Jumlah Paparan Halaman

26.4.14

AMUKAN K-POP.....

Kim Jin-Ryong [ KJR ] satu nama yang mungkin tidak dikenali suatu masa dulu. Beliau bukanlah bintang K-Pop yang menjadi kegilaan ramai.

KJR hanyalah seorang pemain bolasepak yang bukan bertaraf bintang seperti Park Ji-Sung itu.

Berbeza dengan Park Ji-Sung yang sempat meraih nama di Piala Dunia 2002, KJR hanya mencipta nama di Negeri Sembilan.

Begitu pun, KJR memilik kelebihan kerana boleh bermain di dua posisi secara baik. Pertahanan dan Penyerang.
Setakat ini, NS adalah satu - satunya pasukan di luar Korea Selatan yang menjadi destinasinya.

Dan, di NS, KJR memerlukan banyak masa untuk meledak. Dan, sebaik sahaja menemui sentuhan, KJR telah meledak 6 gol menerusi 7 perlawanan. Tambah baik, beliau konsisten menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir NS.

Setakat ini, KJR berada di senarai teratas penjaring gol NS dan di tangga ke 7 Liga Premier bersama Indra Putra Mahayuddin [ Felda United ], Marwan Sayedeh [ Sabah ] dan Titi Buengo [ Pulau Pinang ]. Pendahulu senarai penjaring gol Liga Premier adalah Edward Wilson Junior [ Felda United ] dengan 14 gol.

CUIT SIKIT:

Membuka semula tirai Liga Premier Mei ini, KJR bakal berhadapan mantan kapten NS. Shukor Adan [ Felda United ] yang pastinya menjanjikan pelbagai aksi menarik.

Bagi yang berkesempatan, silalah ke;
HOBEN JANG HOBEN!

14.4.14

KALI PERTAMA NS SKOR 3 GOL....

ISNIN 14 April 2014, setelah 1,080 minit bertarung di Liga Premier, akhirnya NS berjaya menjaringkan 3 gol ke atas pihak lawan.

Keputusan penuh;

Carta Liga;

Masih di tangga ke 4. Namun, ada banyak perubahan positif telah berlaku. Inilah yang dimahukan oleh PSNS sebenarnya.

NS perlu berterusan mempamerkan watak pencabar serius dua tempat teratas liga. NS wajib membuktikan KPI [ naik semula ke Liga Super 2015 ] bukan angan - angan.

CUIT SIKIT:

Jika benar NS mahu kembali ke Liga Super 2015, momentum dua kemenangan berturut - turut ini perlu diteruskan Jumaat ini.
Mungkinkah jaringan pertama Philani bakal kita saksikan?

Samo - samo kito ke Paroi. HOBEN JANG HOBEN!


TQ EFFA OWONA.....

Effa Owona akhirnya menamatkan kontrak bersama NS. Bukan masalah prestasi tetapi kerana kecederaan jangka panjang.

Penggantinya;
Selamat Datang Philani.
Foto Ihsan wall fb; FC Philani
CUIT SIKIT:

Sekadar rekod, Owona telah menjaringkan empat gol untuk NS musim ini. Musim 2012 - 23 gol, 2013 14 gol [ Terengganu ].

Biarpun diselubungi masalah kecergasan dan kecederaan, Owona muncul antara pemain impot terbaik NS setakat ini.

Cabaran terbesar buat Philani, pastinya mengatasi rekod baik Owona sebagai pencetak gol untuk NS.

Mungkinkah DRB-Hicom menjadi sasaran pertama? Sama - sama kita nantikan.

10.4.14

TEROWONG MISTERI.....

Isu terowong Larkin semakin pelik. Semakin rumit. Semakin hilang daripada radar FAM.

Sama misterinya dengan kehilangan MH370 itu. Malah lebih misteri kerana turut melibatkan pelbagai pihak, termasuk Kedutaan Brazil.

CUIT SIKIT:

Memang misteri jika begini keadaannya;

Foto ihsan TERENGGANU FC.

7.4.14

B+ UNTUK NS.....

7 April 2014 telah menoktahkan NS berada di tangga ke 4 Pusingan Pertama Liga Premier Malaysia.

Keputusan dua perlawanan hari ini menyaksikan NS kekal di kedudukan itu apabila KEDAH tewas 0 - 1 kepada Felda United di Selayang. Manakala PDRM terus menerajui takhta liga setelah menang 2 - 0 ke atas UiTM FC di Shah Alam. 
NS ketinggalan 11 mata dengan PDRM selaku pendahulu liga. Lapan mata berbanding Pulau Pinang di tangga kedua dan empat mata di belakang Felda United selaku pasukan ketiga terbaik pusingan pertama liga.


Imbas kembali pusingan pertama yang telah diharungi secara berwarna - warni oleh NS;
Empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan di awal Mac. Itulah yang menjarakkan NS dengan tiga lagi pasukan teratas. Paling mengharukan adalah kekalahan 1 - 3 kepada Pulau Pinang di Paroi.

Analisa pencapaian;
Geraf Pencapaian;
CUIT SIKIT:

Bersandarkan kepada permarkahan dan penggredan Sijil Pelajaran Malaysia, di mata aku, NS cuma mendapat;
Ghaso cam tak berbaloi je pencapaian tersebut. Yang melatih adalah Jurulatih berprofil tinggi kerana menjuarai Liga Super 2013 bersama Lions XII FC.

Yang menguruskan pasukan adalah Presiden PBNS sendiri [ kemudiannya serah baton kepada adik ]. Yang membantu Pengurus adalah 3 Datuk yang mempunyai pelbagai kepakaran.

Yang mungkin terus membeli tiket untuk menonton Liga Premier 2015 adalah PSNS. Cam seram pulak ayat tu.

3.4.14

JADUAL PUSINGAN 2 LIGA PREMIER 2014.....

Esok bakal berakhir Pusingan Pertama Liga Premier 2014 untuk Negeri Sembilan.
Setakat ini, NS hanya berada di tangga ke 5 liga. Amat jauh untuk mencapai KPI PBNS iaitu, menduduki salah satu daripada dua tempat teratas liga.

Bermula 4 April, NS bakal menghadapi 11 lagi perlawanan liga;
Di peringkat ini, tiada lagi alasan sekiranya tidak memenangi perlawanan yang sepatutnya boleh menang.

Enam perlawanan di Paroi wajib memberikan 18 mata jika mahu berada di dua tempat teratas itu.

Jika gagal meraih mata maksima di Paroi, eloklah PBNS menukar KPI kepada KEKAL DI LIGA PREMIER SAMPAI BILA - BILA.

CUIT SIKIT:

Perlis bukan lawan mudah biarpun mereka bukanlah yang terbaik. Jika NS gagal mendapat mata di Alor Setar esok, wajiblah Tok Mat dan Kepimpinan PBNS mengkaji semula Team Kejurulatihan dan Barisan Pemainnya.

HOBEN JANG HOBEN!

1.4.14

BERAKHIR.....

Perlawanan bola sepak Liga Premier Jumaat lalu BERAKHIR dengan keputusan, Negeri Sembilan 1 UiTM FC 0.

Perlawanan tersebut diTAMATkan menerusi tiupan wisel panjang oleh Pengadil Bertugas.

USAI perlawanan, para penyokong setia NS bersorak gembira kerana inilah kemenangan pertama NS di bulan Mac.

Sebelum ini, NS telah melalui empat perlawanan di bulan Mac yang keputusannya BERAKHIR dengan seri atau kalah.

Dengan kemenangan itu, BERAKHIRlah kemarau kemenangan NS. Kali terakhir NS adalah pada 14 Februari lalu. Ketika itu, NS menewaskan Kedah 1 - 0 di Alor Setar.

CUIT SIKIT:

BERAKHIR / TAMAT / USAI membawa maksud kepada FINISH.
FINISH adalah BERAKHIR.
BERAKHIR adalah BERHENTI.
BERHENTI adalah LETAK JAWATAN.
LETAK JAWATAN adalah PENCEN.
PENCEN adalah AYAM.

Jangan pamerkan prestasi CAP AYAM di mata dunia. Malu Kito Jang.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH