KONTRAK, sudah ditandatangani. JERSI sudah diperkenalkan. Tengahari tadi aku sudah terjumpa seorang PSNS menggayakan jersi baru berwarna merah sambil tersenyum sendirian. Maknanya, dia sudah tidak sabar mahu turun menyokong pasukan nogori.
LESEN PASUKAN?
Jangan takut. NS bukan sahaja layak bermain di Liga Super Malaysia, malah berkelayakan [ menurut aspek lesen ] bermain di Peringkat AFC.
Namun, kito tak monang apo - apo tahun lopeh. So, melepaslah nak main kat AFC tahun ni.
Di bawah adalah status kesemua 12 pasukan Liga Super Malaysia 2018 daripada sudut perlesenan.
Aku terkejut apabila pasukan Timbalan Presiden FAM, gagal melepasi kelayakan lesen AFC, sedangkan pasukan itu bersungguh - sungguh mahu memperkuatkan pasukannya bermula musim lalu. Adakah anda tahu di mana silapnya fokus dan tumpuan pasukan berkenaan?
TAHNIAH buat NAIB PRESIDEN FAM [ Tok Ghani ] dan seluruh kepimpinan PBNS esp. TOK MAT kerana dalam diam - diam, pasukan NS memilik lesen AFC, sekurang - kurangnya untuk tahun ini.
Bab lesen kelab atau lesen paasukan ni, tak boleh main - main sebab ia perlu diperbaharui setiap tahun. DAN, tak boleh juga dibuat secara lump-sum kehadapan seumpama lesen memandu yang boleh dihidupkan melebihi satu tahun.
BILO NAK MAIN?
Lihat jadual tak rasmi ini;
Aku koba'an tak rasmi sebab FMLLP ni sudah berbulan tidak update laman web http://footballmalaysia.com/portal . Memanglah pantas dan cepat melalui facebook dan lain - lain media sosial, tetapi website adalah page paling rasmi untuk sesebuah organisasi atau institusi.
Kata nak Transforming Malaysian Football, malangnya website sendiri bersawang. Alahai FMLLP.
CUIT SIKIT:
Buat PSNS, Rabu dopan adalah MALAM PERTAMA di Paroi. Jangan lepaskan peluang demi NS.
Buat PBNS dan MPS, sudahkah anda memikirkan tempat meletak kenderaan yang cukup dan selesa buat para penyokong pasukan?
Mereka datang nak menyokong NS, bukannya nak menyesakkan kawasan perumahan Paroi Jaya.
JADI, Tolong sediakan ruang parking di bekas Pusat Tinju dan bekas Pusat Bowling SUKMA 2004 yang dah usang tu.
Tolong juga selesakan ruang jalan di sekitar Paroi Jaya tu. Kalau berlaku kecemasan kepada penduduk di situ semasa hari perlawanan, pasti boleh menimbulkan pelbagai masalah dan saman - menyaman di kemudian hari. MALANG TIDAK BERBAU. Ingat tu.
HOBEN JANG HOBEN!