Jumlah Paparan Halaman

29.1.15

FORKEY DOE 12/21.....

Berdasarkan catatan rasmi di pbn9.com aku rumuskan pencapaian NS Matrix dalam semua perlawanan ujiannya. Tetapi tidak termasuk pertemuan menentang FELCRA FC yang tidak dikira sebagai perlawanan rasmi.

Anda bacalah sendiri;
Rekod pencapaian pra - musim yang baik buat NS Matrix.

CUIT SIKIT:

Apabila Doe menjadi penjaring gol yang konsisten, aku fikir peluang NS Matrix untuk ke Liga Super 2016 agak cerah.

Namun, tugasan mendapatkan gol tidak boleh terlalu bergantung kepada beliau sepertimana statistik di atas.

Dua muka baru ini wajar mengambil kesempatan untuk menjadi WIRA NS;
Hazeri Hamid

Izzuddin Zainudin
Kedua - duanya dinaikkan pangkat daripada Skuad Piala Presiden dan SUKMA 2014 NS.

HOBEN JANG HOBEN!

26.1.15

UJIAN TERAKHIR NS MATRIX.....

Selasa 27 Januari bakal menjadi penamat ujian buat NS Matrix. Setakat ini tiga pasukan Liga Super [ ATM, Perak dan Terengganu ] berjaya dikalahkan di Paroi. Cuma Sime Darby FC yang balik dengan keputusan seri. Mungkinkah Sarawak juga bakal menerima kekalahan? Sama - sama kita tonton;
Menurut sumber rasmi PBNS, setakat dua perlawanan,sejumlah RM 36,000 berjaya dikumpul untuk TABUNG BANJIR. Jika trend sekitar 3,000 penonton berterusan, aku fikir usai perlawanan menentang Sarawak nanti, RM 55,000 bakal menjadi sumbangan para PSNS buat TABUNG BANJIR menerusi perlawanan NS Matrix. Terima kasih buat kalian yang tidak jemu - jemu menyokong dan menderma itu.

MISI TIDAK MUSTAHIL. Itulah slogan PBNS untuk kembali ke Liga Super 2016. Setakat ini, semua keputusan perlawanan ujian memberikan petunjuk memang tidak mustahil NS Matrix akan kembali ke Liga Super 2016. Mungkin ketika itu, sejajar dengan penswastaan LIGA MALAYSIA, namanya NS MATRIX FC pula. Siapa tahu.

Namun, aku bagi empat perlawanan awal sebagai penanda aras arahala pasukan NS Matrix di Liga Premier 2015 ini.
Aku katakan begitu kerana empat pasukan yang bakal ditemui itu adalah sangat misteri kekuatannya musim ini.

Tiga daripadanya adalah saingan di musim lalu tetapi dikatakan turut membuat persiapan rapi musim ini. Manakala KUANTAN FA pula adalah Juara Liga FAM 2014 dan bakal diperkuatkan oleh Rahman Zabul, anak watan Felda Lui Muda yang pernah membantu NS di zaman gemilangnya.

Jika keempat - empat pasukan itu, berjaya diatasi dengan mudah, bolehlah kita [ para PSNS ] meningkatkan sokongan demi menjayakan MISI TIDAK MUSTAHIL itu.

CUIT SIKIT:

Dengan Forkey Doe begitu menyerlah di perlawanan ujian, aku fikir di perlawanan sebenar pun begitu juga.

Namun, apabila saingan sebenar berlangsung, bolehkah NS Matrix meneruskan hidup sekiranya Forkey Doe tidak dapat bermain?

Setakat ini, siapakah Forkey Doe yang kedua?

HOBEN JANG HOBEN!

22.1.15

MENANTI LEDAKAN FORKEY DOE.....

Bermula esok, persiapan NS Matrix untuk musim ini seharusnya sudah mencapi tahap 100 %.

Aku katakan 100 % kerana yang bakal dihadapi esok adalah Terengganu yang juga telah melakukan persiapan rapi.

Dua perlawanan ujian bermula esok pastinya menjadi persiapan terakhir sebelum sepak mula Liga Premier NS Matrix di Tanjung Malim, Perak.



Pelbagai pendapat. Pelbagai pandangan. Ada yang kata bagus. Ada juga kata dia tamak. Itulah Forkey Doe. Sebuah nama besar di persada bola sepak Malaysia kerana pernah menang kasut emas Liga Super Malaysia.

Bagi aku, tamak atau tidak bergantung kepada situasi. Kalau dia mampu menjaringkan gol dan membawa pasukannya menang, biarkanlah. Di Kelantan dulu, Dickson Nwakame juga dikatakan tamak. Tetapi cara itu dia buat di Pahang, penyokong Pahang tak kata Dickson tamak.

Dalam konteks Forkey Doe ini, sebenarnya dia bukan tamak. Tetapi cara dia adalah melakukan tindakan penyudah mengikut cara dia.

Dan, ledakan gol demi gol semasa perlawanan ujian tidak akan bermakna jika dia gagal di sini;


Sebagai rekod, 24 Januari 2014 merupakan pertemuan pertama Liga Premier di Paroi. NS menang 2-1 menerusi jaringan Josef Kaplan. Selepas setahun, pastinya suasana cukup berbeza.

Tanjung Malim bakal menjadi saksi samada ledakan Forkey Doe bakal berterusan atau NS Matrix pula yang kena ledak.

CUIT SIKIT:

Jika anda agak sinis terhadap keupayaan pasukan NS Matrix, sila tunggu sehingga tamat enam perlawanan di bawah ini.


Selepas itu, bolehlah kita berikan gred untuk pasukan ini.

Sehingga tibanya saat itu, HOBEN JANG HOBEN!

19.1.15

LAWAN BOLEH, GADUH JANGAN.....

Jumaat lalu, NS Matrix menang 2 - 0 ke atas Perak. Namun, kemenangan itu dibayangi oleh peristiwa berdarah selepas perlawanan.

Hari ini, PDRM mengesahkan peristiwa itu tiada kaitan dengan bola sepak. Tetapi, apabila ianya berlaku sebelum, semasa atau sesudah perlawanan bola sepak, sudah pasti fokus tetap kepada para penyokong tuan rumah.

Yang pasti, tindakan pantas beberapa grup penyokong NS memuat naik permohonan maaf kepada pasukan dan penyokong Perak, wajar dipuji dan diangkat DUA IBU TANGAN.

JUMAAT ini bakal berlangsung perlawanan kedua siri Perlawanan Ujian Bertiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Jadi, berlawanlah di padang menerusi para pemain. Penyokong, menyokonglah dari tempat duduk masing - masing.

Gaduh? Tak payah jawablah. Bukan hebat mana pun yang bergaduh tu.

KUTIPAN MINGGU LALU:-
mengesahkan kutipan pada Jumaat lalu;
Tiket tidak berbumbung :
Tiket yg telah dijual : 2704 = RM13,520.
Tiket berbumbung :
Tiket yg telah dijual : 238 =
RM2,380.
Jumah terkumpul : RM15,900.
Tkasih, Tkasih dan Tkasih kpd Penyokong2 yg sudi menderma sambil menonton.
Kita teruskan menderma di Perlawanan Persahabatan dgn Terengganu pd 23 Jan/Jumaat @ STAR Paroi @ 8.45pm.

CUIT SIKIT:

Buat Jang yang mungkin ada dendam kesumat dengan orang Terengganu, jangalah mengambil kesempatan untuk bergaduh samada di dalam atau di luar STAR of Paroi, Jumaat nanti.

Kalau dah terpaksa benar pun nak bergaduh, eloklah ekau poie gaduh di KUBUR sebelah stadium tu.

Senang orang yang tinggal. Kok mati, kita terus tanam je.

Nota Kaki:

Seingat aku, inilah kali pertama NS Matrix turun dengan jersi merah ni,
Apis Abun , TQ kerana membenarkan perkongsian foto di atas secara senyap.

13.1.15

INISIATIF PBNS UNTUK MANGSA BANJIR.....

JIKA tiada pindaan, bermula Jumaat ini, PBNS menerusi pasukannya, NS Matrix bakal melengkapkan persiapan pra - musim 2015nya dengan berhadapan TIGA pasukan LIGA SUPER.

Menjelang pertemuan berkenaan, PBNS telah menamatkan musim BULAN MADU buat para PSNS samada bertaraf TEGAR, Separa TEGAR atau Kadang - Kadang TEGAR.

Aku katakan BULAN MADU kerana selama ini, kesemua perlawanan ujian NS Matrix ditonton secara percuma. Syaratnya cuma satu. Datang ke STAR Paroi pada hari perlawanan.

Namun, bermula minggu ini, PBNS akan mengenakan bayaran masuk untuk menonton dan menyokong pasukan NS Matrix.
POSAN DEN,
Oleh kerana kutipan tiket itu dikenakan atas nama BANJIR, apabila tiba waktu penyerahan kutipan itu nanti, pihak PBNS perlulah memaklumkan tarikh, masa, tempat dan penerimanya.

Ini bukan soal riak. Ini soal ketelusan. Bimbang pulak PBNS dikatakan mengambil kesempatan atas nama BANJIR untuk mengutip bayaran perlawanan ujian.

Bagaimana pun, aku ucapkan TAHNIAH buat PBNS kerana inisiatif ini. Dan, TAHNIAH juga buat para penonton yang bakal menjadi penyumbang nanti.

CUIT SIKIT:

Walaupun sudah dikenakan bayaran masuk, jagolah akhlak masing - masing wahai para PSNS.

Jangan ditiru perangai camni;
Aku doakan pemandu ni akan lebih baik akhlaknya, selepas ini. AMIN.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH