Selasa 27 Januari bakal menjadi penamat ujian buat NS Matrix. Setakat ini tiga pasukan Liga Super [ ATM, Perak dan Terengganu ] berjaya dikalahkan di Paroi. Cuma Sime Darby FC yang balik dengan keputusan seri. Mungkinkah Sarawak juga bakal menerima kekalahan? Sama - sama kita tonton;
Menurut sumber rasmi PBNS, setakat dua perlawanan,sejumlah RM 36,000 berjaya dikumpul untuk TABUNG BANJIR. Jika trend sekitar 3,000 penonton berterusan, aku fikir usai perlawanan menentang Sarawak nanti, RM 55,000 bakal menjadi sumbangan para PSNS buat TABUNG BANJIR menerusi perlawanan NS Matrix. Terima kasih buat kalian yang tidak jemu - jemu menyokong dan menderma itu.
MISI TIDAK MUSTAHIL. Itulah slogan PBNS untuk kembali ke Liga Super 2016. Setakat ini, semua keputusan perlawanan ujian memberikan petunjuk memang tidak mustahil NS Matrix akan kembali ke Liga Super 2016. Mungkin ketika itu, sejajar dengan penswastaan LIGA MALAYSIA, namanya NS MATRIX FC pula. Siapa tahu.
Namun, aku bagi empat perlawanan awal sebagai penanda aras arahala pasukan NS Matrix di Liga Premier 2015 ini.
Aku katakan begitu kerana empat pasukan yang bakal ditemui itu adalah sangat misteri kekuatannya musim ini.
Tiga daripadanya adalah saingan di musim lalu tetapi dikatakan turut membuat persiapan rapi musim ini. Manakala KUANTAN FA pula adalah Juara Liga FAM 2014 dan bakal diperkuatkan oleh Rahman Zabul, anak watan Felda Lui Muda yang pernah membantu NS di zaman gemilangnya.
Jika keempat - empat pasukan itu, berjaya diatasi dengan mudah, bolehlah kita [ para PSNS ] meningkatkan sokongan demi menjayakan MISI TIDAK MUSTAHIL itu.
CUIT SIKIT:
Dengan Forkey Doe begitu menyerlah di perlawanan ujian, aku fikir di perlawanan sebenar pun begitu juga.
Namun, apabila saingan sebenar berlangsung, bolehkah NS Matrix meneruskan hidup sekiranya Forkey Doe tidak dapat bermain?
Setakat ini, siapakah Forkey Doe yang kedua?
HOBEN JANG HOBEN!