Jumlah Paparan Halaman

27.6.15

NS MATRIX BAKAL JUARA.....

NS Matrix bakal menjuarai Liga Premier 2015. Itu cerita hujung tahun 2014. Itu kisah semasa pengenalan pasukan di Centre Court, Paroi.

SELEPAS SETENGAH TAHUN.....
inilah hasil pelaburan pelbagai pihak ke atas pasukan ini.
Apabila warna hijau [ MONANG ] berada terlalu jauh diantara satu sama lain, maka, MONUNGlah jawab eh.

CUIT SIKIT:

TIDAK KONSISTEN itulah jawapannya.

Apabila tidak konsisten mencapai kemenangan, maka KONSISTENlah kito di liga kelas duo ini.

Namun, tak naik tak apo. Asalkan jangan turun.

22.6.15

ORANG MENANG, KITA MENUNG.....

Usai pusingan pertama Liga premier 2015, pencapaian NS Matrix jauh daripada jangkaan.

Aku fikir, bukan sahaja para PSNS yang terkejut, malah pihak PBNS dan Penaja juga terkedu.

Berbaloikah sokongan moral dan kewangan sekiranya pencapaiannya begini;

LP 11;
Entah mengapa, kejayaan NS Matrix meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan terakhir, GAGAL diulangi di perlawanan sebenar.

Keputusan di atas bukan kemenangan tetapi KEMENUNGAN.

Sebagai rumusan untuk pusingan pertama, anda selongkarlah sendiri pencapaian yang amat sederhana itu.

Kedudukan setakat pusingan pertama;


Rumusan Pencapaian;

Pencapaian Bulanan;

CUIT SIKIT:

Bila anda kalah dua kali di Paroi [ sebenarnya TIGA, kerana lawan KL tu juga berlangsung di Paroi ], maknanya anda tidak akan ke mana - mana.

Setakat ini, rekod menunjukkan betapa sederhananya skuad kendali K . Devan ini apabila GAGAL menewaskan kesemua pasukan yang lebih atas [ No. 1 hingga 5 ].

Skuad ini juga membuang dua mata apabila cuma seri dengan pasukan tercorot, KL SPA Putrajaya FC.

Jika ini berterusan di pusingan kedua, bolehlah kita lupakan hajat besar nak kembali ke Liga Super 2016 itu.

KITA NAK MENANG BUKAN MENUNG.

Bangunlah JANG. Hari dah tinggi.

17.6.15

SETENGAH DOZEN:- APA JAWAPAN TUK MIDIN?.....

16 JUN 2015;
MALAYSIA LAWAN PALESTIN;

Apakah jaawapan paling luar biasa bakal diberikan oleh Tuk Midin, Abang Dol dan pelbagai pihak lagi di FAM?

CUIT SIKIT:

Kalau buntu, ambillah jawapan aku;

Bukan kita jer yang kalah setengah dozen. Afghanistan dan Bhutan cam tu jugak.

Aku taknak mereka meletak jawatan. Tapi peganglah jawatan itu sampai Malaysia bertukar nama kepada Malaysiatan.

13.6.15

TQ TUK MIDIN.....

GAGAL layak ke Separuh Akhir Sukan SEA 2015.
GAGAL mengalahkan TIMOR-LESTE di Bukit Jalil.

Jawapannya;

Pemain utama U23 Malaysia hanyalah pemain simpanan pasukan Liga Malaysia. Tidak seperti Thailand dan Vietnam yang diwakili oleh pemain utama kelab.

Pemain tak ikut arahan.

Pemain tak bagi 100%

Pemain letih kerana tidak banyak perlawanan pemanas badan.

Saya kecewa dengan OKS.

Saya sebenar dah nak berhenti awal tahun ni. FAM tak benarkan.

Jawapan sebenarnya datang daripada TUK MIDIN;

TAKKAN KITA SAHAJA NAK JUARA. http://www.hmetro.com.my/node/56615

CUIT SIKIT:

Aku sokong TUK MIDIN. Kalau kita je yang jadi juara, kesian la Laos, Cambodia, Filipina, Timor-Leste dan Brunei yang asyik - asyik kalah tu.

Asyik kita je yang menang, nanti orang lain kecewa pulak. Tak baik melukakan hati kenkawan.

Kita lebih pentingkan semangat setiakawan dengan kenkawan ASEAN berbanding memenangi IBU SEGALA EMAS itu. Mungkin itulah maksud TUK MIDIN.

Sebab itu, kerana sudah puas menjuarai Piala Asia dan Piala Dunia, kita memberi laluan untuk Australia dan Jerman menang pulak.


TQ TUK MIDIN. Anda memang CERDIK.

6.6.15

KESEBELASAN MALAYSIA.....

CUIT SIKIT:

Sebentar tadi, Malaysia dan Hong Kong seri 0 - 0 di Shah Alam.

Kesebelasan utama yang diturunkan berdasarkan prestasi terkini Bang Dol bakal memulakan cabaran rasmi pada;
NS Matrix pula bakal meneruskan saingan di Liga Premier pada;
Seingat aku, inilah kali pertama Liga Malaysia dimainkan di bulan puasa. Sejarah baru bagi para penonton yang bakal hadir nanti.

4.6.15

SOLI LATUK, KEDAI MAU TUTUP.....

CUIT SIKIT:

Setelah tewas kepada Vietnam dan Thailand, masih ada dua perlawanan lagi. Memang Laos dan Brunei boleh dikalahkan. Tetapi, pasukan manakah yang boleh mengalahkan Vietnam dan Thailand?

Buat anak - anak buah Baba Ong, setelah kalah dua kali, kalian pergilah menyokong pasukan bola jaring Malaysia yang mengalahkan Thailand hari ini.

Buat Baba Ong, selamat kembali meneruskan bisnes cencaluk yang sudah lama terbiar tu.

Lu punya ONG di padang sudah lama habis wooo.....

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH