Dikatakan, inilah barisan NS untuk menghadapi Liga Premier, Piala FA dan mungkin Piala Malaysia 2014.
Aku katakan mungkin kepada Piala Malaysia kerana hanya yang terbaik di Liga Premier layak secara automatis ke Piala Malaysia.
Masih ada ruang dan tempat kosong buat pemain impot yang rancak diuji sekarang ini.
Dan, yang pasti, cabaran pusingan pertama Piala FA adalah;
Empat daripada lapan pasukan yang sebaris dengan NS di Piala FA adalah pasukan Liga Super. Tiga pasukan termasuk NS daripada Liga Premier. Dan, Harimau Muda C daripada Liga FAM.
Peluang NS tetap cerah. Sekurang - kurangnya layak ke Suku Akhir sebagaimana musim lalu.
CUIT SIKIT:
Boleh dikatakan, selain membawa masuk V. Sundramoorthy yang menang Liga Super 2013 bersama Lions XII, NS tidak membawa masuk sebarang nama besar di kalangan pemainnya.
Mungkin ini langkah PBNS untuk kekal berjimat cermat kerana kekangan bajet. Atau, PBNS mahukan para pemain ini [ yang muda - muda ] menyinar di NS sepertimana yang dilalui oleh Nazrin Nawi musim lalu.
Malangnya, tidak ramai pula pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat ke skuad utama.
Jika benar - benar mahu berjimat, eloklah dinaikkan pangkat beramai - ramai pemain Piala Presiden seperti yang pernah dilalui oleh Kembar Razak dan barisan pemenang emas bola sepak Sukma 2004 itu.
Sepatutnya, selain Duan Pasoh Tigo dan Kapten Kahar, lebih ramai lagi pemain daripada Skuad Sukma 2012 lalu, dinaikkan pangkat ke skuad utama. Memang mereka tidak menang pingat pun. Tetapi, jika akhirnya hanya dua yang layak ke skuad utama, maknanya, aspek pembangunan PBNS telah menemui jalan buntu.
Sesuatu yang malang buat generasi baru bola sepak NS, sekiranya ia benar - benar berlaku.