Jumlah Paparan Halaman

24.8.14

TAMAT PUSINGAN PERTAMA.....

Tamat pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2014, belum ada satu pun pasukan yang sah tersingkir.

Belum juga muncul pasukan yang telah mengesahkan tempat di Suku Akhir. Namun, Perak dan PDRM setakat ini telah muncul sebagai pasukan yang mengejutkan.

Secara matematiknya;
semua pasukan masih berada di landasan yang betul ke Suku Akhir.

Tamat pusingan pertama, hanya PDRM meraih keputusan 100% MENANG.

Penentuan lapan pasukan ke Suku Akhir bermula di sini;
Pasukan yang kalah di arena sendiri Sabtu lalu [ PAHANG, SARAWAK, PULAU PINANG, ATM,  dan SIME DARBY], boleh menterbalikkan keputusan itu di pertengahan minggu ini.

CUIT SIKIT:

Pertembungan ketiga Felda United dan Pahang Selasa ini, bakal menjadi penentuan siapa hebat diantara dua Finalis Piala FA 2014 itu.

Paling menarik tentunya PDRM lawan Selangor di Paroi, 30 Ogos ini.

20.8.14

AKSI PIALA MALAYSIA DI PAROI.....

Kaki bola NS khususnya di sekitar Seremban, mungkin sudah lupa bagaimana seronoknya menyokong pasukan di pertandingan Piala Malaysia.

Maklumlah, kito sudah samo standard eh ngan Kulumpo dan Melako.

Namun, Sabtu ini dikhabarkan bakal berlangsung perlawanan;
Kok dah abih beghayo, datanglah nengok PDRM lawan T - Team. Kok sompek, tontonlah di tv. Lamo ghaso eh, stadium Paroi tak keluar tv.

CUIT SIKIT:

Jadilah, jangan tak menghaso.

15.8.14

PIALA MALAYSIA 2014-MD1.....

Usai perlawanan pertama, tiga pasukan pilihan mendahului kumpulan masing - masing.

PAHANG, JDT dan Selangor mencatat kemenangan pertama. Satu lagi pasukan pilihan, TERENGGANU, gagal mencapat sebarang mata setelah kalah di Kuching.

Kedudukan setiap kumpulan;

Tiga daripada lima pasukan daripada Liga Premier meraih mata di perlawanan pertama. Lebih garang, tentunya PDRM yang menewaskan Sime Darby 3 - 0 di Selayang.

MD2 bakal menampilkan saingan yang lebih sengit;
Kedudukan dalam kumpulan pasti berubah selepas itu.

CUIT SIKIT:

Seorang sahabat fb aku sempat bertanya keputusan perlawanan NS di Piala Malaysia semalam.

Hampeh!

12.8.14

SIARAN LANGSUNG PIALA MALAYSIA 2014.....

RABU 13 Ogos 2014 bakal menjadi detik permulaan kepada satu lagi kejohanan bola sepak Piala Malaysia yang penuh sejarah, drama dan nostalgia.

Sejarah dan nostalgia itulah yang menjadi pertaruhan kerana Juara Piala Malaysia tidak akan ke mana - mana. Dalam ertikata lainnya, mana - mana pasukan juara tidak akan mewakili Malaysia ke pertandingan di peringkat Asia musim hadapan.

Namun, menjadi juara Piala Malaysia pasti memberikan kepuasan tidak terhingga kepada setiap pasukan. Cukuplah menjadi bahan sejarah dan nostalgia.

Jadual siaran langsung esok;

Perlawanan Pahang menentang JDT II juga boleh ditonton di Astro 802 [HD].

CUIT SIKIT:

Apabila FAM menjadualkan perlawanan pada hari Khamis, maka siaran langsung seterusnya adalah;
Para penyokong Sarawak, Terengganu, Selangor, Sime Darby dan PDRM yang tidak berkesempatan ke stadium, jangan marah yo.

5.8.14

PIALA AFF SUZUKI 2014, NGAUMAN KALLANG SEDIA MENANTI.....

Berakhir undian rasmi Piala AFF Suzuki 2104 di Hanoi, hari ini.
Hasilnya;

Dua lagi pasukan bakal ditentukan menerusi;

CUIT SIKIT:

Aku fikir, ego Seberang tambak pastinya semakin tinggi apabila sekumpulan dengan Malaysia.

Mereka yang dididik dengan sikap kiasu pastinya tidak rela kalah di tangan Abang Besar ini.

Tambahan pula aksi Kumpulan B akan berlangsung di sini;
Stadium Nasional Singapura yang dibangunkan semula di tapak stadium lama di Kallang.

Geng Otai tentunya amat mengetahui Kallang Roar atau Ngauman Kallang yang sangat menakutkan para pemain Malaysia di sekitar tahun 1970'an dan 1980'an lalu.

Selamat Maju Jaya Dollah Salleh.

1.8.14

OGOS YANG SIBUK.....

Bermula 5 Ogos ini, bola Malaysia kembali sibuk setelah usai berpuasa dan beraya.

Jadual bola sepanjang bulan ini;
Harimau Bosa [ takkan nak sobut Harimau Tuo lak, sobab adik eh digolar Harimau Mudo ] bakal menjalani ujian pertama di bawah kendalian DS, jauh di rantau orang.
Ada atau tidak siaran langsung, kita tunggulah info daripada Astro Arena.

Selepas itu, tatkala para penyokong enam belas pasukan lain sedang bersorak di stadium seluruh negara, para Jang dan Milah bolehlah mengadakan rombongan ke Melaka.

Kita sokonglah adik - adik kita yang bakal bermain di Piala Belia 2014. Jadual eh, sila rujuk di posting lalu atau di;


CUIT SIKIT:

Kalau nak tahu pasal Tajikistan ini, carilah di;
kocik2 comel. dah bosa tontu lawa.

Maaf Zahir & Bathin.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH