jalan buntu mencari duit sekiranya masih kekal dengan budaya dan elit serta ekslusif ini.

Sepatutnya, PBNS mengambil peluang menerusi majlis perlancaran jersi dan pasukan ini untuk mendekati peminat. Buat di khalayak ramai. Contohnya di Stadium Mini Kuala Pilah yang pernah menjadi arena rasmi NS di zaman pop yeh yeh dulu.

Sebagai sampingan, juallah jersi replika pada harga berpatutan dan sesuai dengan poket peminat. Googlelah untuk mengetahui bagaimana Buriram United FC membuat duit hasil jualan jersi replika semasa majlis perlancaran musim baru mereka.

Jika tidak mahu sokongan peminat, aku cadangkan PBNS mengadakan semua perlawanan Liga Malaysia secara tertutup dan ekslusif di Klana Resort.

CUIT SIKIT:

Jika susah sangat mahu belajar dengan Buriram, belajarlah dengan;
Itulah antara punca mengapa KEDAH sentiasa ada penyokong setia di saat mereka berada di bawah.

Kalau nak sokongan dan duit daripada penyokong dan peminat, dekatkanlah diri dengan mereka.

Belajarlah mendekati peminat dan keluar daripada bilik berhawa dingin dan berkerusi empuk.

Malanglah PBNS apabila gagal mengambil kesempatan membuat duit pada 04/01/17.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH