Jumlah Paparan Halaman

29.8.16

NS MASIH DI LANDASAN.....

Usai Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016, lapan pasukan masih berada di landasan ke Shah Alam.

Bagaikan berpakat, dua kemenangan tipis dan dua keputusan seri dicatatkan oleh lapan pasukan yang terlibat.

Selesa?

Bagi aku, belum ada pasukan yang boleh dikatakan cukup selesa. Peraturan jaringan gol di tempat lawan menjadi pertaruhan di pusingan kedua nanti.

PDRM menang tipis bersama dua kad merah untuk pemainnya. Pusingan kedua belum menjanjikan syurga buat mereka. Sedikit kelebihan untuk timbal balas di Paya Rumput nanti.

Selangor dan PKNS FC bakal bertempur lagi. Sekali lagi, aku jangkakan pertempuran sengit bakal berlangsung. Dua gol diperlukan oleh PKNS untuk menyingkirkan Selangor.

FELDA UNITED mungkin sedikit selesa kerana ada jaringan di tempat lawan. Sesuatu yang pastinya menjadi idaman semua pasukan yang bersaing di peringkat kalah mati ini.

Aku tahu ramai PSNS dan SYS yang tidak gemar dengan laporan media yang mengaitkan betapa KEDAH bakal menang mudah apabila menghadapi NS.

Seri tanpa jaringan merupakan jalan sukar yang dipilih KEDAH. Biarpun bakal turun di Alor Setar 17 September nanti, KEDAH tidak mungkin berasa selesa. Malah, mereka mungkin lebih tertekan selaku Naib Juara Piala Malaysia 2015.

Sebarang keputusan SERI DENGAN JARINGAN, sudah cukup untuk NS melangkah ke Separuh Akhir.

CUIT SIKIT:

Kepada anda yang mengharapkan impian mustahil menjadi nyata, tunggulah 17 September nanti.

Jang Mudo mungkin lebih selesa bermain di arena lawan. Tanpa tekanan, Jang boleh membuat kejutan.

Menang mungkin sukar. Seri cukuplah. Kalah jangan sekali. HOBEN JANG HOBEN!

24.8.16

MELAKA KE LIGA SUPER, NS KE SHAH ALAM.....

Selesai perlawanan ke 19 Liga Premier 2016, hanya Melaka United dan Johor DT II masih dalam persaingan untuk muncul juara. PKNS FC pula bergantung kepada keputusan MD 20 nanti.


Peluang NS di Liga Premier musim ini hanyalah setakat menduduki tangga ke 4. Tidak lebih dan tidak kurang. Silap - silap, boleh jatuh ke tangga lebih bawah lagi.

Kita ucapkan TAHNIAH dan SYABAS buat Pengurusan, Pemain dan Penyokong Melaka United sebab bersungguh - sungguh menyediakan pasukan untuk naik ke Liga Super.

Sekian lama di Liga FAM, Melaka United nampak gayanya hanya perlu semusim sahaja di Liga Premier.

Di sempadan sebelah utaranya, ada satu pasukan yang bersungguh - sungguh tak mahu naik pangkat [ Liga Super ]. Sebab itu ada pasukan yang tengah sedap, tiba - tiba dibubarkan separuh jalan. Ada penyerang bertahap top scorer dibuang di pertengahan musim.

Agak - agaknya mereka mahu turun ke Liga FAM la pulak. Boleh jadi juga. Sebab pasukan itu belum merasa bermain di Liga FAM.

CUIT SIKIT:

Tak mengapalah. Tak mahu naik pangkat tak apa. Tapi yang ni, jangan pulak dilepaskan.


Kena maki kau nanti.
HOBEN JANG HOBEN!

21.8.16

SENGSARA MELAKA UNITED BERMULA DI PAROI.....

Setakat ini, MELAKA UNITED gah di persada Liga Premier 2016 biarpun tersadai di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.


Mereka cuma perlukan EMPAT mata daripada empat perlawanan untuk bergelar Juara Liga Premier dan layak ke Liga Super 2017. Secara mudahnya, mereka hanya perlu empat seri sahaja. Tak menang tak mengapa. Asalkan jangan kalah.

Bab asalkan jangan kalah ni, MELAKA UNITED ada masalah besar. Sebabnya? Perhatikan bakal lawan mereka;


Tiga lawan mereka bertaraf heavyweight. Johor DT II dan PKNS FC adalah dua pasukan yang masih berpeluang menjuarai liga. NS pula sedang mengintai tempat kedua. Sime Darby FC pula semakin liat untuk ditewaskan selepas Aidilfitri.

Berbaki empat perlawanan, laluan juara untuk Melaka United memang berliku. Silap - silap kena potong tang selekoh terakhir la pulak.

Dan, sengsara itu bermula Selasa ini;


CUIT SIKIT:

Selamat ke Paroi buat penyokong Melaka United.

Memang peluang juara sudah tertutup buat NS. Tetapi bukanlah satu dosa menjadi pengacau dan mengintai tempat kedua. Biarpun tipis, tidak salah untuk mencuba.

HOBEN JANG HOBEN!

TM PIALA MALAYSIA 2016, LALUAN NS KE SHAH ALAM.....

21 Ogos 2016 di Malaysia menjadi noktah buat enam belas pasukan yang bersaing di Piala Malaysia 2016. Lapan terkandas, lapan lagi ke peringkat kalah mati.

Kedudukan terkini enam belas pasukan mengikut kumpulan masing - masing;

PERAK pastinya menjadi pasukan paling kecewa kerana dipintas di selekoh terakhir oleh PDRM dan PKNS FC.

Lapan pasukan yang bakal menuju ke pentas final;

Berbanggalah kito kerana NS ada di sinun. Daripada lima wakil Liga Premier, dua pasukan berjaya ke Suku Akhir, Negeri Sembilan dan PKNS FC.

Ketiadaan wakil pasukan bangsawan di peringkat ini, janganlah diungkit - ungkit. Biarkanlah mereka dengan citarasa mereka.

Laluan ke SHAH ALAM;


Tarikh muktamad semua perlawanan tertakluk kepada FMLLP.


CUIT SIKIT:

Akibat kekalahan kepada ATM di Temerloh 15 Ogos lalu, peluang NS untuk menjuarai Liga Premier sudah TERTUTUP RAPAT. Peluang untuk bergelar Naib Juara pun, agak samar - samar.

Jadi, inilah masanya untuk PBNS membuktikan betapa rombakan ke atas pasukan semasa jendela perpindahan kedua baru - baru ini, adalah berbaloi.

Caranya? Pastikan pasukan sampai ke Shah Alam pada 29 Oktober nanti.

HOBEN JANG HOBEN!

15.8.16

TUAN PRESIDEN, BANGUNLAH.....

Apabila pasukan di bawah kawalan anda berprestasi begini;
Apabila pasukan di bawah kawalan anda gagal menewaskan dua pasukan corot berturut - turut maknanya, anda macam cencorot.

Apabila pasukan anda tewas kepada ATM dan tak boleh menang lawan Sime Darby, ianya bermaksud, pasukan anda ada masalah besar.

Makno eh, pasukan anda sedang bergolak secara dalaman. Mungkin tanpa anda sedari. Mungkin juga anda dilekakan dengan nyanyian lagu rebana yang sumbang rentaknya.

CUIT SIKIT:

Tuan Presiden, bangunlah untuk memperbaiki kerosakan oleh tangan - tangan hitam dan putih yang berada di sekeliling PBNS tu.

Erti lain di sebalik kekalahan kepada ATM di Temerloh sebentar tadi adalah, PBNS bungkor.

Bangunlah Tuan Presiden. Buanglah segala pijat, hama dan langau di Medan Rahang tu.
Sampah sarap yang banyak tu, mintaklah pihak MPS lupuskan.

11.8.16

TM PIALA MALAYSIA 2016 UNTUK NS?.....

Aku percaya para PSNS dan SYS masih riang dan gembira kerana NS menang kelmarin.

Keputusan yang disambut bercampur baur sebenarnya. Ramai penyokong mahukan kejayaan di Liga Premier dan kembali ke Liga Super 2017. Kemenangan di Piala Malaysia hanyalah satu bonus dan dividen sahaja.

Namun,dengan keupayaan pasukan NS sendiri yang amat sukar mengekalkan momentum kejayaan, aku fikir, eloklah PBNS memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Piala Malaysia 2016.

Lima perlawanan tanpa menang selepas aidilfitri di Liga Premier tetapi mencatat tiga kemenangan [ dua di arena lawan ] dan satu kalah di Piala Malaysia memberikan gambaran betapa pasukan NS tahun ini mungkin amat sesuai untuk bermain di liga singkat seperti Piala Malaysia ini.

Liga beronti - beronti dan panjang seperti Liga Premier dan Liga Super ini, tak sesuai buat NS agaknya. Cam naik bas beronti - ronti la. Boring dibuek eh.

Setakat ini, hanya KEDAH dan KELANTAN yang telah mengesahkan tempat ke Suku Akhir tetapi bagi semua pasukan di nombor tiga dan empat setiap kumpulan, mungkin peluang mereka bakal berakhir hujung minggu ini. Bergantung kepada minat dan kesungguhan mereka terhadap saingan Piala Malaysia ini.

CUIT SIKIT:

Jika kedudukan pasukan kekal sehingga tamat saingan kumpulan, maka laluan seterusnya adalah seperti berikut;
NS bakal berentap dengan KEDAH / PDRM / KELANTAN dalam laluan ke Final. Lawan sapo? Anda kajilah sendiri.

Boleh ke masuk final? Boleh jer. Tetapi tunggulah keputusan perlawanan dengan Melaka di Paya Rumput, Jumaat ini.

HOBEN JANG HOBEN!

4.8.16

NS JUARA LIGA PREMIER 2016?.....

Milik pasukan mano? Utara? Selatan? Timur? Barat? Tengah? Tepi?

NS masih ado peluang. Tak cayo? Poi tanyo kenkawan yang melepak di Medan Rahang tu.

Poi tanyo segala macam penasihat dan punahsihat pasukan NS, apo peluang eh?

Memang ada peluang sebab masih ada enam perlawanan sebelum juara menjulang piala dan melangkah ke Liga Super 2017.

Tetapi, peluang NS bagaimana ketika ini;
CUIT SIKIT:

Menamatkan saingan pusingan pertama selaku nombor tiga, setakat ini, NS hanya menang sekali daripada lima perlawanan di pusingan kedua. Boleh muncul juara lagi ke?

Buat masa ini, NS hanyalah calon kelima untuk menjuarai Liga Premier 2016 dan kembali ke Liga Super 2017.

Mengharapkan tiga pasukan teratas tewas kesemua baki perlawanan mereka samalah seperti mengharapkan Malaysia menang Piala Asia dan Piala Dunia.

Buat para PSNS dan SYS, setialah kita bersama untuk terus menikmati musim indah dan meriah di Liga Premier 2017.

HOBEN JANG HOBEN!

2.8.16

KEPUTUSAN UNDIAN AFF SUZUKI 2016.....

Kejohanan bola sepak dwi-tahunan ASEAN atau AFF Suzuki Cup akan berlangsung hujung tahun ini.

Filipina dan Myanmat bakal mengambil giliran sebagai tuan rumah untuk peringkat kumpulan.

Bagi peringkat Separuh Akhir dan Akhir, ianya akan diadakan secara timbal balas atau timbal balik di arena pasukan yang terlibat.

Undian kumpulan telah dilangsungkan di Yangon, Myanmar sebentar tadi;
CUIT SIKIT:

Nampak macam mudah untuk Separuh Akhir. Tetapi Myanmar selaku tuan rumah peringkat kumpulan boleh menjadi pengacau dan penyingkir. Pilihan utama pastinya Vietnam.

Bagi PSNS, NS tidak kalah di Kota Kinabalu tetapi semakin jauh daripada Liga Super 2017.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH