LM2015

LM2015
SELAMAT BERJUANG.....

Jumlah Paparan Halaman

30.5.12

SEMUA SEKALI 20 HENGGET.....

Jun adalah bulan yang agak sibuk buat bola sepak Malaysia khususnya Skuad Harimau Malaya.

Senarai panjang perlawanan persahabatan antarabangsa sepanjang Jun, adalah seperti berikut;
Beberapa hari kemudian,
Selepas itu,
Agak menarik, semua perlawanan di Malaysia bakal berlangsung di Stadium Shah Alam yang baru sahaja selesai dibaiki kualiti rumputnya.

Semua perlawanan memerlukan bayaran sebanyak RM 20.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kekanak bawah 12 tahun. Harga biasalah tu berbanding harga tiket untuk Perlawanan Akhir Piala FA dan Piala Malaysia yang berharga sekali ganda daripada itu.

CUIT SIKIT:

RM 20 untuk menyaksikan Malaysia bertemu Filipina dan Singapura bukanlah sesuatu yang mahal kerana melibatkan pasukan kebangsaan.

Tetapi, jika yang di bawah ini pun harganya sama,
aku tak dapetlah nak ngomennyo. Kok dipikey - pikey, cam nak golak la pulak.

Malaysia U22 lawan Timor Leste U-22 harga tiketnya setengah daripada harga tiket Final Piala FA tempohari. 

Rujuklah di
Jika benar info berkenaan, aku fikir FAM kena kaji semulalah harga tiket untuk menyaksikan budak - budak tu bermain bola.
Tidak mungkin kos bermain di waktu petang dan malam, kosnya sama. Malah tidak mungkin juga kos Pemain Kebangsaan dan Bawah 22 Tahun sama.
Oppsssssssss, sorry. Kos menanam rumput baru tu memang sama kan? Tu pasal semua game dia pukul 20 hengget.
HE HE HE HE......

27.5.12

DAH KOJO DIO, BIALAH.....

Aku percaya ramai yang sudah rindu dengan kemeriahan di STAR PAROI kerana Liga Super berehat yang panjang sekarang ini.

Sebagai mengisi kerinduan itu, aku paparkan di sini beberapa catatan dari luar gelanggang.

Pertamanya, setakat 15 Mei, NS berada di tangga ke 3 liga. Sesuatu yang boleh dibanggakan dan bakal menarik lebih ramai lagi penonton ke stadium khususnya di Paroi. Itu biasa. Lebih banyak menang daripada kalah, lebih tinggi ranking di carta liga, pasti lebih ramai akan sayang.

Sementara menanti sepak mula di Melaka pada 16 Jun nanti, aku suka memaparkan catatan di bawah untuk tatapan bersama.....


Secara ringkasnya, di atas adalah pencapaian NS samada berjersi kuning [ tempat sendiri ] atau berjersi biru tua [ tempat lawan ]. ANDA nilailah sendiri samada NS sudah melakukan yang terbaik atau masih boleh diperbaiki pencapaian itu terutamanya bahagian yang bernama seri itu.

Ini pula graf pencapaian.....
Seterusnya, keputusan semua perlawanan di Paroi,
dan di tempat lawan,
Apa yang menarik ialah, Effa Owona mendahului carta Penjaring Gol Liga Super,
bukan sekadar buat NS tetapi untuk secara keseluruhannya. SATU GOL mengatasi Forkey Doe - Terengganu, Michal Kubala - Perak dan Shahril Ishak - Lions XII. Rujuk di sini untuk senarai seterusnya.

22 daripada 30 gol jaringan NS di Liga Super datangnya dari mesin pencetak gol yang sememangnya dibayar untuk melakukan kerja itu. Maknanya, setakat ini, mereka sudah melakukan KOJO DIO.
Apabila lebih 70 peratus jaringan datangnya daripada pemain penyerang, ia bermaksud pasukan itu sebenarnya telah melakukan sesuatu yang betul.

Jika pemain serangan telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain di bahagian lain, itulah yang terbaik.

Memang dalam bola sepak moden, setiap pemain boleh menjaringkan gol. Itu aku setuju. Tetapi, apakah makna yang tersirat apabila di hujung musim, pemenang Kasut Emas adalah PEMAIN PERTAHANAN?

Apabila PEMAIN PERTAHANAN lebih banyak menjaringkan gol, ia ibarat pemandu duduk di kerusi belakang, boss yang memegang stereng.

Seterusnya, kita lihat pula statistik pencapaian secara individu pemain penyerang NS ini.....
Biarpun menjadi gandingan di bahagian serangan dalam formasi mudah 4-4-2 kegemaran Azraai Khor itu, hanya dua perlawanan yang menyaksikan Effa dan Shakir berjaya menjaringkan gol secara bersama dalam satu perlawanan.

Menariknya, ketika Effa jelas garang di Paroi, Shakir pula lebih meledak di arena luar. Mengapa? Mungkin faktor psikologi ada peranan di situ. Mungkin Effa lebih selesa bermain di hadapan penonton sendiri dan Shakir pula sebaliknya. Mungkin iyo, mungkin juga tidak. Jawapan sebenar, hanya ada pada diri mereka.

Pun begitu, samada di Paroi atau di luar, duo - duo dah buek KOJO DIO, bialah.

CUIT SIKIT:

Adakah anda sedar istimewanya NS musim ini.

Pertamanya, samada seri atau kalah, pemain NS tetap mampu menjaringkan gol. Maknanya, TIADA PERLAWANAN YANG TIADA JARINGAN OLEH PEMAIN NS. Ini termasuk perlawanan pada 14 April di Kuala Terengganu. Biar pun tewas 0-1, gol Terengganu itu dijaringkan oleh S.Kunanlan, pemain NS.

Keduanya, samada menang atau seri, TIADA PERLAWANAN YANG TIDAK DIBOLOSI. Maknanya, setakat 18 perlawanan, pintu gol NS pasti bocor, setiap kali turun bermain. Hanya jumlah kebocoran sahaja yang berbeza di setiap perlawanan.

Ketiga, posisi BEK KANAN kelihatan memberikan banyak masalah buat NS. Setakat ini, sudah empat pemain bermain di bahagian itu. Bermula dengan Muszaki Abu Bakar, turun pula Qhairul Anwar Ruslani. Kedua - duanya dah hilang dari skuad utama.  Datang pula Aliff Shamsudin. Kini, Norismaidham Ismail [ pemain midfield ] pula bermain di posisi itu. Tiada seorang pun yang dominan di situ seperti era Rahman Zabul dahulu. KENAPA? Hanya AK yang boleh menjawabnya.

Apa - apa pun pencapaiannya bermula 16 Jun nanti, bialah AK dan Skuad dio buek kojo dio.

Kojo kito, paneh ko ujan ko, kito sokong yo.

24.5.12

POLIS MAKAN WISEL.....

Semua pihak khususnya KAKI BOLA MALAYSIA pasti terkejut dengan berita besar hari ini. Walau pun berlaku di seberang tambak, impaknya lebih menjurus kepada Malaysia. Kerana yang dituduh adalah rakyat Malaysia dan juga permainannya di Liga Super Malaysia.

Pun begitu, aku ingin membawa kalian kembali ke tahun 2011 menerusi catatan di bawah.....
Terengganu menentang NS di Stadium Shah Alam. Shokri Nor di tengah - tengah selaku Pengadil malam berkenaan.

Aksi seterusnya adalah seperti di bawah.....
Sepanjang perlawanan akhir itu, aku fikir tiada apa - apa yang luar biasa untuk Pengadil ini dikaitkan dengan sebarang salah laku. Tambahan pula, beliau adalah antara Pengadil Kanan di Malaysia buat masa ini.

CUIT SIKIT:

Apabila tersiar berita seperti ini,

aku fikir ramai yang terkejut kerana yang terlibat bukanlah orang sembarangan. Yang terlibat bukan sahaja Pengadil Kanan tetapi adalah seorang anggota beruniform seperti maklumat di bawah,
Sekiranya benar beliau terlibat untuk menentukan keputusan perlawanan, ke mana hilangnya Integriti Seorang Anggota Polis. Bukankah sentiasa tersemat di uniform setiap anggota, lencana integriti. Adakah lencana hanya tinggal lencana?

Sepatutnya, sebagai anggota Polis, beliau yang menangkap sipenjual game, tetapi beliau pulak yang kena tangkap oleh CPIB, Singapura. Tak dapat kawtim.

Carian berkaitan Thana Segar S Sinnaiah pula adalah menjurus kepada S. Thanasegar, bekas pemain Kedah di era 90'an. Entahlah.

Mungkin benarlah berita di atas yang merujuk sebagai kedua - duanya telah bersepakat di Pulau Pinang [ untuk menjual game itu ], hebat punya pakatan. 

Setakat ini, mereka belum bersalah kerana baru sahaja dituduh. Mereka hanya bersalah apabila telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. Sehingga tibanya detik perbicaraan dan keputusannya, kita cool ajelah bab mereka berdua ni.

Sekadar bertanya, game lain - lain tak kena jual ke?.....

NS DI PIALA AFC.....

Saat posting ini disediakan, Kelantan seperti yang diduga telah melayakkan diri ke Suku Akhir Piala AFC 2012. TAHNIAH.

Namun, Kelantan bukanlah pasukan kedua selepas Selangor layak ke peringkat itu seperti ulasan Datuk Hasbul itu. Perak adalah pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke suku akhir. Kedah juga turut layak ke peringkat itu pada tahun 2008. Maknanya, Kelantan adalah pasukan ke empat dari Malaysia yang layak ke suku akir Piala AFC sejak ia dipertandingkan bermula 2004.

Penyertaan pasukan dari Malaysia bermula sejak 2004 dengan penampilan Negeri Sembilan dan Perak.
Nasib Perak lebih baik berbanding NS,
NS muncul buat kali kedua di Piala AFC pada musim 2007 dengan lebih bergaya.
Menduduki tangga kedua Kumpulan D seharusnya NS layak beraksi di Suku Akhir. Sebagai rekod, pusingan 16 hanya diadakan mulai 2009.

Namun, saksikan sendiri apa yang berlaku kepada NS di musim berkenaan.
Rupa - rupanya, ada pasukan yang lebih cemerlang berbanding NS. Hanya kerana berada di ranking ke 3 Naib Juara Zon Asia Timur, Selatan dan Tenggara, NS tersingkir daripada peringkat Suku Akhir.

Ikuti nasib satu lagi pasukan dari Malaysia yang turut bertanding di musim 2007.....
Prestasi Pahang nampaknya lebih teruk. Langsung tidak mendapat sebarang mata.

Begitu pun, NS telah berjaya menampilkan seorang pemain impot yang digeruni lawan,
Freddy adalah pemain yang cukup cekap menghidu peluang dan juga memiliki larian pantas. Menjaringkan 3 gol di Piala AFC, kurang 2 berbanding Mat Ghaddar yang muncul penjaring terbanyak musim berkenaan bersama Nejmeh SC, Lebanon. Sekarang Mat Ghaddar mewakili Kelantan dan telah menjaringkan 7 gol di peringkat AFC.

Sedikit catatan tambahan buat semua, Freddy seingat aku tidak lama bermain kerana diberitakan bertelagah dengan Ketua Jurulatih ketika itu, dan digantikan oleh Udo Fortune yang menjadi kemarahan majoriti penonton ketika itu.

Di mata aku, Freddy boleh menjadi bintang pujaan ketika itu sekiranya beliau lebih lama bermain di NS. Dan, rekod di atas ternyata menyatakan kebenarannya kerana paad usia lebih 30 tahun, beliau masih boleh bermain di Liga Divisyen 1 Cyprus dan juga di Liga Eropah [ Europa League ].

Berbalik kepada NS di Piala AFC, berdasarkan pencapaian sebagai Naib Juara Liga Super musim 2007/2008, NS layak ke Piala AFC musim 2009. Begitu juga dengan pencapaian Juara Piala FA 2010, NS sepatutnya bermain di Piala AFC 2011. Jika ini berlaku, sudah tentu NS akan muncul sebagai pasukan terbanyak dari Malaysia bermain di Piala AFC.

Malangnya, ekoran daripada kekangan kewangan dan ketiadaan penaja, NS tidak menyertai pertandingan di peringkat Asia itu biarpun mempunyai skuad yang mantap dan mampu bersaing ketika itu. Biarlah. Itu semua hanyalah satu sejarah yang tidak mampu lagi untuk kita ubah. Sejarah hanyalah sebagai rujukan dan pedoman sahaja.

CUIT SIKIT:

Seharusnya pemburuan tempat ke Piala AFC menjadi sasaran buat semua pasukan di Malaysia sebagai medan untuk pemain meningkatkan daya saing dan juga mencari peluang untuk bermain dengan pasukan yang lebih besar.

Lebih besar kelab yang disertai, lebih besar cabarannya. Lebih besar cabarannya, lebih besarlah masyuknya. TAK GITU?

22.5.12

PIALA AFC: SATU IMPIAN.....

Piala AFC adalah satu pertandingan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asian [AFC] sebagai satu pertandingan kedua selepas Liga Juara - Juara Asia. Hampir serupa dengan Liga Juara - Juara Eropah dan juga Liga Eropah. Strukturnya hampir serupa, kualitinya dan promosi nyata berbeza.

Di Asia, Piala AFC adalah pertandingan untuk kelab - kelab dari Negara - Negara Asia yang ditakrifkan sebagai "Negara Membangun" di bidang bola sepak termasuk Malaysia. Jelasnya, pertandingan ini disertai oleh kelab - kelab yang tidak melibatkan kuasa besar bola sepak Asia seperti Australia, Jepun, Korea, China dan lain - lain negara gergasi bola sepak Asia.

Negeri Sembilan adalah pasukan pertama bersama Perak menyertai Piala AFC pada musim pertama,.....

Dan, aku fikir tidak ramai para penyokong NS yang tahu akan fakta ini. Kerana Piala AFC agak janggal didengar dan tahukah anda, hanya sekitar 1000 orang yang hadir ke STAR Paroi apabila NS bermain buat kali kedua di peringkat Asia ini pada musim 2007. Lebih teruk, NS menarik diri bersama Selangor musim lalu, khabarnya kerana tiada peruntukan dan gagal mendapat penaja.

ERA BARU PIALA AFC DI MALAYSIA

Memasuki edisi ke sembilan, aku fikir, tahun ini perhatian oleh media Malaysia terhadap pertandingan ini semakin baik. Telah ada liputan yang agak meluas oleh media cetak dan media elektronik untuk pasukan Kelantan dan Terengganu. Banyak kali juga disiarkan secara langsung oleh RTM [ TV 1] perlawanan - perlawanan melibatkan kedua - dua pasukan samada di arena sendiri mahu pun di arena lawan. Tersedia juga slot siaran tertunda Piala AFC 2012.

TAHNIAH kerana ini adalah satu perkembangan positif buat bola sepak Malaysia, khususnya para penyokong pasukan yang bertanding. Setidak - tidaknya, mereka dapat belajar menerusi siaran langsung itu, bagaimana cara dan gaya pihak lawan merayakan gol dan juga cara untuk menerima kekalahan biar pun bermain di tempat sendiri.

Menerusi beberapa siaran langsung dan tertunda yang aku ikuti, para penyokong bola sepak kelab Vietnam, Hong Kong dan juga Myanmar tidaklah merayakan gol jaringan pasukan mereka dengan cara melontar botol air dan tin penyembur rambut, ke arah wartawan bertugas mahu pun penyokong pihak lawan. Tidak juga tertulis atau tersiar di media, para penyokong mengadakan perarakan ke rumah Presiden Kelab sekiranya mereka kalah di tempat sendiri.

DIMENSI BARU PIALA AFC DI MALAYSIA

32 pasukan daripada pelbagai negara di Asia menyertai pertandingan tahun ini dan,
Kelantan atau Terengganu, salah satunya akan mengulangi sejarah lama catatan Perak, Kedah dan Selangor, iaitu layak ke peringkat Suku Akhir Piala AFC. Itu sudah TOP 8. Kedua - duanya akan berentap sesama sendiri di pusingan kedua.
Di atas adalah jadual pertandingan bagi Pusingan Kedua atau Pusingan 16 yang dimainkan sekali sahaja. Juara setiap kumpulan adalah tuan rumah di pusingan ini. Setakat ini, Chonburi, Thailand sudah mengesahkan tempat ke suku akhir apabila menang 1-0 ke atas Al-Zawra'a, Iraq.

Tahun ini, dua penyertaan dari Malaysia dan keduanya layak ke pusingan kedua. Lebih membanggakan, Kelantan muncul JUARA KUMPULAN H. Satu pencapaian terbaik buat pasukan dari Malaysia kerana sebelum ini, mereka hanya mampu muncul Naib Juara Kumpulan sahaja, sama seperti pencapaian Terengganu. TAHNIAH KELANTAN.
Ghaddar juga berada di carta teratas penjaring gol kejohanan ini. Beliau mungkin boleh menambah baik catatan di atas sekiranya Kelantan terus maju di pertandingan ini. Malah jumlah jaringannya setakat ini adalah lebih baik berbanding cuma 5 gol ketika beliau muncul penjaring terbanyak Piala AFC 2007.

Imbas kembali musim 2011.
Setakat 8 edisi, 7 daripadanya di menangi oleh kelab dari rantau Arab sehinggalah kelab dari Asia Tengah Nasaf Qarshi, Uzbekistan muncul juara musim lalu.

Musim ini adakah berulang perkara yang sama atau bakal muncul juara baru dari Asia Tenggara. Sama - sama kita nantikan.

Kembali kepada promosi dan sokongan media, saksikan di bawah ini,

Apa yang bakal berlaku seterusnya adalah,
CUIT SIKIT:

Aku percaya KELANTAN akan berjaya ke peringkat yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh Perak, Kedah dan Selangor sebelum ini.

Kesungguhan KAFA untuk menyertai pertandingan ini amat jelas dengan menyediakan empat pemain impot dan juga mempunyai skuad yang besar serta memiliki para pemain yang  berkebolehan tinggi dan berpengalaman.

Berbanding Terengganu, Kelantan tidak pernah menjadikan Piala AFC sebagai punca keletihan pemain apabila gagal mempamerkan permainan berkualiti.

Dan, sepanjang yang dapat aku ikuti, Kelantan sebenarnya langsung tiada masalah untuk bersaing di tiga pertandingan serentak kerana mereka mempunyai dua atau tiga skuad yang hampir sama standardnya musim ini.

Jika tahun ini, Kelantan gagal melepasi peringkat SUKU AKHIR, aku fikir itu bukan Kelantan namanya.


21.5.12

SATU LAGI BUDAK HILANG.....

Khabarnya dalam sehari dua ini, Wisma Felda telah memulakan satu operasi rahsia yang maha sulit lagi menyulitkan.

Semuanya berpunca daripada kerajinan budak ini. Beliau yang dipercayai adalah budak hingusan dan masih dibawah umur kerana gemar menconteng dinding.

Budak ini semenjak dua tiga bulan ini amat gemar menconteng dinding Informasi Felda Semasa, Jom Bersama Warga Felda dan juga Veteran Felda. Tiga dinding muka buku yang menjadi forum warga Felda bertukar - tukar pendapat, dan juga bertukar - tukar kemarahan.

Budak ini dikatakan dicari oleh seseorang kerana dianggap budak nakal yang gemar menconteng dinding dengan info - info rahsia dan boleh memalu dan menyusahkan hidup seseorang atau sedua orang malah mungkin juga setiga orang di Wisma Felda.

Menariknya, contengan di dinding berkenaan biasanya hampir tepat dan benar. Almost 95% correct! correct! correct!-Aku pinjam ayat seorang Peguam Tersohor.

Oleh kerana budak ini berprofil tinggi, rewards atau ganjaran bagi mereka yang menjumpainya juga agak tinggi. Maklum sahajalah, khabarnya Menara Felda setinggi 50 tingkat itu bakal dirasmikan Julai nanti. Kalau dah tinggi bangunannya, pastilah ganjarannya juga tinggi. Tak gitu?

CUIT SIKIT:

Inilah tugasan anda yang berminat dengan ganjaran itu seterusnya,
Selamat Bertugas, Semoga Berjaya.



MEREKA YANG TIDAK BERUBAH.....

PERSAMAAN FAM DAN PENYOKONG KELANTAN ADALAH.....

Episod Satu;

Wartawan kesal sikap penyokong Kelantan ketika final Piala FA
Wartawan yang membuat liputan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam, kesal dengan sikap biadap segelintir penyokong 'The Red Warriors'.
Wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin  berkata beliau sangat kecewa  melihat sikap penyokong  Kelantan itu yang tidak profesional dengan membaling botol minuman dan bekas makanan ke arah tempat media di aras dua stadium berkenaan.
"Pada separuh masa pertama, penyokong Kelantan membaling botol air sehingga terkena skrin laptop saya. Mereka kemudian bertindak  lebih agresif dengan membaling bekas penyembur rambut ketika meraikan gol (oleh Mohammed Ghaddar) sehingga hampir terkena kepala namun saya sempat tepis.
"Bagi saya, tindakan seumpama itu merupakan suatu perkara yang tidak matang dan jelas tidak mencerminkan semangat kesukanan yang sebenar," katanya.
Muhammad Dayne berkata beliau pernah mengadukan mengenai isu keselamatan tersebut kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini, namun badan induk bola sepak negara itu menyatakan perkara tersebut terletak di bawah tanggungjawab Perbadanan Stadium Malaysia.
Wartawan Berita Harian Mohd Fitrie Muhamad pula berkata beliau hampir terkena bekas makanan yang dibaling dari aras tiga stadium itu.
 "Mereka sebagai penonton harus bersikap profesional ketika memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka dan bukannya mencampakkan sebarang objek kepada kami walhal mereka tahu kami sedang membuat liputan perlawanan," katanya.
Presiden Persatuan Penulis- Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa ketika dihubungi berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana pegawai FAM sendiri memberi jaminan kepadanya mengenai soal keselamatan terhadap media, semasa beliau mengikuti lawatan ke stadium tersebut pada Selasa lepas.
"Penyokong bola sepak tidak sewajarnya menjadikan petugas media sebagai sasaran kemarahan kerana mereka perlu tahu bahawa kita mempunyai tugas untuk dilaksanakan," katanya.
Beliau meminta FAM menilai kembali prosedur keselamatan bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
"Saya akan kumpulkan semua pendapat daripada petugas media yang terlibat sewaktu perlawanan tersebut sebelum menghantar surat kepada FAM untuk tindakan lanjut daripada mereka," katanya ..
Epsod Dua:

FAM adalah satu organisasi yang aneh. Dalam hari-hari sebelum game, berbuih cakap itu ini pasal sekuriti, pembahagian penonton, amaran kepada kedua-dua pasukan dan sebagainya, tapi pada hari perlawanan, perkara yang dibincangkan tak dibuat, dan yang lebih aneh, mereka menuding jari kepada pihak stadium dan polis. Admin faham jugaklah kenapa fans Kelantan menunjukkan ketidakpuasan terhadap FAM semalam kat stadium - melalui kad abjad kat dua kawasan penonton dan satu lagi melalui kain rentang (sori tak berani nak ulang mesej-mesej tersebut kat sini, takut FAM gantung admin selama 30 bulan jugak, tapi ada nampak kat tv tak?). Kesimpulannya, bolasepak Malaysia tiada masa depan yang mampan jika FAM terus menerajuinya sebegini. Perlu perubahan dalam segala aspek!
Episod Tiga:

Terima kasih kepada para penyokong Sime Darby FC yang datang ke Bukit Jalil tadi - you guys rocked! Sayang ada di aras bawah yang kena baling objek dari aras tengah. Pegawai SDFC mencuba sedaya upaya, merayu FAM, pihak stadium dan pihak polis untuk membetulkan keadaan dari pukul 4.30 petang, namun seakan tiada siapa yang tahu apa yang boleh dibuat. Harapan admin tiada yang tercedera. Tabik fans SDFC!!
Di atas adalah beberapa coretan daripada ratusan malah mungkin ribuan posting di pelbagai wall fb. Termasuk juga satu kisah betapa penyokong Kelantan bukan sahaja menceroboh malah bertindak lebih kejam, menghalau para penyokong Sime Darby dari kawasan yang dikhaskan kepada Sime Darby. Ini sudah seperti Palestin diceroboh dan dihalau oleh Israel dari bumi mereka sendiri.
Aku sambung coretan di sini bukanlah untuk menambah garam di luka atau meneruskan usaha pahat setelah rumah siap. Tidak sama sekali.
Cuma aku tertarik dengan pelbagai karenah FAM yang tidak berpenghujung apabila tiba saat final sesuatu pertandingan yang mereka sendiri anjurkan.
Di final, sepatutnya hadir seorang yang bergelar Presiden, menemani VVIP yang mereka sendiri jemput. Jika tidak pun, hadir satu daripada dua Timbalan Presiden. Tetapi, di final Piala FA Sabtu lalu, hanya ada Naib Presiden bersama VVIP di pentas utama kerana, Presiden dan Timbalan Presiden 1 tidak hadir. Timbalan Presiden 2, dah kena gantung. Yang tinggal adalah Naib Presiden dan Jeneral Pencen.
Wahai FAM, Ini majlis anda. Ini kenduri anda. Di saat ramai tetamu dan jemputan hadir, tuan rumah hilang dan hanya mewakilkan kepada adik - beradik dan sepupu untuk mengendalikan majlis. Tahniah FAM kerana membawa budaya baru di Malaysia. Budaya tuan rumah lari di hari majlis anjuran sendiri sedang berlangsung.
Perkara kedua yang menjadi minat untuk aku komen ialah, FAM telah berjaya mengKelantankan upacara penyampaian Piala dan Pingat. Semua yang di atas pentas khas itu adalah Orang Kelantan, termasuk seorang Menteri Kabinet, tanpa ada seorang pun daripada pihak Sime Darby FC. Aku difahamkan menerusi ulasan Zainal Abidin Rawop, Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Sime Darby turut hadir pada malam itu.
Salahkah jika Tun Musa turut diberikan sedikit penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada para pemain dan pegawai Sime Darby FC? Salahkah memberikan sedikit ruang buat Orang Besar Sime Darby sebagai tanda FAM menghargai kebolehan dan kehebatan sebuah kelab yang bergelar Sang Pembunuh Gergasi itu.
Sayangnya, Sabtu lalu, Sime Darby FC hilang segala - segalanya kerana FAM tidak pernah mahu menghargai sebarang usaha pihak lain untuk memartabatkan bola sepak Malaysia.
CUIT SIKIT:
Biar apa pun orang kata, biar siapa pun yang berkata, aku yakin dan percaya Kelantan dan FAM tidak akan berubah.

FAM, menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan juga Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk, akan terus melontarkan pelbagai langkah keselamatan yang kononnya akan dikuatkuasakan menjelang Final sesuatu pertandingan.

Namun, di hari final, laser pointer terpancar jua. Botol air dan segala macam sampah, terlontar jua. Asap flare mengganggu juga. Setahu aku, itu semua adalah BARANG LARANGAN dan TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke mana - mana STADIUM.

Semua ini terjadi kerana, FAM telah mengadakan langkah keselamatan yang cukup ketat di pintu masuk. AKU PASTI, pihak FAM telah melakukan pelbagai peringkat pemeriksaan badan dan juga menyediakan scanner berkualiti tinggi, tetapi tidak pernah dipatuhi oleh penyokong Kelantan. Jika tidak melakukan pelbagai perkara havoc dan pelik, itu bukan Kelantan namanya.

Akhirnya, semua itu hanyalah untuk kelihatan cantik di kaca tv khususnya menjelang pertandingan akhir, tetapi tidak pernah terlaksana kerana yang salah dan silap bab penguatkusaan ini bukanlah FAM tetapi pihak Polis dan juga pihak Perbadanan Stadium Malaysia. FAM tetap berada di pihak yang betul, benar dan tepat.

Kepada rakan - rakan media yang turut mendapat "habuan" daripada penyokong Kelantan itu, aku cadangkan supaya boikotlah final Piala Malaysia nanti jika ianya melibatkan Kelantan dan FAM. Ada berani ke kenkawan?

Bila nak berubah? Jawapannya..mereka tidak akan berubah kerana jika berlaku perubahan, itu bukan mereka.

19.5.12

MALAM KELANTAN.....

Minit ke 57 : 55 bola mengolek masuk ke sebelah kiri pintu gol Sime Darby ketika Wak atau Redzuan Harun merebahkan badan ke sebelah kanan.
Gol penalti jaringan Mohammed Ghaddar sudah cukup buat Kelantan untuk meraih kemenangan bagi melengkapkan siri kejuaraan di pertandingan utama bola sepak negara.

Rentetan kejuaraan Kelantan adalah......
Ini belum lagi diambil kira kehebatan Kelantan di pertandingan Piala Emas Raja - Raja dan pelbagai lagi pertandingan di peringkat umur seperti Piala Razak dan Piala Rahman yang gah sekitar tahun 60'an, 70'an dan 80'an.

PIALA FA yang dimenangi setelah sekian lama mencuba, hanyalah pelengkap kepada sebuah catatan panjang kejayaan Kelantan di arena bola sepak negara.

TAHNIAH KELANTAN. Sejak diterajui oleh TS Annuar Musa, Kelantan setiap tahun muncul di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 2009.

TAHNIAH juga buat Sime Darby kerana mampu bertahan sehingga ke minit 57 tu. Al-maklum, pastinya tidak ramai yang berani meramalkan mereka mampu mengikat Kelantan dengan keputusan 0-0 di akhir separuh masa pertama. Sejarah telah tercatat bahawa Sime Darby adalah KELAB PERTAMA berjaya ke Final Piala FA setelah 23 tahun dipertandingkan.

CUIT SIKIT:

Mungkin tahun ini juga adalah masa terbaik buat Kelantan untuk menunjukkan belang dan taring di peringkat ASIA pula.

Rabu nanti, Kelantan akan bertemu jiran sebelah untuk mencari jalan ke suku akhir Piala AFC 2012.
Selamat maju jaya Kelantan biar pun Presiden anda perlu membeli tiket untuk masuk menyaksikan Final Piala FA 2012.

18.5.12

PIALA BARU, JUARA BARU.....

Jam 8.45 malam, 19 Mei 2012, sepak mula Pertandingan Akhir Piala FA bakal dimulakan. Lokasinya: Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dua Ketua Jurulatih, satu barang buatan Malaysia, satu lagi produk impot. Persamaannya, kedua - duanya pasti sentiasa berdiri di petak teknikal di hadapan bangku pemain simpanan dan pegawai di tepi padang.

Hanya satu di antara Ismail Zakaria atau Bojan Hodak yang bakal ceria. Bab ini tiada kompromi.

Laluan kedua - duanya adalah seperti di bawah.....

Kedua - duanya melalui satu perjalanan yang hampir serupa skrip dan likunya. Dan kedua - duanya mencatat keputusan seri di separuh akhir kedua pada 1 Mei. Cuma, Kelantan dilihat lebih garang kerana bangkit setelah ketinggalan dua gol di Alor Setar dan layak ke final menerusi agregat jaringan di tempat lawan.

Prestasi kedua - dua pasukan sepanjang Mei ini tampak bagai bumi dan langit.
Darjat kedua - duanya jelas berbeza. Lihatlah warna apa buat tiga perlawanan terakhir mereka. Hijau untuk MENANG, Merah untuk KALAH.

Ketika Kelantan menang tiga perlawanan selepas separuh akhir kedua Piala FA termasuk menewaskan pendahulu Liga Super, Lions XII, Sime Darby pula jelas bergelut dan tewas dua kali berturut - turut kepada dua pasukan teratas Liga Premier, ATM dan Pahang.

Namun, Final Piala FA adalah permainan yang berbeza. Dan, kedua - duanya pasti bermain di bawah tekanan untuk muncul Juara Baru dan membawa pulang Piala FA Baru yang berharga RM 80 ribu itu.
Di atas adalah imbasan pencapaian kedua - dua pasukan di pelbagai pertandingan yang mereka sertai. Jelas, Kelantan lebih menyerlah.
Agak menarik, Sime Darby dikendalikan oleh Buatan Malaysia, jaringannya diungguli oleh pemain impot. Kelantan pula dilatih oleh Barang Impot, jaringannya dikuasai oleh pemain tempatan. Lebih menarik, Nor Farhan bukanlah pemain yang sering menjadi pilihan utama sebagai penyerang. Jika turun bermain pun, tempat kebiasaannya adalah di sayap kanan.
Pastinya, ramai yang akan memberikan fokus, berapa ramai dan siapa yang bakal hadir ke Stadium Nasional sebagai penyokong Sime Darby. Bab penyokong Kelantan, tak perlu dipanjang lebarkan. Satu dunia sudah tahu, mereka akan memenuhi tiga per empat muatan stadium nanti.

Siapa punya....
Aku fikir, sekitar jam 10.40 malam, akan ada keputusan muktamad kerana Juara Baru untuk Piala Baru ini bakal diputuskan dalam tempoh 90 minit sahaja.

Aku ramalkan SIME DARBY sebagai pemenangnya. Sebabnya, membuat upset dan MEMBUNUH GERGASI adalah tugas mereka di Piala FA tahun ini.

Kerana SIME DARBYlah, K.DEVAN dan MAT ZAN hilang kerja dengan sekelip mata.

CUIT SIKIT:

Siaran Langsung perlawanan bola sepak malam minggu tidak hanya tertumpu kepada Final Piala FA 2012 sahaja.

Ada dua lagi siaran langsung untuk anda ikuti.....
dan juga yang ini sebagai kemuncak kepada malam minggu yang panjang buat anda, KAKI BOLA seluruh negara....
Selamat Menonton Dengan Penuh Semangat Kesukanan, Walau Di Mana Jua Anda Berada.....


17.5.12

SATU PERSATU.....

Sehingga APRIL, inilah kedudukannya.....

Segalanya berubah apabila Liga Super bersambung kembali pada 4 dan 8 Mei.
9 / 9 mata yang dipungut menerusi 3 perlawanan pada Mei.....
menjadikan MEI adalah BULAN CEMERLANG NS. April pastinya bulan teruk buat NS dan perlu dilupakan dengan segera.
Mei juga telah meletakkan Effa Owona sebagai pendahulu carta Kasut Emas Liga Super 2012. Memang patut pun. Menjaringkan gol adalah tugas utama beliau, walau pun ada yang kata Effa agak jobo. Ada juga yang kata, Effa tamak. Katalah apa pun, faktanya, Effa Owona adalah pemain tunggal di skuad NS yang berjaya menjaringkan gol setiap bulan.
Musuh - musuh di atas bakal ditemui pada Jun dan Julai. Paling hot pastinya bertemu Pahlawan Merah, KELANTAN pada 3 Julai.

Sebagai rekod, pertemuan di pusingan pertama menyaksikan, NS menang di Paroi ke atas Felda United. Seri di Kuching dengan Sarawak. Menang di Paroi ketika bertemu T-Team. Seri dengan PKNS juga di Paroi. Tewas kepada Kelantan di minit akhir perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu. Menang di Paroi dan Melaka ke atas Kedah dan Kuala Lumpur serta seri dengan Sabah di Paroi.

Jika mampu memenangi kesemua lapan perlawanan itu, NS bakal mengumpul 53 mata dan dijangka berada samada di tangga keempat atau ketiga. Siapa tahu, dengan sedikit tuah, NS boleh berada di tangga kedua.

CUIT SIKIT:

Sedikit luar biasa sekiranya musim ini NS berada di top four kerana selepas muncul Juara pada musim 2006 dan Naib Juara di musim 2008, NS hanya berada di tangga ke 7 musim 2009, di tangga ke 6 pada 2010 dan di tangga ke 8 pada musim 2011.

Mungkin didikan Azraai Khor ke atas pemain muda telah mula dihadami oleh mereka. Jika ada keraguan pun, bagaimana agaknya persembahan NS jika tiada Kuda Tua yang cukup  berpengalaman dan berpengaruh seperti Shukor, Rashid, Zamani dan Idris secara serentak menjelang perlawanan penting?

Apa - apa pun, kita sudah boleh meletakkan harapan sedikit tinggi buat NS bermula 16 Jun nanti.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH