Jumlah Paparan Halaman

27.5.16

GRED A UNTUK PUSINGAN PERTAMA.....

Setelah ghaib selama dua musim [ 2014 dan 2015 ] daripada saingan Piala Malaysia, NS akhirnya kembali bersaing untuk musim 2016.

Bukan bersaing selepas pusingan play-off tetapi sebagai pasukan yang menduduki tempat kedua pusingan pertama Liga Premier 2016. Kira hebatlah tu.

Lebih hebat, kerana musim ini permainan NS agak baik dan boleh dipuji.

Keputusan yang dicapai juga bolehlah membuatkan para PSNS dan SYS tersenyum lebar.

Secara lengkap, lihat dan kajilah carta ini;
Sepuluh daripada sebelas perlawanan menyaksikan NS berjaya menjaringkan gol. Tanpa mengambilkira keputusan perlawanan, kejayaan menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan adalah gambaran betapa bernafsunya jentera serangan NS merobek kubu lawan.

Kita juga patut berasa bertuah kerana tiga perlawanan berturut - turut dihadiahkan gol sendiri oleh pihak lawan.

CUIT SIKIT:

Apa  yang dikatakan Gred A tu?

Lihat ni;
Dengan lebih 90 peratus perlawanan berjaya memberikan mata kepada pasukan, itulah Gred A yang dimaksudkan. Itu untuk pusingan pertama.

Pusingan kedua nanti, pastinya NS perlu merancang dan menyusun giliran pemain dengan tepat.

Pusingan kedua Liga Premier bakal bersulam dengan perlawanan Piala Malaysia. Jadi, fokus dan keutamaan pasukan haruslah betul.

Pada kedudukan sekarang, NS berpeluang bukan sahaja menjadi saingan hebat di Piala Malaysia, malah juga mampu kembali ke Liga Super 2017.

Jangan sampai yang dikendong berciciran, sudahlah yo. HOBEN JANG HOBEN!

5.5.16

INILAH PEMUSNAH NS,.....

Ummareng Bacok - foto ihsan sabahfa.com
Jaringan Ummareng Bacok di minit ke 81, semalam, memusnahkan dua hajat NS.

Pertama, mengesahkan tempat ke Piala Malaysia 2016. Dan, yang paling utama, tentunya mahu berada di takhta liga sebelum tamat pusingan pertama ini.

Sebenarnya, bermula minit ke 70, selepas jaringan Joel Chianese itu, NS sudah pun mencapai kedua-dua hajat itu. Malangnya, Budak Sandakan ini memusnahkan situasi itu.

Kesan keputusan seri itu, NS terpaksa menanti sehingga ke perlawanan terakhir pusingan pertama ini, di Shah Alam.

Jadual perlawanan;
Bermain di sebelah petang bukanlah satu jaminan bahawa NS akan kalah. Tetapi, bukanlah mudah untuk menghadapi lawan yang liat seperti UiTM ini, di sebelah petang dan juga di arena mereka.

Jika kalah adakah NS bakal tersingkir daripada Piala Malaysia? Dengan 19 mata itu, NS masih boleh layak sebagai pasukan di tangga kelima Liga Premier.

CUIT SIKIT:

Anda kajilah sendiri mengapa NS masih layak seandainya kalah di Shah Alam nanti.
Jika menang dan dua pasukan di atas tu kalah, NS mungkin boleh menjuarai liga untuk pusingan pertama ini.

Tetapi, seandainya KL dan Melaka tewas kepada lawan nombor 11 & 12 itu, aku fikir, eloklah SPRM menyertai liga Malaysia selepas ini.

HOEBN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH