Usai dua perlawanan di bawah tangan AK-47, NS belum mampu keluar stadium dengan nota kemenangan.
Bagi aku, NS sangat tidak bernasib baik apabila terpaksa keluar ke dua arena sukar untuk dua perlawanan berturut - turut.
Setelah memberikan cabaran sengit di Alor Star, NS longlai di Kuantan. Apakah sentuhan magis AK-47 sudah hilang?
Jawapannya mungkin begini;
Pada 2011, NS sekadar cukup makan di Liga Super dan tersingkir awal di Pial FA.
Apa yang mengejutkan adalah kebangkitan NS di Piala Malaysia.
Waktu itu, semua pihak mengaku akan magis Azraai Khor.
Dan, itulah kali terakhir NS membawa pulang piala yang mengundang senyuman dan keghairahan seluruh negeri.
Piala terakhir yang dibawa balik ke Seremban adalah Piala Sultan Haji Ahmad 2012. Namun, kemeriahannya tidaklah sehebat mana.
CUIT SIKIT:
Masihkah MAGIS 2011 itu bakal bersama AK-47 dan NS sekali lagi?
Hanya masa yang dapat menjawabnya.
Setakat ini, aku tidak fikir Azraai Khor mampu mengembalikan kejayaan silam itu kerana beberapa faktor.
Pertamanya, material yang dimiliki oleh NS sudah tidak berkualiti seperti Skuad 2011 itu. Tiada kapten sehebat Shukor Adan. Tiada midfielder sebaik Idris Karim. Dan, tiada lagi kepala sehebat SiBOTAK Hai - O itu.
Keduanya, NS sudah lama tidak mempunyai pemain muda sehebat kembar Radzak, Kunalan, Shahurain, Tengku Qayyum dll.
Produk SUKMA 2004 itu ternyata yang terbaik pernah lahir di NS dan amat malang, ianya tidak berulang lagi. Tiada lagi anak watan NS yang boleh digelar bintang muda yang konsisten.
Faktor ketiga, jika 2011 Piala Malaysia dilangsungkan selepas usai Liga dan Piala FA, kini ianya akan berlangsung semasa Liga masih berjalan.
Maknanya, tumpuan pasukan pasti akan berbahagi. Mahu melaksanakan sistem giliran pemain, pemain yang ada rasanya tidak memenuhi kehendak sistem itu.
Akhirnya, biarlah Azraai Khor menguruskan pasukan. Jangan diganggu dengan kehendak tekak dan perut pihak yang tiada kepentingan.
Jika Azraai gagal musim ini, bukanlah salah beliau semata - mata. Memang sukar untuk sesiapa pun menyambung dan menyiapkan projek yang terbengkalai.
HOBEN JANG HOBEN!