Jumlah Paparan Halaman

22.12.16

PIALA FA UNTUK APA?.....

Bagi yang kurang faham, Piala FA Malaysia diwujudkan sebagai pertandingan berformat KALAH MATI.

Penyertaannya terbuka kepada semua pasukan yang bermain di Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia dan juga Liga FAM.

Sebagai imbalan kepada pasukan yang menjuarai pertandingan ini, FAM akan mencalonkan mereka ke PIALA AFC di tahun berikutnya.

Contohnya, JDT menjuarai Piala FA 2017 dan bakal bermain di Piala AFC 2017. Namun demikian, oleh kerana JDT adalah pasukan daripada suku dan kelas berbeza, mereka layak bermain di Liga Juara - Juara Asia 2017 asalkan melepasi pusingan kelayakan.

Gantian wakil Malaysia di Piala AFC 2017 sekiranya JDT layak bermain di Liga Juara - Juara Asia 2017 adalah Kedah. Kelayakan Kedah bermain di Piala AFC bukan sebagai Juara Piala Malaysia 2016. Tetapi, sebagai pasukan nombor tiga Liga Super Malaysia 2016.

Standard pasukan dari Malaysia [ kecuali JDT ] adalah menyertai Piala AFC sahaja. Standard JUARA PIALA MALAYSIA pula adalah JAGUH KAMPUNG yang tidak membawa pasukan berkenaan ke mana - mana pertandingan di peringkat lebih tinggi.

Mungkin anda tertanya - tanya mengapa KEDAH, bukan PKNS FC sebagai gantian kepada JDT?

Jawapannya mudah. Di mata AFC, Juara Piala FA adalah lebih tinggi berbanding Juara Liga. Sebab itu penyertaan JDT sebagai Juara Piala FA tidak boleh diganti oleh PKNS FC sebagai Naib Juara atau Naib Johan Piala FA Malaysia 2016.

APA MASALAHNYA?

Masalahnya adalah undian Piala FA 2017 yang diadakan hari ini menyaksikan sikap cuai, alpa dan juga tidak peka pihak penganjur.

Atas format undian terbuka kononnya, FAM & FMLLP langsung tidak mengambilkira kesudahan pertandingan ini apabila keputusan undian seperti ini;

APA YANG TIDAK KENA?

Di Malaysia, undian secara terbuka dan bersifat MEMBUNUH GERGASI ini amat tidak sesuai atas apa sebab sekalipun.

Di Malaysia, standard antara pasukan tidak sama. Malah hampir 80 peratus pasukan berada di tahap sederhana. Buktinya, sembilan daripada 12 pasukan di Liga Super 2016, gagal mendapat 30 mata daripada 22 perlawanan. Malah, pasukan tercorot Liga Super gagal meraih 20 mata pun.

Sebagai rekod, JDT menjurai Liga Super 2016 dengan pungutan 58 mata. Felda United dengan 43 mata di tangga kedua, manakala Kedah hanya mampu memungut 37 mata.

Itu belum dibandingkan dengan pasukan di Liga Premier dan Liga FAM. Lagi jauhlah standardnya.

PANDANGAN LIMO SEN DEN:

Selagi FAM dan FMLLP tidak cermat dengan format undian, selagi itulah kualiti pertandingan bola sepak di Malaysia ini tetap di takuk lama.

Bukankah lebih baik dan lebih masyuk sekiranya ditetapkan pasukan Liga Super bertemu dengan pasukan Liga Premier dan Liga FAM di pusingan kedua ini.

JDT lawan Felda United bakal mendatangkan hasil lumayan. Tetapi pertarungan A31 vs A32 tu berapa pulak hasilnya? Silap - silap elaun pengadil pun tak lepas.

Kalau dah GERGASI berbunuhan sesama sendiri di peringkat awal, Final nanti bagaimana meriahnya?

CUIT SIKIT:

Transformasi konon. PEGI DAH.
Peluang untuk pasukan buat duit kau tak ambilkira.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH