Jumlah Paparan Halaman

18.2.17

TAHNIAH PBNS.....



Musim ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan telah menghadirkan kembali keterujaan para PSNS dan SYS.

Bukan mahu memuji, tetapi rekod setakat ini, SERATUS PERATUS. Kalau tak puji, nak marah tak mungkin. Nak keji, laielah menyimpang jauh. Nak buek donno, bukan PSNS namo eh.

Bilo maso perlu puji, kito pujilah. Sampai maso mengutuk, kito kutuk kaw - kaw dan bertaraf tapir amo badak.

Ini rekod setakat ini;
Memang begitu rekodnya. Cuma, setakat empat perlawanan Liga Premier 2017, NS belum keluar dari Paroi. Main "away" pun di Paroi. Belum teruji sepenuhnya. Belum boleh angkat DUA IBU JARI. But, good still good. Takkan nak kata bad pulak.

CUIT SIKIT:

Begitu pun, aku masih berasa ngeri dan fobia dengan kes penjualan "top scorer" di pertengahan musim lalu sehingga menyebabkan prestasi baik menjadi sebaliknya di akhir musim.

So, aku harap pihak yang paling berkuasa di dalam PBNS, agar berTAUBAT untuk tidak mengulangi KESILAPAN dan KESALAHAN lalu.

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH