Jumlah Paparan Halaman

22.4.17

MENCARI YANG KETIGA.....

Pusingan awal, sudah. Suku Akhir, Sudah. Separuh Akhir, PASTI. Akhir, BOLEH JADI : MUNGKIN : BAKAL : TIDAK : TIDAK PASTI.

Mungkin itulah yang sedang bermain - main difikiran para SYS dan PSNS yang masih lagi dibuai gumbira sejak malam tadi.

Di hadapan 20,736 [ https://www.pengurusanbolasepakfam.org.my/livescore/index_game4?game_no=147 ] orang penonton bertiket, NS layak ke Separuh Akhir Piala FA 2017 tanpa perlu menjaringkan gol di Paroi.

Sebenarnya, NS sudahpun layak ke Separuh Akhir, sejak tiga minggu lalu apabila menang tipis di Kota Kinabalu.

Game semalam memang menghampakan para SYS dan PSNS yang mahu bersorak setiap kali jaring gol lawan bergegar. Namun, sesekali, elok juga rasanya kita bersorak dan diiringi ohhh atau ahhhh kerana bola hinggap di tiang atau palang gol lawan. Baru ada thrill [ a sudden feeling of excitement and pleasure ].

CUIT SIKIT:

NS memang dahsyat di Piala FA ni. Kalau gi final, kompom JOHAN. Setakat inilah;
DUA SUDAH DAPAT, tinggal lagi dua. Tetapi, carilah yang ketiga dulu. Yang keempat tu, coming soon.

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH