Jumlah Paparan Halaman

31.3.14

JUMAAT INI 4:45 PETANG.....

MEMBARA! Mungkin itu perkataan paling tepat buat PSNS. Manakan tidak. Setelah sabar menanti, akhirnya NS monang juo, Jumaat lalu.

Kemenangan tunggal di sepanjang bulan Mac itu, memberikan suntikan semangat buat PSNS untuk terus menyokong Jang.

Jumaat ini, bakal berlangsung perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Premier 2014.
CUIT SIKIT:

Bagi mereka yang bakal berkunjung ke Alor Setar Jumaat ini, sila ambil perhatian!

Perlawanan Perlis menentang NS bakal berlangsung di Alor Setar jam 4.45 PETANG bukan 8.45 malam.


Cari perlawanan NO. 64.

HOBEN JANG HOBEN!

26.3.14

KEPUTUSAN UNDIAN PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA 2015.....

Hari ini telah berlangsung Majlis Undian Pusingan Akhir Piala Asia 2015, di Opera House, Sydney.

Hasil undian, beginilah kedudukan setiap pasukan mengikut kumpulan;
Setakat ini, pilihan hangat sebagai pasukan ke 16 di Australia nanti adalah Filipina. Seandainya ramalan menjadi kenyataan, itulah satu - satunya pasukan daripada Asia Tenggara [AFF] yang layak secara merit ke Australia.

CUIT SIKIT:

Secara keseluruhan, negara - negara Asia Barat menguasai lebih 70 % senarai pasukan yang bakal bermain di Australia nanti. Maknanya, standard pasukan terutamanya dari AFF masih di bawah.

Sekaligus, situasi ini bolehlah menjadi cabaran baru buat sesiapa sahaja yang berniat untuk mengetuai FAM.

Harus ada pendekatan drastik daripada Boss FAM di masa hadapan untuk membawa Malaysia ke pentas pusingan akhir Piala Asia.

Jika masih berhalatujukan Piala AFF Suzuki dan Sukan SEA, sampai bila - bila pun, inilah tahap kita.

PBNS PERLU TEGAS.....

Ketika saingan pusingan pertama berbaki dua perlawanan, NS langsung tidak mempamerkan watak selaku Calon Juara.

KPI yang telah ditetapkan oleh PBNS adalah muncul sebagai salah satu pasukan yang bakal naik ke Liga Premier 2015. Setakat ini, KPI itu mungkin menjadi sejarah dan hilang tanpa dikesan radar.

Dengan kedudukan begini;
aku lihat NS perlu mengkaji semula semua langkah yang telah dibuat setakat ini. Perlu ketegasan untuk merombak pasukan. Perlu ketegasan untuk menyingkirkan siapa sahaja yang tidak menyumbang. Samada Pengurusan, Kejurulatihan mahupun Pemain.

Aku katakan ketegasan kerana 3 kemenangan yang dicapai itu adalah menerusi lima perlawanan pertama. Kemenangan terakhir NS di capai di Alor Setar pada 14 Februari lalu. Maknanya, di sepanjang Mac, NS belum MONANG LAIE.

DAN, bagaimanana boleh menang sekiranya mesin penjaring kita cuma bersifat 'part - time' sahaja. Camno nak jadi juara jika menang pun bersifat 'part-time'?

Memang benar bola sepak moden membolehkan siapa sahaja menjaringkan gol. Tetapi, tugas utama striker adalah untuk menjaringkan gol.

Jika striker gagal menjaringkan gol secara konsisten dan banyak, mana mungkin pasukannya boleh menang.

Carta di bawah boleh menjadi rujukan;
Selain gagal menang, NS juga gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan. Dua adalah secara berturut - turut.

Sepanjang Mac, selama 360 minit, NS bermain tanpa kemenangan. Hanya menjaringkan TIGA GOL dan BOLOS TUJUH.

Tambah memburukkan suasana, dua striker impot NS hanya mampu menjaringkan ENAM GOL dalam 9 perlawanan. Malah siKAPLAN hanya berjaya menjaringkan gol di perlawanan pertama. Selepas itu, jaringannya hilang daripada radar.

CUIT SIKIT:

Relevankah tektikal V.Sundramoorthy dengan pencapaian sebegini;
Kecuali Felda United dan Kedah, NS GAGAL MENEWASKAN empat lagi lawan yang kini berada enam anak tangga di atasnya.

Lebih mengharukan, NS juga gagal mencapai kemenangan ke atas SPA PUTRAJAYA dan PBAPP yang kini berada di bawahnya.

Jika yang ini pun NS GAGAL MONANG;
maka ucaplah selamat tinggal kepada Liga Super 2015.

HOBEN JANG HOBEN!

25.3.14

UPDATE LIGA PREMIER MD9.....

Di atas adalah kedudukan terkini Liga Premier 2014.

Di bawah adalah satu lagi program bertaraf antarabangsa bakal berlangsung di Malaysia;
Setakat ini, beginilah jadual Live minggu ini;
CUIT SIKIT:

Setelah sekian lama dinanti dan dirindui, beginilah akhirnya sebuah perjalanan.
AL-FATIHAH buat mereka yang beragama ISLAM.
AMIN.

24.3.14

SATU MATA DARI KELANA JAYA.....

Hari ini aku pasti para PSNS berasa amat teruja setelah berduka lara sejak Jumaat lalu.

Tidak sedikit yang kurang yakin NS bakal balik dengan selamat dari Kelana Jaya hari ini.

Namun, keputusan ini pastinya mengembalikan keyakinan kepada para PSNS;
CUIT SIKIT:

Bagi aku, NS belum benar - benar mendapat rentak untuk mengungguli Liga Premier 2014.

Atau, boleh jadi juga inilah prestasi sebenar NS musim ini;
Kejayaan mengutip satu mata hari ini, masih menempatkan NS di tangga ke 6 liga. Manakala PDRM masih mendahului dengan 20 mata.

Jumaat ini kita lawan laie;
Sehingga tibanya detik itu, malam ini Pulau Pinang jika menang ke atas Kedah, bakal menerajui Liga Premier 2014 buat pertama kalinya.

19.3.14

LIVE MINGGU INI.....

CUIT SIKIT:

Tiada LIVE dari Paroi.

Maknanya seluruh pelusuk nogori kono datang ko Paroi, Jumaat ini.

Dari Palong hinggalah ke Beranang. Dari Kongkoi hinggalah ke Kampung Pachitan. Dari Nilai hinggalah ke Lubuk China.

MOH POIE PAROI...
HOBEN JANG HOBEN!.....

18.3.14

JUMAAT INI DI PAROI.....

Jumaat ini, bakal berlangsung pertemuan yang dijangka sengit. Dua lagi calon Juara bertemu sesama sendiri di Paroi.
Turut menjadi perhatian pastinya pertembungan Felda United dan PDRM di Selayang. Menambah sengit saingan minggu ini adalah pertemuan Kedah dan JDT II di Alor Setar.

Berbalik kepada pertemuan NS dan PP, aku fikir tidak mudah buat NS mencari mata penuh walau pun beraksi di Paroi.
Namun, kejayaan PDRM membelasah PP 5 - 1 di Kelana Jaya pada 27 Januari lalu seharusnya menjadi inspirasi buat NS untuk mencapai kejayaan Jumaat ini.

Rekod PP di arena lawan setakat ini adalah 2 menang dan 1 kalah. 

Ramai PSNS sudah mula menzahirkan kerisauan kerana NS terbukti hanya mendapat SATU MATA daripada dua perlawanan terakhir ini.

Telah timbul Tuan Desas dan Puan Desus menyatakan berkenaan kelewatan pembayaran gaji pemain. Telah kedengaran gossip berkenaan kegagalan Pengurusan menjaga kebajikan pemain.

Buat VSM dan PBNS, lihatlah KEK PRESTASI ANDA setakat ini;

CUIT SIKIT:

Aku fikir, apabila pasukan sudah kurang mencapai kemenangan, akan resahlah para penyokong tegar dan begar.

Apabila anda gagal menang di arena sendiri, secara langsung timbul kerisauan di hati peminat.

JUMAAT ini, NS WAJIB MENANG supaya semua desas - desus dan gossip terpadam dengan sendiri.

HOBEN JANG HOBEN!

11.3.14

PERTEMUAN CALON JUARA.....

Jumaat ini, dua calon Juara Liga Premier 2014 bakal berentap.

Aku katakan calon juara bukan secara semborono. Ianya berkisar di sebalik persiapan rapi kedua - dua pasukan. Bukan setakat menyediakan pemain. Kedua - dua pasukan turut menyediakan bajet besar.

Jadi, apa yang kita harapkan agar, kejayaan di Alor Setar bakal berulang di Pasir Gudang.

Jadual penuh MD7 adalah seperti di atas.

CUIT SIKIT:

Selepas bertemu JDT II, NS dijadualkan bertemu Pulau Pinang;
dua pertemuan bertaraf Heavyweight secara berturut - turut.

Jika menang kedua - dua perlawanan ini, aku fikir NS boleh berada sekurang - kurangnya di tangga ke 2 sehingga tamat Pusingan Pertama Liga Premier 2014.

Sehingga tibanya detik itu, HOBEN JANG HOBEN!

10.3.14

DI MANAKAH DIKAU?.....

CUIT SIKIT:

Sudah lebih 60 jam pesawat ini hilang tanpa sebarang petunjuk.

Sudah lebih 60 jam ratusan, ribuan malah jutaan simpati dan prihatin diucapkan.

Sudah lebih 60 jam airmata ratusan dan mungkin ribuan waris, sahabat dan rakan penumpang dan kakitangan MH370 berderai.

Sudah lebih 60 jam semua petunjuk tidak menjurus ke arah positif.

Hanya kepada YANG ESA kita berserah.

6.3.14

HELLO AUSSIE

Menepati ramalan aku pada posting lalu, CHINA yang selama ini mendiami tangga Ke 2 Kumpulan C menjadi pemintas kepada lima pasukan yang sekian lama berstatus pasukan tangga Ke 3.
Lebanon dan Malaysia meraih tiga mata di perlawanan terakhir masing - masing. Namun, ianya hanya cukup untuk bersorak merayakan kemenangan, tetapi tidak cukup untuk ke Australia.
SATU kekosongan tempat itu untuk diisi oleh pasukan yang dikategorikan sebagai negara membangun di arena bola sepak Asia.

Piala Cabaran AFC 2014 bakal berlangsung di Maldives pada 19 - 30 Mei nanti. Myanmar, Laos dan Filipina bakal bertarung di pusingan akhir itu. Hanya JUARA sahaja bakal ke Australia pada 9 - 31 Januari 2015.

Seperti tulisan aku di posting sebelum ini, Iraq dan China bakal menjadi pencatur sebenar di pusingan kelayakan ini. Biarpun tewas 1-3 kepada Iraq, China layak ke Australia sebagai pasukan terbaik di kalangan nombor tiga.

Jaringan seawal minit kedua oleh Mat Ghaddar tidak cukup membawa Lebanon ke Australia. Menamatkan saingan dengan kemenangan 5 - 2, Mat Ghaddar dan Lebanon hanya mampu berpesta setakat Bangkok sahaja.

CUIT SIKIT:

Buat FAM dan para peminat Harimau Malaya, renungkanlah pencapaian 15 pasukan yang telah sah mengucapkan HELLO AUSSIE;

Bandingkanlah betapa hebatnya pencapaian mereka. Kecuali Oman, 14 yang lainnya adalah pasukan yang telah beraksi di pusingan akhir empat tahun sebelum ini.

Penampilan mereka di pusingan akhir juga bukan sekadar di peringkat kumpulan sepertimana yang dicapai oleh Malaysia pada 1980.

Selepas layak secara merit ke Pusingan Akhir Piala Asia 1980, apakah pencapaian kita semakin baik selepas itu?

Bacalah dengan nama Tuhanmu di;

Kok anda semua rasa masih hebat dan layak untuk terus berkuasa di Kelana Jaya, teruskanlah usaha mengekalkan kerusi, jawatan dan kesombongan itu.

Jika tidak, eloklah serahkan baton kepada orang lain sempena Kongres FAM nanti.

3.3.14

CABARAN 5 MAC.....

Pihak AFC telah menetapkan tarikh Pusingan Akhir Piala Asia di Australia seperti di atas.

Di bawah adalah kedudukan semasa semua pasukan yang masih bersaing di peringkat kelayakan. 
Kecuali Kumpulan C, kesemua dua pasukan teratas telah layak ke Australia secara merit [ pinjam ayat Datuk King Gobal yang tidak tertunai ].

Setakat ini, dari Kumpulan C, hanya Arab Saudi yang telah mengesahkan penampilan di Australia nanti.

Bagaimanapun, peluang untuk ke Australia masih ada buat kesemua pasukan di tangga ke 3 setiap kumpulan. Begitupun, hanya SATU pasukan TEMPAT KE 3 bakal layak ke Australia.

Cartanya;
Terselit nama MALAYSIA di kelompok itu.
Namun, peluangnya amat tipis kerana berada jauh daripada dua tempat teratas.

Perlawanan terakhir melibatkan kesemua pasukan di carta ke 3 itu akan berlangsung serentak;

CUIT SIKIT:

Mungkin Jordan, China, Thailand dan Vietnam boleh membantu Malaysia dengan mengalahkan lawan masing - masing. Sambil Malaysia pula perlu menang ke atas Yemen.

Tetapi, China dan Iraq bakal menjadi pencatur sebenar SATU TEMPAT DARI RANKING 3 kumpulan ini.

Jika mereka tewas sekalipun, seandainya Lebanon tidak menang, dengan lapan mata setakat ini, China BUKANNYA Malaysia, Syria atau Hong Kong yang akan layak ke Australia nanti.

Jadi, kita cuma mengharapkan Datuk OKS meneruskan corak permainan yang menarik seperti ketika bertemu Filipina Sabtu lalu. Soal layak ke Australia sudah boleh dibuang jauh - jauh daripada sasaran.

Kedegilan King Gobal yang membuat Australia terlalu jauh daripada Malaysia sebenarnya.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH