Jumlah Paparan Halaman

30.9.14

ADA YANG TERTIDUR DI KELANA JAYA.....

Hari ini bakal berlangsung dua perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan Asia Ke 17 di Incheon. Korea Selatan berhadapan Thailand, manakala Korea Utara bakal berentap dengan Iraq.

Penentuan pingat emas, perak dan gangsa akan berlangsung pada 2 Oktober. Tiga hari menjelang Hari Raya Korban.

Tetapi yang lebih menarik adalah apa yang bakal berlaku pada 3 Oktober nanti. Bukan di Incheon tetapi di negara kita.
Sekiranya ada pasukan yang kalah teruk di Suku Akhir Pertama ini, maka bolehlah dianggap mereka menjadi korban sempena Aidil Adha nanti.

Perlawanan terakhir Piala Malaysia 2014 adalah pada 3 September lalu. Sebulan berehat, pasti aksi pemain kembali ke tahap O. Momentum pasukan sudah lama berakhir. 

Jadi, jangan harap aksi tahap superb daripada pasukan superstar. Jangan dipandang enteng pasukan tanpa bintang. Semuanya kembali kepada asal.

Percayalah. Bakal berlaku kejutan Jumaat nanti.

CUIT SIKIT:

Selepas Suku Akhir selesai 18 Oktober nanti, tidak diketahui secara rasminya jadual Separuh Akhir.

Setakat ini FAM menerusi
www.fam.org.my 
dan
www.pengurusanbolasepakfam.org.my
tidak atau belum mengeluarkan apa - apa info berkaitan perlawanan Separuh Akhir dan Akhir pertandingan ini.

Boleh jadi selepas tamat Suku Akhir ini, maka tamatlah musim bola di Malaysia untuk tahun ini.

Mungkin juga, pihak Sekretariat FAM di Kelana Jaya sedang tertidur dengan lenanya. Maklum sahaja, Skuad Bawah 23 Tahun dengan bangganya GAGAL ke Suku Akhir Bola Sepak Sukan Asia.

Bab info - info terkini ni, Datuk Midin lagi teruk berbanding Datuk Judin selaku Boss pentadbiran FAM.

SUA FAM, bangun dan tolong tengok apa yang berlaku di pejabat besar FAM tu.

4.9.14

KEDAH MEMULAKAN SENSASI.....

Kedah menjadi sensasi Piala Malaysia 2014. Potong konar. Cilok selekoh akhir. Katakan apa sahaja. Peringkat kumpulan ini menjadi milik Kedah.
Melengkapkan sensasi itu, Felda United, PDRM dan Kedah sendiri adalah Juara Kumpulan masing - masing. Persamaannya, mereka adalah pasukan Liga Premier.

Usai peringkat kumpulan, lapan pasukan bakal meneruskan saingan di peringkat kalah mati.

Jadual tidak rasminya;
Kalau anda berniat untuk menyaksikan Final diantara Harimau melawan Gergasi, lupakanlah. JDT dan Selangor dijangka bertemu di Separuh Akhir.

Berdasarkan susunatur di atas, jangan terkejut jika Felda United dan PDRM berentap di pentas akhir nanti.

CUIT SIKIT:

Jika benar - benar berlaku Felda lawan Polis di final, meriahlah Stadium Nasional dengan kerusi, wartawan dan para petugas.

Penyokongnya? Mungkin Felda boleh mewujudkan penyokong jadian seperti di Final Piala FA lalu. Tetapi PDRM, nak cekau di mana?

Mungkin lebih sensasi jika tiket diberikan secara percuma supaya stadium dipenuhi penonton berkecuali.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH