Jumlah Paparan Halaman

12.1.16

PBNS TERMASUK GEAR GOSTAN.....

Hari ini, tanpa sebarang publisiti, PBNS telah mengadakan majlis pengenalan pasukan Liga Premier 2016.

Tanpa sebarang nama besar di dalam pasukan, aku fikir, PBNS turut bersikap diam - diam ubi musim ini. Samada ubi kian berisi atau kian bantat, kita tunggulah di akhir musim. Ke Liga Super 2017 atau Liga FAM 2017 atau kekal di Liga Premier buat kesekian kalinya.

Langkah PBNS menganjurkan majlis pengenalan pasukan di hotel mewah, jauh daripada penyokong tegar, langsung tiada sebarang pengumuman di laman rasmi, merupakan langkah mengundur. Tersalah masuk gear la tu. Patut D, tapi terkuis ke R.

Jika musim lalu menjadi ukuran, para PSNS jauh dan dekat begitu teruja kerana ianya berlangsung di Centre Court, Paroi. Ramai penyokong boleh hadir. Meriah majlis itu.

Menganjurkan majlis yang sama di hotel mewah tanpa sebarang kaitan dengan penyokong pastinya membuatkan pasukan NS kembali ke zaman lampau yang penuh misteri.

Sepatutnya majlis pelancaran dan pengenalan pasukan di musim baru ini, dibuat di mana - mana kompleks membeli-belah. Buka gerai jualan tiket bermusim. Buat gerai jualan jersi dan segala yang berkaitan pasukan. Buka seluas - luasnya ruang untuk para PSNS berselfie dengan pasukan.

Bila anda dekat dengan penyokong, InsyaAllah penyokong akan menghampiri anda. Sapolah agak eh yang menjadi punahsihat PBNS ni?

CUIT SIKIT:

Apabila PBNS memilih rekabentuk jersi dan imej penaja secara tampalan, aku fikir kita sudah boleh menjangkakan end-results di akhir musim nanti.
Apa - apa pun, HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH