Jumlah Paparan Halaman

31.10.17

MATEMATIK UNTUK ASRI NINGGAL.....

Aku nak tunjukkan KEJAYAAN NS di bawah pimpinan Asri Ninggal secara metematik. Aku juga tahu, sebagai kakitangan pelbagai bank, Asri bukanlah asing dengan matematik. Tapi, ada aku kisah?

Matematik 1:
Sebagai rujukan, KL dan Terengganu mencatat 15|2|5 dan layak ke Liga Super 2018.

Matematik 2:
NS sebenarnya hanyalah JAGUH KAMPUNG atau JAGOAN PAROI jer. Bab away, NS ada masalah bosar.

Matematik 3:
Bab jaringan dan bolos;
Positifnya, NS hanya sekali GAGAL menjaringkan gol dan ENAM kali pulang TANPA BOLOS.
Negatifnya, kadar jaringan NS agak rendah berbanding EMPAT pasukan di atas kito. Tu yang membezakan tanggo ke 4 dan ke 5.

Matematik 4:

Matematik 5:
CEMERLANG untuk 14 perlawanan berturut - turut. LONGLAI di baki 8 perlawanan. Bahaso mudah eh, lopeh GHAYO, NS toruih BUNGKO.
Apo ekau lakukan?

Apakah team psikologi dan motivasi NS [ jika ada ] telah melakukan kerjanya dengan baik?

Matematik 6:
 
Matematik 7:
Jangan salahkan ibu mengandung. Salahkanlah BAPAK yang tersilap sarung. Pengganti Simic gagal mengatasi jaringan yang ditinggalkannya. Siapa buang Simic dan siapa bawak masuk Behe?
Buang parang tajam, ambil pisau tumpul. Selosaikah kojo dapur kito?

Matematik 8:
Jangan lupa sejarah;
Lama sebelum jiran di hujung kaki menjerit seluruh alam, NS telah pun bersaing di peringkat ASIA. Bukan sekali, tetapi TIGA kali [ 2010 tarik diri kerana tak cukup duit ]. Makno eh, NS bukanlah pasukan yang selekeh dan bertaraf tepi jalan. INGAT TU!

BERMULA April 2004, TOK MAT memegang teraju Presiden. Tangan kanan dan tangan kirinya tetap orang yang sama. Tok Haslah, Tok Ghani dan Tok Halim sudah lama bersama membantu Mr. Presiden. Aku fikir tiada masalah di PBNS tetapi ada masalah dalam TEAM KEJURULATIHAN NS. Aku fikir jer, takkan nak marah.

CUIT SIKIT:

Matematik 9:


HOBEN JANG HOBEN! Itulah PENCAPAIAN SEDERHANA puak yang kito harap buleh membawa cabaran NS ke Liga Super 2018.MALANGNYA kito gagal.

Kalau dah gagal, apo laie, silolah berundur. Bukan cakap den. Sekadar ngulang ayat TOK MAT.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH