ATM menjadi lawan ke 5 buat NS di Liga Premier 2016, Jumaat lalu. Kemenangan 5 - 0 itu kembali membangkitkan keghairahan para PSNS dan SYS di serata pelusuk alam.
Tidak perlu berasa iri hati dengan suasana itu. Sudah lama NS tidak menang dengan gol yang banyak.
Sepanjang musim lalu, gol paling banyak dijaringkan oleh para pemain NS dalam satu perlawanan adalah TIGA. Tetapi NS pernah bolos LIMA gol kepada T - Team pada 13 Mac 2015, di Paroi.
Jadi, apabila NS berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan, ianya menjadi pemangkin buat menimbulkan keghairahan para penyokongnya. Ianya pasti membuatkan perlawanan berikutnya ditunggu dengan tidak sabar oleh para PSNS dan SYS.
Impak daripada kemenangan ke atas ATM adalah;
NS melonjak ke kedudukan lebih baik dalam carta liga. Tetapi, untuk terus kekal di atas, masih terlalu jauh. Liga masih panjang.
Rekod musim lalu menunjukkan Kedah menjuarai Liga Premier setelah memungut 73 peratus berbanding mata keseluruhan. Pulau Pinang selaku Naib Juara pula memungut 68 peratus berbanding mata keseluruhan.
Macamana dapat peratus tu? Anda kira begini;
Jumlah perlawanan dharab dengan 3 mata. kemudiannya, bahagikan mata sebenar dengan mata sepatutnya, dharab dengan 100. Dapatlah peratusnya.
Contoh :
5 perlawanan: 5 X 3 = 15. NS setakat ini mendapat 9 mata. 9/15 X 100 = 60%.
Rumusan pasukan NS selepas lima perlawanan;
TIADA WARNA MERAH [ kalah ] setakat ini. Musim lalu, selepas lima perlawanan, NS meraih 3 Hijau , 1 Kuning dan 1 Merah.
Biarpun terdapat komen sebelum ini, orang putih hanya bermain sesama mereka, aku rasa semua pihak akur dengan sumbangan mereka setakat ini.
Tujuh daripada 10 gol [ 70 % ] Liga Premier itu adalah sumbangan mereka. Setakat ini, bagi aku, cukup memuaskan. Jika PBNS berfikiran sebaliknya, terpulanglah.
CUIT SIKIT:
Inilah wajah secara dekat empat orang putih yang membantu NS berada di tangga kedua Liga Premier 2016 setakat ini.
HOBEN JANG HOBEN!