Jumlah Paparan Halaman

28.1.16

ADMIN LAMAN PBNS BUTA BOLA.....

CUIT SIKIT:

Aku tak nak komen pasal grafik. It's just nice kata orang kampung aku.

Cuma aku fikir admin laman rasmi PBNS di fb dan blog ni jenis BUTA BOLA. Kalau buta huruf, tak mungkin. Sebab ejaan dan ayat dia betul.

Yang tak betulnya ialah PENYERANG KANAN tu. Dalam posisi standard bola sepak dunia dan daun nyior, PENYERANG tu tak ada kiri, kanan, ateh, bawah, dopan, belakang ko.

Kalau SAYAP KANAN ada ler admin oi! Dah lah manjang lambek buek kojo. Bingai pulak tu.

12.1.16

PBNS TERMASUK GEAR GOSTAN.....

Hari ini, tanpa sebarang publisiti, PBNS telah mengadakan majlis pengenalan pasukan Liga Premier 2016.

Tanpa sebarang nama besar di dalam pasukan, aku fikir, PBNS turut bersikap diam - diam ubi musim ini. Samada ubi kian berisi atau kian bantat, kita tunggulah di akhir musim. Ke Liga Super 2017 atau Liga FAM 2017 atau kekal di Liga Premier buat kesekian kalinya.

Langkah PBNS menganjurkan majlis pengenalan pasukan di hotel mewah, jauh daripada penyokong tegar, langsung tiada sebarang pengumuman di laman rasmi, merupakan langkah mengundur. Tersalah masuk gear la tu. Patut D, tapi terkuis ke R.

Jika musim lalu menjadi ukuran, para PSNS jauh dan dekat begitu teruja kerana ianya berlangsung di Centre Court, Paroi. Ramai penyokong boleh hadir. Meriah majlis itu.

Menganjurkan majlis yang sama di hotel mewah tanpa sebarang kaitan dengan penyokong pastinya membuatkan pasukan NS kembali ke zaman lampau yang penuh misteri.

Sepatutnya majlis pelancaran dan pengenalan pasukan di musim baru ini, dibuat di mana - mana kompleks membeli-belah. Buka gerai jualan tiket bermusim. Buat gerai jualan jersi dan segala yang berkaitan pasukan. Buka seluas - luasnya ruang untuk para PSNS berselfie dengan pasukan.

Bila anda dekat dengan penyokong, InsyaAllah penyokong akan menghampiri anda. Sapolah agak eh yang menjadi punahsihat PBNS ni?

CUIT SIKIT:

Apabila PBNS memilih rekabentuk jersi dan imej penaja secara tampalan, aku fikir kita sudah boleh menjangkakan end-results di akhir musim nanti.
Apa - apa pun, HOBEN JANG HOBEN!

6.1.16

BUKIT MIKU DAN LTDL 2016.....


ISNIN | 29 Februari 2016
Putrajaya - Rembau | 147.6km

SELASA | 1 Mac 2016
Seremban - Parit Sulong | 203.2km

Di atas adalah dua tarikh penting buat pengguna jalan raya di bahagian barat dan tengah Negeri Sembilan.

Pada 29 Februari, laluannya adalah;

Manakala pada 01 Mac, laluannya;


Dua hari berturut - turut Bukit Miku menjadi tumpuan LTDL 2016.

CUIT SIKIT:

Simpan dalam ingatan kedua - dua tarikh tersebut. Rancanglah perjalanan anda.

HOBEN JANG HOBEN! TAK BULEH NONDANG; KITO NGAYUH YOLAH

1.1.16

TAJA ATAU TAJI?.....

Mahu menghulurkan tajaan tetapi bersyarat;
Boleh diberikan tajaan tetapi perlu tukar warna stadium.
Boleh mendapat dana tetapi perlu ganti nama.

Ini adalah contoh betapa tidak profesionalnya semua pihak yang mahu memaju bola sepak di Malaysia.

Jika mahu menjadi penaja yang baik, ambillah contoh terbaik dari luar negara. Jangan ambil contoh dari dalam negara. Sebabnya, yang dijadikan contoh dalam negara itu pun sudah kembali ke pangkal jalan. Nama NSM tu dah kembali ke NS sahaja.

Kelab Terbaik Dunia bernama Barca tidak pernah bertukar nama walaupun kerapkali bertukar penaja.

CUIT SIKIT:

Jika mahu menaja, hulurkanlah tangan ikhlasmu. Letaklah seberapa banyak billboard di dalam dan di luar stadium. Malah, penaja juga boleh berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran untuk mempamerkan bunting dan banner di sepanjang jalan ke stadium.

Tetapi, jika sampai menukar warna dan menukar nama pasukan, itu namo eh MENAJI. Bukan eh MENAJO.

Jika mahu juga memenuhi selera sendiri, elok kau ambilalih sahaja segala keperluan dan liabiliti pasukan. Jadikan pasukan itu aset kau.

Buatlah sesuka hati. Jangan lupa awang import afrika diberikan sebanyak mungkin produk kecantikan. 

BARULAH PUTIHHHHHHHHH.....

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH