Jumlah Paparan Halaman

12.3.17

BEZA HARI SABTU DAN JUMAAT.....

Lihat dan kajilah carta ini,


dan, anda akan jumpa perbezaan apabila perlawanan di Paroi berlangsung pada hari Sabtu.

CUIT SIKIT:

Aku harap PBNS tidak lagi buat kerja gila dengan meranapkan pasukan yang sedang perform di pertengahan musim seperti musim lalu.

Nak crowd ramai cam semalam, kenalah bermain pada hari Sabtu. Dan, perlawanan pada hari Sabtu hanya untuk Liga Super, bukan Liga Premier. Ado paham?

HOBEN HANG HOBEN!


4.3.17

TAHNIAH & TQ SEMUA YANG SETIA.....

Tujuh perlawanan tanpa kalah. Tujuh perlawanan tanpa seri. Tujuh perlawanan dengan tujuh kemenangan. Maknanya, setakat ini, sudah tujuh lawan yang terkucil di kaki dan tangan NS. Dah macam dailog Seniman Bujang Lapuk pulak.

Kali ini, bukan soal pasukan yang mahu aku sorotkan. Sebaliknya, aku mahu kongsikan betapa terujanya, ghairahnya dan bersemangatnya para PSNS dan SNS terhadap kebangkitan pasukan NS musim ini.

Lihat ini;
Enam perlawanan di Paroi telah berjaya menggamit lebih tiga puluh ribu penonton untuk datang.

Aku tahu, bukan semua perlawanan berlangsung semasa cuaca elok. Bukan semua perlawanan berlangsung semasa poket kembung. Bukan semua perlawanan berlangsung semasa perut kenyang.

Yang sukarela hadir dengan ikhlas demi pasukan kesayangan biarpun terpaksa " mengikat perut ", TAHNIAH dan TQ semua.

CUIT SIKIT:

Buat PBNS, jangan ulangi kesilapan lalu. Sayangilah PSNS dan SYS yang sering bersama di saat senang dan susah.

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH