Jumlah Paparan Halaman

19.7.14

PELUANG TERAKHIR BUAT NS.....

Selepas sambutan aidilfitri nanti, Melaka bakal menjadi arena kepada Pertandingan Piala Belia 2014, yang dianjurkan secara pesta.

Kejohanan peringkat umur bawah 19 tahun ini adalah pertandingan untuk masa depan bola sepak Malaysia.
Jadual perlawanan untuk NS;
CUIT SIKIT:

Kok yang ni pun tak dapet, apo la nak dikoba'an laie yo. Memang tahun ni tahun bungkor gak eh.

Nota Kaki;
Jang dan Milah, jang konfius tahap gaban seperti di atas yo.

Yang masih hilang tu MH370. MH17 tu kono tembak di Ukraine.


14.7.14

PIALA MALAYSIA 2014.....





CUIT SIKIT:

Jika tiada perubahan dan kejutan, Pahang dan JDT I bakal berentap sekali lagi di Separuh Akhir. Ulangan kepada dua Separuh akhir Piala FA dua musim berturut - turut.

Terengganu dan Selangor juga dijangka mengulangi pertemuan Separuh Akhir 2011.

Mungkinkah FINAL PANTAI TIMUR berulang kembali? Sama - sama kita nantikan pada 8 November nanti.

Buat NS, rehat selama lima bulan ini, bolehlah digunakan untuk mengemas rumah. Buanglah segala fail lama. Bakarlah sampah sarap. Sapulah habuk dan debu.

Dan, paling penting, segala barang antik, hantar ke muzium atau jual sahaja di kedai barang lusuh.

13.7.14

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2014 TANPA NS.....

CUIT SIKIT:

Dua juara dalam 10 musim terakhir tiada dalam senarai di atas.

Perlis, selaku juara 2004 dan 2006 serta NS, juara 2009 dan 2011, hilang daripada senarai pasukan yang layak ke Piala Malaysia musim ini.

Apo nak dikato jang.

9.7.14

SERANG HENDAP YANG BERKESAN.....

Seluruh dunia mungkin sedang terpinga - pinga. Mungkin juga sedang terlopong. Mungkin, mungkin, mungkin. Segalanya Mungkin kata Headwind.

Tidak ramai yang berani meramalkan Jerman bukannya Brazil yang ke Final kecuali aku. Rujuk posting sebelum ini.

Percaturan taktikal dan teknik permainan individu membezakan Brazil dan Jerman. Hasilnya;

Realistik. Itulah cara Jerman bermain. Mengawal bahagian pertahanan dengan cara mematahkan serangan lawan di kawasan defensive midfield. Bukannya di dalam kotak penalti. Seranga balas pantas dan berkesan.

Di kem Brazil, mereka memilih untuk terus dibuai mimpi cuba memasuki ruang penalti yang padat dengan pertahanan sasa dan tinggi. Kemudiannya lambat berada di kawasan sendiri apabila diasak Jerman.

Akhirnya, serang balas dan mungkin juga serang hendap Jerman, gagal di tangkis David Luiz dan kenkawannya di benteng Brazil.

Hasil serang hendap itu;
CUIT SIKIT:

Sebagai rekod, selain meneruskan langkah ke Final, Klose juga muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman menerusi jaringan ke enam belasnya sebentar tadi.

Paling penting, Jerman muncul pasukan pertama menewaskan Brazil di arena mereka sejak Piala Konfederasi 2013.

Sekali lagi, aku meletakkan Belanda sebagai lawan Jerman di final Isnin ini.

6.7.14

MENUJU MARACANA.....

Berbaki lapan hari dan empat perlawanan, Estádio do Maracanã, Rio de Janeiro bakal ceria atau muram.

Empat pasukan terbaik sudah ditentukan. Suku Akhir tamat dengan edisi santai dan memenuhi ramalan awal. Tiada kejutan kecuali keupayaan Costa Rica mengajak Belanda bermain sehingga ke titik sepakan penalti.

Dua pagi berturut - turut, rakyat Malaysia bakal bersahur sambil menonton dua perlawanan Separuh Akhir yang dijangka penuh dengan aksi dan drama.

Di Suku Akhir, tiga pemain pertahanan menjaringkan gol kemenangan dua pasukan. Ini menunjukkan betapa pemain pertahanan boleh membantu serangan sekiranya berpeluang.

Ia juga mempamerkan betapa sukarnya penyerang untuk melepasi kawalan pertahanan lawan yang padat dan ada ketikanya agak kasar. Tanyalah Neymar betapa siksanya diasak lawan setiap kali mendapat bola.

Sehingga Suku Akhir, para bintang KELAS SATU sudah kemarau jaringan;
Cuma James Rodriguez [JR] yang konsisten menjaringkan gol di setiap perlawanan. Malangnya, dia sudah pun pulang bersama pasukan Colombia. Jika corak permainan Suku Akhir berterusan di Separuh Akhir dan Akhir, aku percaya JR bakal memenangi KASUT EMAS Piala Dunia 2014. Cukup sebagai penghargaan kepada keupayaan beliau sebagai mesin gol yang konsisten dan bijak mengambil peluang.

Tahun ini, dua pasukan Eropah dan Dua Pasukan Latin bakal bertemu di Separuh Akhir. Potensi FINAL yang mungkin berlaku adalah;
1. BRAZIL lawan ARGENTINA.
2. BRAZIL lawan NETHERLANDS.
3. JERMAN lawan ARGENTINA.
4. JERMAN lawan NETHERLANDS.

CUIT SIKIT:

Berdasarkan keupayaan taktikal dan kebijaksanaan Pengurus Pasukan semasa, aku fikir JERMAN bakal bertemu NETHERLANDS di MARACANA.

Jika ianya berlaku, maka sejarah baru Piala Dunia bakal tercipta. Sebelum ini, tiada mana - mana pasukan Eropah memenangi Piala Dunia di BENUA AMERIKA LATIN.

Seandainya ramalan aku tepat, Brazil terus kempunan menjuarai Piala Dunia di laman mereka sendiri.

Kasihan Neymar JR.

3.7.14

MENJELANG SUKU AKHIR PIALA DUNIA.....

Di saat ini, hanya tinggal lapan pasukan menanti sepak mula pusingan Suku Akhir tepat jam 12 tengah malam 5 Julai nanti.

Perancis dan Jerman bakal memulakan saingan diikuti pertemuan Brazil menentang Colombia. Dua perlawanan yang menjanjikan pertemuan Separuh Akhir Latin Amerika menentang Eropah.

Di kelompok satu lagi, Belanda bertemu Costa Rica dan Argentina berhadapan Belgium. Di sebelah sini, peringkat Separuh Akhir memungkinkan pelbagai prospek.

Boleh jadi Eropah bakal bertemu Latin Amerika. Mungkin juga Eropah bertemu Eropah. Kemungkinan CONCACAF melawan Latin Amerika, atau CONCACAF menentang Eropah.
COSTA RICA yang mengejutkan ramai pihak kerana menjuarai Kumpulan D dengan mengatasi tiga Juara Silam Piala Dunia mungkin melakukan kejutan lagi di Suku Akhir.

Sebagai rekod, lima perlawanan di pusingan kedua berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Dua daripadanya berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Namun, kesemua lapan JUARA KUMPULAN berjaya meneruskan langkah ke Suku Akhir. Maknanya, secara realistik, tiada kejutan berlaku di pusingan kedua ini.

CUIT SIKIT:

Di bumi BRAZIL yang semakin panas, kecuali James Rodriguez dari Colombia itu, kesemua nama - nama besar yang meledak sebelum ini sudah ketandusan jaringan.

Dan, tidak hairan sekiranya Neymar terkunci, Brazil bakal tersingkir di Suku Akhir.

ALANGKAH terkejutnya DUNIA sekiranya Columbia dan Costa Rica bakal berentap di FINAL.

Hanya yang terbaik dan konsisten bakal menjuarai Piala Dunia 2014.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH